Tag Archives: nasi kerabu

Nasi Kerabu sedap @Kak Mah Nasi Dagang

Kami sempat sarapan Nasi Kerabu kat Kak Mah Nasi Dagang Putrajaya Gate I. Patutlah setiap pagi lalu situ kereta berderet parking. Rupanya makan pagi kat situ sedap sangat. Ada macam-macam jenis breakfast .  Maafkan diri ini, sebab tak sempat ambil gambar banyak-banyak. Ramai sangat orang. Nak mencelah tengok makanan pun kena jeling maut.Tapi yang Saya nampak dan sangat menarik ialah, Pulut Durian, Laksam, Akok, Nasi berlauk, Nasi kerabu, nasi dagang dan kuih-muih. Keropok goreng pun ada.  Hajat di hati nak makan nasi dagang, tapi nasi dagang dia guna beras putih. Ala tak menarik plak. Terus makan nasi kerabu biru. Sedap sangat. Rasa macam duduk kat kampung dah.

image

You all patut cuba nasi kerabu ni.Kedai dia, kat simpang nak masuk Putra jaya , kalau dari SILK Highway dan kedai tu sebelah dengan Sek Rendah Dato Abu Bakar Baginda.Makanan lain tak cuba lagi. Rayyan plak makan roti canai order dari kedai sebelah. Peminat roti canai ni. Mesti nak roti canai je.

Makan-makan di New Castle

Biasalah bila travel …. carik makan jela kerja nya. Badan pun dah naik-naik dah. Nak tahu apa kita makan tak?

Nasi dagang kat KADA.. beli sampai 8 bungkus. Makan 2 bungkus sorang. Sampai je dari KL terus pergi kedai nasi dagang baru balik rumah. heheheh

Sate ikan… beli masa on the nak pi Kota Bahru. sedap. Orang siam yang jual

Ni rupa satay ikan. Boleh request kuah manis or kuah pedas

Budu yang tak dapat nak dilupakan..hahaha buat makan dengan nasi kerabu

 

Nasi kerabu yang MIL masak. Dia buat tumis budu while me helping her buat sambal kelapa and potong semua kerabu. Sambil-sambil belajar masak lah ni. You all semua sila tiru macam saya ye. She also made nasi impit with kuah kacang and sambal ikan. Rajin betul dia masak.

close up kerabu yang I potong…. now I know how to make nasi kerabu together with budu tumis and sambal kelapa.

Rupa nasi kerabu….so now imagine, macam mana tak tambah berat badan? tu tak masuk lagi makan lain yang dimakan. And kat my mom house , I lah yang masak. Ada ikan pekasam lagi, pulut, laksa sampai Kheirul cakap…. dia dah gemuk. hahahah memang pun kan.Tak puasa rasanya balik kampung tapi esok Afriena dah start sekolah… so kenalah balik KL and me off course rindu my bed. heheheh