Ini Adalah Posting Berbayar
Ahad, 8 Disember 2013 yang lepas, saya berpeluang untuk menyertai Maxis 4G Bloggers Blaze yang berlangsung diperkarangan The Curve. Semasa dapat jemputan itu saya terus teruja sebab dapat tahu ia merupakan satu pertandingan ala-ala Amazing Race gitu yang perlu menyelesaikan beberapa tugas dan halangan pada lokasi yang berlainan.
Saya sampai tepat jam 8:45 pagi dan terkezut gaks bila tengok semua blogger-blogger yg femes-femes ada kat sana. Selepas pendaftaran, semua blogger dibahagikan kepada 10 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang ahli.
Team Jaguar, itulah kumpulan saya dan ahli-ahlinya terdiri dari Ariff Shah (http://ariffshah.com), Sarah (http://smallnhot.com/), Shannon (http://shannonchow.com/) dan saya sendiri dari http://sawanila.com.
Selesai sessi penerangan dan setiap kumpulan dibekalkan dengan telefon pintar Samsung 4G LTE yang dikuasakan oleh Maxis. Tugasan pertama kami adalah memuaturun aplikasi QR Reader ke dalam telefon pintar itu. Tujuannya adalah untuk mengimbas QR Code pada belon untuk mendapat petunjuk destinasi seterusya. Bukan senang babe.. susah.. banyak QR Code belon itu tipu jer… so kene scan berulang-ulang kali pada belon yang berlainan.
Destinasi pertama adalah memandu ke Sunway Lagoon. Hehehe…. Kami dikehendaki memandu sendiri dengan kenderaan yang disediakan. Sepanjang perjalanan kami menggunakan aplikasi Waze untuk membantu perjalanan kami. Menakjubkan dengan Maxis 4G aplikasi Waze berfungsi dengan baik sekali.
Setibanya kami di Sunway Lagoon, tugas seterusnya adalah untuk memuat turun game Drag Race dan setiap ahli kumpulan mesti main game tersebut untuk mendapatkan masa yang terpantas. Menakjubkan sekali lagi. Dengan Maxis 4G, tak sampai 10 saat untuk download game tersebut dan ianya sangat pantas. Masa atau markah dari game tersebut perlu pula dimuatnaik dengan menggunakan aplikasi Whatsapp pula ke nombor yang dibekalkan.
Huhuhu… Tugasan seterusnya, Go-Kart Racing. Berlumba dengan pasukan/team lawan untuk 3 pusingan dengan masa yang terpantas. Untuk tugasan ini, 2 ahli yang lain perlu untuk mengambil gambar dengan telefon pintar yang dibekalkan dan memuatnaik gambar-gambar dengan aplikasi Whatsapp. Seperti biasa Maxis 4G tiada bandingannya… sungguh pantas sekali.
Selesai go-kart, kami petunjuk seterusnya memandu pula ke Wangsa Maju dengan menggunakan Aplikasi Waze. Sepanjang perjalanan Maxis 4G berfungsi dengan cemerlang sekali.
Wow! Tugasan kami kali ini adalah Rock Climbing. Huhuhu… untuk warga yang hampir menjangkau 4 series ini memang agak sukar jika dibandingkan dengan blogger yang lebih muda tetapi saya bangga dengan kebolehanan saya yang dapat mengatasi masa yang dibuat oleh orang yg jauh lagi muda daripada saya.. hahaha jangan marah ye…
Selesai tugasan ini, kami diarahkan untuk pulang ke The Curve. Seperti biasa, guna aplikasi Waze untuk mengetahui jalan yang paling cepat ke sana dari Wangsa Maju. Maklumlah hari Ahad dan jalan di Lembah Kelang sentiasa sesak. Waze banyak membantu untuk mengetahui jalan mana yang lancar dan dengan Maxis 4G tiada masalah langsung untuk mendapat maklumat yang diperlukan itu.
Tugasan terakhir, MAKAN TEMBIKAI tanpa MEMEGANGNYA!!! Huhuhu…. Tengoklah aksi-aksi terlampau makan tembikai ini.
Hahaha…mecam-macam aksi ada.. dah selesai sudah segala tugasan dan tiba untuk penyampaian hadiah. Tahniah kepada Team Stallion dan Team Leopard kerana menjadi pemenang dan JELEZZZ 1000x sebab diorang dapat bawa pulang Samsung Note 3, Maxis 4G LTE Wifi Modem, Ipad Mini, dan banyak lagi goodies.. Jelezz, Jelezzzz Jelezzzzz….
Oklah sekian dulu bye..,
Psssstt untuk Maxis.. lain kali kalau buat Blogger Blaze ini lagi.. jangan lupa jemput Sawanila.com ye…