Tag Archives: MasterChef Malaysia

Astro Masterchef Blogger Finale- part 1

It’s the day, it’s the day… tulah yang I cakap masa bangun pagi. Bangun dengan penuh tenang sebab malas nak pikir. Pergi pun dengan berbekalan semangat juang yang tinggi, keyakinan yang tinggi, daya imaginasi yang hebat. hahahha. Bangun pagi siapkan anak-anak semua kita keluar dalam pukul 9. Hajat di hati nak makan nasi for breakfast tapi kedai tu tak bukak lagi. So pergi amik my sis dulu then tapau Mc D makan dalam kereta je.

Sampai pun dah dekat pukul 11.30 , so jenjalan and pusing tempat pertandingan dulu. tengok apa ada.

ada roti , tepung, cream…bla bla macam nak buat breakfast je..

.masa ni dah cuak sbb tetiba nampak coklat la so dalam hati, nak kena buat dessert ke? udahla hakak ni tak reti buat dessert pelik… pastu nampak limau plak, pastu ketumbar…. wahhh dalam hati… buat telur dadar je la…

Untuk mengelakkan rasa macam penyu macam ni, I pi jenjalan..jumpa bloggers dulu. Nanti I post lain pasal blogger ye.

pastu MC pun start la… mulalah nak muntah, cuak, nak terkucil hahaha padahal bukan kena belasah pun masak je… tup tup Zainal Alam Kadir panggil naik… see tengok macam -macam gelagat… ada yang pucat, bersemangat sukan, berimaginasi, berhalusinasi, berangan, blurr,malu.. semua ada.

kena interview…..

Oh ye sebelum tu orang kuat Astro kasi speech dulu… Ms Azlin namanya. emmm I suka kasut dia… tapi me canot wear high heel karena tulang belakang cedera…. so flat je all the time.

ni judges …. KY yang peramah...suka baca blog dia, Orang kuat Astro En. Raqim, Chef Kettley…

Pastu , ada briefing sikit then amik nombor. I dapat no 10. Meja hujung. Tak kisahlah meja mana pun asalkan dapur boleh masak. Dah dapat meja, pergi ke meja masing-masing, amik feel dulu.. sebelum chef cakap boleh bukak kotak misteri..

Apa dalam kotak misteri tuh ??? Tungguuuuuuuuuuuuuuuu

Gambar Blogger MasterChef Challenge

Ni gambar event petang tadi… saya pakai snap jer.. Kepada sesapa yang nak rompak gambar nih dipersilakan.. takyah mintak permission.. memang saya dah kasi nih..

Cuma kalau gambar tak lawa tu… jangan kutuk yer….. akhir sekali tahniah kepada pihak Astro, Nuffnang, penaja-penaja dan semua peserta finale tu.. korang semuanya pemenang……

 

:)

 

 

Esok Final : Malaysia’s First Ever Blogger MasterChef

Bangun tidur je… terus dok pikir… esok Sabtu eh? takutnya and dah rasa cuak. Apa lah dalam kotak rahsia nantikan…takutnya….

Masih tak tahu dan takde plan apa untuk di masak…. Dah tanya Bobby Chinn, dia dah kasi idea sikit… and pesan dia, all depends to the judges.

 

you all layan je lah gambar ni…kalau kena buat dessert, I buat benda ni je…

Rancangan MasterChef Malaysia ni akan ditayangkan di ASTRO RIA saluran 104 pada 22hb Oktober 2011 ini so lepas ni jangan lepaskan peluang untuk tonton chef-chef terhebat Malaysia dan kita nantikan siapakah yang akan bergelar MasterChef Malaysia yang pertama. Demam MasterChef ni memang hangat diperkatakan di seluruh dunia terutama di Amerika dan Australia, mungkin selepas 22 Oktober nanti demam itu akan merebak ke Malaysia pula. Nak tahu maklumat lanjut :

Sila tonton di ASTRO RIA – Saluran 104
Note: Kepada semua kengkawan pom pom girl and boys… bolehlah pakai baju merah.. sapa nak buat akrobatik pun boleh.