Tag Archives: Rayyan

Dugro “So Much More Nutrition” workshop with Celebrity Chef Anis Nabilah

Ahad lepas, Rayyan sangatlah excited. Sebabnya dia ada  Food Art Workshop bersama Dugro dan Anis Nabilah. Dia macam biasalah kalau hari weekend senang bangun tidur Bangun  tidur terus pergi mandi. Siap pakai baju, terus ngadap komputer.Sebabnya, nak menunggu kakak dia yang memang selalu sangat lambat dalam apa jua keadaan. haihhhh.. Pukul 9.30 baru keluar rumah. Nasib baik 20 minit je dari rumah ke Young Chef Academy di Desa Sri Hartamas. Sampai je kat Academy, dari jauh lagi Anis tegur..hi kakak… She is a very lovely and friendly. Dari jauh dah say hi… Hi kakak…. Ni kali ketiga kiterang berjumpa.

image

Rayyan excited lah sebab dia nampak semua macam sebayakan… Masuk je, terus ke meja untuk daftar lepas tu kiterang ke tempat menjamu selera. Ada smoothies dan sandwiches.

image

Rayyan kalau pasal makan, memang senang nak layan dia. Banyak jugak sandwich dia makan. :). Dah lepas makan , dia main -main kat luar. Dia mana boleh duduk diam tanpa buat apa-apa kan? semua benda dia check dan tanya. Ini apa? itu apa? what’s this? What’s that?

image

Tengah tunggu masa untuk bermula.

image

betul tak apa yang I cakap…tangan tu dok pegang pen, pastu pergi sana pergi sini… budak-budak kan.. Ingat lagi sapa tah yang cakap… budak kalau tak duduk diam tu bagus, kalau yang duduk senyap yang kita risau. hahaha ye lah kot.

image

Ha ni dah masuk dalam bengkel. Masuk je, kena terus cuci tangan then duduk dengar sedikit penerangan dari wakil Dugro dan Anis Nabilah. Tengoklah Rayyan tu, anak orang lain senyap je, dia? mula-mula dia menongkat dagu kononnya boring dengar ucapan bagai, lepas tu nampak pisau mulalah dia macam-macam aksi dia nak buat. dalam hati cepatlah start.

dugro

our dating photo

image

Maka bermulalah..food art. Macam-macam idea Rayyan, mama cuma pembantu je. terima arahan dan buat. chewah. time ni lah nak kasi dorang berimaginasi dengan makanan.

image

Nampak tak hidung nasi jelmaan Mr Clown tuh, Rayyan buat sendiri. Dia potong dan suruh letak sendiri. Ini versi pertama, versi kedua plak lain pesen. Selagi tak habis program selagi tu dia dok suruh tukar rupa Mr Clown.

mr clown

Ni versi kedua plak… Yang ni lagi cute . Actually orang lain punya lagi cute…Yang ni hasil nukilan Rayyan sendiri. Saya cuma menurut perintah je. Ni bagus ni buat ala-ala bento untuk ke sekolah. Dulu-dulu selalulah buat macam ni untuk Ashraff and Afriena, sekarang tidak lagi sbb makanan disediakan di sekolah.

image

Ni acara penyampaian sijil. Amboi Rayyan…

_62U0329 (1)

Pastu kita bergambar plak ye.

image

Dan akhir sekali group photo. Alhamdulillah selesai . Lepas  group photo , ada refreshment sikit. Sedap makanan dia, Itu baru makan sarapan tuh.Seronok Rayyan hari tu. Ashraff and Afriena pun tumpang seronok sebab, lepas tu dalam kereta dorang dah kenduri makanan yang Rayyan buat. Rayyan plak, orang dok hiasa makanan, dia dok ngap ayam goreng kat situ. Lepas tu segelas susu dia minum. hahaha..patutlah time lunch dia tak nak makan. Katanya kenyang.

Sedikit Makluman

Dugro® mempelawa ibu-ibu dan anak-anak di Malaysia menikmati makanan dan nutrisi dengan cara baru, bermula dengan:

  1. Roadshow ‘Dunia Lebih Lagi Nutrisi dengan Dugro®’ di seluruh negara yang akan berlangsung di lebih daripada 50 lokasi di seluruh Malaysia dan memaparkan permainan dan aktiviti interaktif serta idea seni makanan dan petua istimewa daripada Chef Anis!
  2. Roadshow ini juga akan memaparkan promosi eksklusif – dapatkan koleksi Bekas Nutrisi Dugro® eksklusif dengan setiap pembelian dua pek 900g Dugro® 5 NUTRI! Bekas makanan ini memudahkan ibu-ibu menyediakan makanan untuk anak-anak mereka untuk dibawa ke sekolah. Di samping itu, petak berasingan di dalam bekas itu juga boleh digunakan untuk menghidangkan makanan dengan cara yang kreatif.
  3. Dari 31 Ogos hingga 11 Oktober, ibu-ibu juga berpeluang menyertai ‘Peraduan Lebih Lagi Nutrisi’ di mana mereka boleh menggabungkan petua-petua Anis Nabilah dengan kreativiti mereka sendiri untuk menghasilkan idea seni makanan sendiri dan memenangi hadiah-hadiah hebat! Ambil gambar karya seni masakan anda itu dan muat turunkan gambar tersebut pada halaman Facebook Dugro®, facebook.com/DumexDugro

“Kesemua usaha ini mempunyai satu matlamat – iaitu untuk menginspirasikan dan membantu ibu-ibu memberikan lebih lagi nutrisi kepada anak-anak mereka untuk pertumbuhan dan perkembangan yang menyeluruh,” kata Cik Christy Yong, Pengurus Kanan Pemasaran, Danone Dumex (M) Sdn Bhd.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dugro® dan kempen ‘Lebih Lagi Nutrisi’, layari www.dugro.com.my atau hubungi Dumex CareLine di 1-800-38-1038.

Sakit Perut

rayyan bdak

Dia kata sakit perut, Habis putih dia sapu bedak. Siap bukak seluar lagi. Masa ni I kat belakang tengah sidai baju. Nak cakap apa tak tau. Bila tanya apasal dia kata..

Baby sakit perut. Ni tengok ni ada blood… adehhhh. Mana dia jumpa bedak gatal ni.??

Clever boy!!!

1385776_10151999128731328_1530739404_n

Dah pandai nak makan sendiri. Kalau tak dulu, biskut pun kena suap. Terlampau manja kan. But since, dia makan semeja dengan sorang awek masa kat LUmut, Rayyan dah menunjukkan tanda-tanda nak makan sendiri. Kalau time dinner, dia amik sudu sendiri suap nasi sendiri. Tapi bila dah tinggal sikit, dia cakap cannot..maka I lah kena suapkan dia. Ni dia tengah breakfast. Malan cereal. 4 mangkuk cereal tanpa rasa jemu susu kena lebih. Sebab dia hirup susu. Dia kata sup.

Senang kerja kalau dah pandai makan sendiri, kalau tak I lah kena menyuap pastu dia plak makan lambat, then nak bertambah je makan. Cuma, Nasi, kicap telur tu belum lagi lepas . Asyik lauk tu je dia ulang mintak.adoiii