Tag Archives: Makan – makan

Makan-makan @ Restoran Nakhoda, Umbai

Ni citer semalam nak hapdet cecepat sebab citer Bangkok belum habis. kasi laluan kat citer lain dulu.  Sebab citer Bangkok banyak gambar nak upload. Kiterang pi Melaka setelah seminggu dok plan adik-beradik nak pi makan-makan since Fadli, My 5th brother nak belanjer makan ikan Bakar kan. Almaklum dia ada rezeki lebih. Sepatutnya 6 beradik join tapi 5 je, lagi sorang my 2nd sister, tak sihat.. biasalah ibu-ibu mengandung. So semalam dalam pukul 3 kiterang bertolak ke Melaka. Excited gak sebab dah setahun lebih tak jumpa. Since dia kahwin hari tuh. Tak sempat nak sembang dengan adik ipar. Semalam jumpa banyaklah dok bercerita. Rupanya dia silent reader Sawanila.com, Malunyaaa err thank you.

Sementara dok tunggu Fahmin and Wife and Sidah yang masih single (ada sapa nak berkenalan ke), Kiterang lepas je bebudak yang macam tak pernah jumpa tanah. Dorang main kat luar dengan uncle Faisal yang datang dari Kelantan and with cousin dorang , Airin. Dok main kejar si Limah dengan Hussin. Penat Limah dgn Hussin kena kejor. Oh ya Limah dan Hussin tu laki bini, Arnab peliharan Airin.

Sampai je rombongan Fahmin, lepak kejap, asar , tunggu dorang makan durian then dalam 6.30 after mandikan bebudak terus ke Umbai. Kiterang ke Restoran Nakhoda. Pandai Fadli laki bini pilih tempat sebab ada skrin besar so bolehlah kiterang tengok bola.  Yang bestnya, sebab dorang dah siap booking and standby cakap pukul baper sampai so, bila sampai duduk jap makanan sampai.

Tengok apa yang kiterang berlapan + 3 orang budak makan.

Siakap tiga rasa

sambal sotong

Ikan bakar kosong and bakar bercili

kerang rebus

kailan ikan masin

kepah sweet sour

ikut arah jam: sotong goreng tepung, udang bakar kosong dan ketam masak lada hitam

Banyakkan, Dorang amik package. Dalam RM350, termasuk, nasi kosong, nasi lemak,jus orange, jus tembikai, air kosong dan buah potong . Pastu yang lagi best dapat seat bersila. Memang syiook sebab macam dok kat rumah sambil makan sambil tengok bola.

Nilah tempat duduk dia. Berlari je bebudak.

Overall, makanan kat sini semua sedap. recommended sebab semua sedap. Ikan bakar dia manis, Sotong goreng tepung tersedap sangat, Udang bakar manis giler, Ikan tiga rasa sedap rangup (cuma terlebih garing), Kepah sedap and paling sedap adalah Black paper crab.Terbaikkkkk. Lepas makan terus berpanas dan berpeluh. Ingat lepas makan terus balik, dorang semua blh lepak dgn tokey kedai tengok bola. Tahniah Malaysia sebab main dengan cemerlang dan saya rasa bangga untuk pakai jersey Malaysia. :)

And to Fadli, terima kasih bebanyak ye sebab belanja , semoga dimurahkan lagi rezeki.ameen…….

Jom kita tengok berapa score restoran Nakhoda ni

GPS Position : N2 09.306 E102 20.291

3 Restoran Yang Kita Nak Serang

Salam semua,

Naper ler hari ni semua orang sekeliling dok citer pasal makan aja.. jumpa orang ni tanya pasal makan, jumpa orang tu dok citer pasal makan gaks.. kebetulan geng-geng penyangak kat sini dok rancang nak serang restoran yang belum pernah cuba lagi.. so saya senaraikan ler 3 restoran yang kami rancang untuk diserang. 3 Restoran itu adalah:

Image from tasikidaman.com

Restoran Tasik idaman

Alamat:44A, Jalan Idaman 84/89, Batu 26,
Jalan Jenderam,
Dengkil, Selangor
Tel:+6012 260 7994
Cuisine: Seafood

 

Restoran Cheng Ho Chinese Islamic Seafood (Amy Search)

Alamat: 15 & 17G, Blok 3B,
Jalan Wangsa Delima 10,
D’Wangsa (Belakang Pasaraya Carrefour) Seksyen 4,
Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
No Telefon: 03-41496094
Cuisine: Cina Muslim

 

image from sekinchanikanbakar.com/

Restoran Sekinchan Ikan Bakar

Alamat:lot 15681,
Jln Setiawangsa 8 & 13, 54200
Setiawangsa Kuala Lumpur.
Tel:  03 4251 5766
Cuisine:Ikan bakar yg pelbagai disajikan dgn sos ramuan sekinchan

 

So kengkawan…. kepada sesapa yang pernah menikmati masakan dan hidangan kat restoran-restoran diatas tolong bagi komen. Komen anda sangat-sangat kali alu-alukan

Entry masak memasak

hahahah… macam dah lama tak citer pasal masak memasak nih…. bukan apa.. super busy. Now bukan saja jadi housewife and blogger tapi sudah menjadi businesswoman. Manjang telepon bunyik nak beli Monavie. ALhamdulillah rezeki. Yang penting kiter usha jangan sekali putus asa. Bak kata Kak Red, nak kaya, nak duit, kerjalah….

Since start business ni, masak tetap masak simple je lah…Nak tengok apa saya masak lately? antaranya….

terung lemak putih

sup kaki ayam,sambal telur and sayur

ha ni semalam punya, lokan goreng dengan terung

oklah tu sempat gak masak…..resepi nanti I letak , tapi rasanya semua masakan sempoi. I bukan nye terror masak tapi setakat nak kenyangkan perut oklah. Oh ya… ada lagi satu quote yang nyatakan oleh sorang blogger terkenal, kat tweeter dia

wanna know your true friends, start a business” I like that :)

Oh ya… sapa nak order barang tupperware??? boleh order from saya.

ciao amigos..