Tag Archives: Sawadikap Bangkok

Night Market @Siam Square Bangkok

Kata Orang kalau ke tempat orang kita kena ke pasar malam. Sebab kat pasar malam lah selalunya kita boleh nampak kehidupan orang kat tempat-tempat yang kita pergi kan. hahaha… Inilah pasar malam kat Bangkok. Siam Square Night Market.

Location? dekat dengan Siam Paragon.

Kalau dari hotel Novotel tu jalan kaki lengang kak limah, sampai lah kat pasar malam. Dalam pukul 6  dorang dah ada standby dah. Macam-macam ada. Feel macam kat Petaling Street gak lah. Kiterang jalan-jalan je. Maklumlah budak bertiga ni tak suka tempat macam ni.

Ada macam-macam jenis jam cute kan. Tengok je.. sebab kiterang tengah bawak banyak barang masa ni. Maklum la baru balik shopping and giler penat. Rasa macam nak tidur dah ni.

Oh ya kat tepi jalan tu ada sorang pakcik, rang myanmar, dia jual penkek ala-ala macam roti canai pisang. Muslim dan boleh cakap melayu sebab dia pernah dok Malaysia 20 tahun. Pastu mengembara ke Siam. Suka dia bila nampak kiterang.

Apasal I tak nampak T-shirt tuh? Yang color biru n orange? cute la plak. Tapi jaga-jaga skit.. kekadang tu kualiti kain dia tak berapa bagus.. kene pandai tengok la….

Segala jenis kerongsang , kasut selipar macam-macam ada. Jamu mata jelah… tak beli pun. Nak keluarkan beg duit pun dah tak larat. Tapi apa-apa pun kalau you all ada nak kesana, jaga beg duit elok-elok ye. Jaga anak bebaik. Jangan terlepas pandang. maklumlah kat tempat orang.

Tips nak beli barang kat pasar malam ni senang aja.. kalau diorang letak harga, tawar terus separuh harga… kekadang tu bawah separuh pon boleh dapat.. janji pandai nego.. macam hari tu Kheirul terlepas cakap… harga letak B600 (RM60) dia tawar B300(RM30) tokey terus cakap OK jer…. raser menyesal plak tak tawar lagi rendah….

Note: Pasar malam kat Suan Lum dah tutup. Dorang dah pindah ke Sukhumvit.

Novotel at Siam Square Bangkok… Nice hotel to stay…

Masa dok kat Bangkok kiterang stay kat Siam Novotel. Nak perginya bulan 6 tapi hotel dah di booking 2 bulan sebelum. Sebabnya,kalau booking in advance bolehlah dapat harga murah. Kiterang amik 2 queen bed. Masa kiterang sampai kat Airport, terus amik cab pergi ke hotel. Masa check in, budak 3 orang dapat gift from hotel. Dapat gajah sorang satu. heheheh sukalah dorang walaupun cuma soft toy kan.

Ha masa ni tengah tunggu mama dorang buatkan check in. senang je, just bawak confirmation letter then tunjuk credit card.Tengoklah muka memasing yang excited dan penat.

Ni lah gajah yang dapat as a free gift untuk bebudak 3 orang tu…. seronok diorang

Ha nilah rupa bilik kiterang. Oklah tak besar sangat. cukup untuk tidur 5 orang atas katil. Cukup untuk Rayyan berlari sana-sini,dan cukup ruang untuk kiterang sembahyang. Kiterang rapatkan katil masa tidur.

Ni plak tv dalam bilik. Banyak gak channel best best, ada SyFy, Diva universal (astro), dan macam-macam lagi. Tapi kiterang tak tengok sangat pun TV, aktiviti pack sangat.

I dok nak gantung anak gajah hadiah memasing. Sambil menerangkan kat anak-anak, Minuman dalam botol tu haram untuk diminum.Nampak tak wardrobe kat belakang tuh? Rayyan suka sangat main dalam wardrobe tuh. Kalau dia nak makan or minum secara sembunyi, dia akan nyorok dalam tuh sesenyap makan roti or minum air.Tapi Rayyan ni satu bagus, nyorok kat mana pun kalau mama dia panggil dia menyahut.

Ni bilik air dia. Suka bebenarlah bebudak 3 orang tuh. Kalau mandi berejam. Pas sesorang masuk berendam. Selalu kalau pepagi, Ashraff mandi dulu then Rayyan dengan mama dia then Afriena and last papanya. Setiap kali balik hotel semua bergegas nak mandi main buih. Rayyan siap menyelam dalam tuh. geram betul dia. Pastu asal kentut je, dia caj kata berak sebab dia nak mandi. Mulalah bukak baju pastu korek pusat jalan sesana sini.Apa-apa pun bilik air dia bersih.

Setiap kali balik hotel naik teksi, mesti driver taxi cakap, you chose good hotel. Memang pun sebab… MBK, Siam Paragon, night market semua walking distance. Pastu kat kawasan hotel tu ada banyak lagi kedai untuk diterjah. Belum citer Saloon, Spa,Kedai nak inject Botox, Restaurant, pub dan memacam lagi. Perghh pening kepala bila I terlepas jalan sengsorang.I terlepas pergi Mango Tango. Nanti I citer apa itu Mango Tango. Sapa ke Bangkok harus ke Mango Tango.

Huh ni Siam Paragon. Jalan kaki je ke sana.

Nak naik train? pun dekat je. sebelah hotel. Setiap pagi dok ngadap train . Rayyan sukalah dok tepi tingkap dok bye bye train. Tapi kiterang tak naik train pun. Bebudak nak naik Tuk Tuk. Gila laju Tuk Tuk.

Pada yang dok Hotel ni, sini lah map dia. Depan Hotel ada Universiti. Jalan sikit lagi ada Pasar Malam.

Apa yang best kat Hotel ni?

  • Very closed to various shopping complexes… such as Siam Paragon, MBK Plaza, Centre Point, Siam Discovery, Tokyu, dan macam-macam lagi.. semuanya walking distance….
  • Hotel ni best gaklah sebab, dorang ada Halal Kitchen. Memang dia ada mentioned halal kat Menu dia. So kalau nak Room servie malas nak keluar makan boleh order je.
  • Internet? Internet free, tapi kenalah mintak password semua. Internet laju gile samapi kiterang boleh layan citer Nora Elena setiap malam. Gila tak gila penangan Nora Elena kan.
  • Tailor , Pun ada tailor kat bawah tu. Murah dalam USD99 for 1 Suit = RM300 / B3000. Harga lebih kurang sama dengan tailor kat shopping complex
  • Masa kiterang book hotel ni, Kiterang just bayar for 2 nights je sebab lagi satu malam adalah free. So kalau nak good deal, book hotel 2-3 bulan sebelum.

Update From Bangkok – Day 3

Salam semua,

Just a very short update untuk hari ni… seperti yang telah dirancang semalam, kami ambil tour ke Dream World… sememangnya seronok betul bagi budak-budak.

Secara ringkasnya Dream World ni lagi menarik jika dibandingkan dengan Sunway or Genting sebab ride dia banyak dan lagi ganasssss……

Lepas pi Dream World, tour guide tu bawa juga kita ke kilang batu permata… tapi biasalah sekadar tengok -tengok jer bermacam-macam jenis batu permata yang dijual disana… kita tak beli pon sebab harga mahal nak mampos….

Lepas balik hotel, mandi sepuasnya.. sebab badan sungguh ‘harum’ sekali selepas berpanas terik satu hari… then solat jamak jap terus bersiap untuk serang Restoran Farida Fatornee…..

Alhamdulillah… makanan sungguh sedap dan menyelerakan.. paling tak lupa sambal belacan dia.. sekali makan lekat bau kat tangan 3 hari punye.. gerenttiiiiiii…

Nanti kami akan cerita in details pasal makan halal kat Bangkok ni.. tengok gambar tu….. hehehhehehehehheh sendiri tengok tentu dah tahu kan sedap yang amat sangat tu……

Esok dah hari ke-4 dan hari untuk pulang ke KL….. raser macam tak cukop jer hari kat sini….. ok lah.. tunggu update dari kami ye