Tag Archives: Ketam

Saya Masak Mee Kari Ketam

Kan orang dok heboh mee kari ketam sedap..mee kari ketam sedap..adeeh harus cuba buat. Tapi resepi saya  adalah lain. sebab saya pakai rempah nyonya. Mee Kari ketam ada sambal tumis dan kari ayam kering. Mee pulak pakai Loh See Fun sbb masing-masing tak suka mee kuning. Macam biasa jangan lupa daun pudina, baru balance rasa. Hasilnya, Mee Kari ini sangat sedap sebab rasa dia light taklah berkari sangat or muak.Rayyan suka sangat makan ketam, siap mintak nak isi ketam lepas tu mulut buat bunyi ssssspppp…das das.. minum air sambung makan.

Resepi Mee Kari Ketam istimewa saya seperti berikut

INGREDIENT

  • 1Paket Loh See Fun – boleh pakai Mi kuning, mihun atau laksa – celur sekejap
  • 3 ekor ketam bunga
  • 2 inci halia – kisar
  • 1 inci kunyit – kisar
  • 4 inci lengkuas kisar
  • 1 mangkuk udang kering – dikisar
  • 3 batang serai – 2 btg kisar, 1 btg ketuk
  • 2 sudu cili kisar
  • 8 biji bawang merah – kisar
  • 2 biji bawang putih – kisar
  • 3 biji buah keras – kisar
  • 1 1/2 kotak santan
  • 2 cawan air
  • 2 keping asam keping
  • 1 bunga kantan
  • garam dan gula secukupnya
  • Tauhu puk
  • 20 biji fish ball
  • 250g kerang rebus

Garnishing

  • fish cake- digoreng dan di hiris
  • daun pudina
  • tauge – di celur
  • kari ayam kering
  • sambal tumis kosong

METHOD

  • Panaskan minyak
  • tumis bahan kisar bersama serai yag diketuk sehingga pecah minyak
  • Bila pecah minyak, masukkan santan, air
  • Kacau hingga mendidih
  • bila mendidih, masukkan bunga kantan, asam keping garam dan gula
  • masukkan ketam, biarkan masak
  • kemudian masukkan fishball dan kerang dan tau puk
  • masak lagi selama 1-2 minitdan matikan api
  • Hidangkan dengan mi kegemaran bersama sayur, daun pudina,kari ayam yang dimasak kering dan juga sambal tumis kosong

Black Pepper Crab!!!

Sebelum bercerita pasal ketam oh ketam, nak komen sikit pasal Masterchef semalam. Makin lama makin tak best plak tengok.Kalau you all perasan, cara pemfokusan dia more to drama and action, bukan fokus pada makanan. Buat macam lebih boring. beza dengan Masterchef US, dia selit drama tapi masih kekalkan pada yang sepatutnya. Nampak dah best dah Masterchef Malaysia, tapi tu lah banyak potong stim la. Macam semalam punya task, rasanya cara plan menu tu, macam tak kena je…asam pedas ikan salmon served with pasta…cam mana ek rasa dia. Dorang ni macam nak impress orang dengan keunikan bukan nak impress dengan rasa. Just my 2 cents komen je lah…

ok back to ketam… ni semua sebab Masterchef Aussie lah ni, ada ketam  terus petang tu pergi cari ketam.Ada jual tepi jalan. So beli sekilo. Balik rumah cam biasa… mandikan ketam tu dulu ..errr I mean cuci dia sambil matilemaskan dia.

Lepas dah mandi cuci… bedakkan dia dengan tepung jagung sebab kali nak deep fry .

Goreng ketam atau any seafood jangan lama… just 3-4 minutes atau lebih tepat bila dah bertukar warna. terus angkat. Masa goreng ni… perghhh bau dia terangkat. sedapnya.

Angkat dan toskan dia…

Pastu masak dalam kuah lada hitam. Nak resepi dia? sila rujuk di bawah

INGREDIENT

  • Ketam sekilo – cuci dan salut dengan tepung jagung
  • 1 genggam biji lada hitam -tumbuk
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 2 biji bawang putih – potong halus
  • halia sebesar ibu jari – mayang halus
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 sudu sos tiram
  • sedikit minyak untuk menggoreng
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 pokok daun ketumbar
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
METHOD
  • Goreng ketam sampai masak – jangan overcook nanti isi dia keras dan kering
  • Dah siap goreng ketam, tumis bawang putih , bawang besar dan halia hingga layu
  • Bila dah layu, masukkan lada hitam yang telah ditumbuk kacau sebati
  • Dah sebati masukkan kan kicap dan sos tiram
  • Kacau dan masukkan sedikit air
  • rasakan garam dan gula
  • bila mendidih, masukkan ketam, kacau rata selam 5 minit dan masukkan daun bawang.
  • Kuah akan pekat sendiri sebab ketam dah digoreng dengan tepung jagung
  • Bila dah masak, tutup api  . Taburkan daun ketumbar.
  • Sedia dihidangkan

Inilah rupa ketam masak lada hitam. Sedap. Rasa ketam yang manis kena dengan kuah lada hitam. Sedap makan dengan nasi atau roti. Kheirul cakap, boleh buat bisnes nih. hahahah…Oh ya kalau nak rasa lebih lemak boleh letak sedikit cream atau susu.

Resepi Nasi Goreng Ketam

INGREDIENTS

  • 2 cawan nasi (I pakai leftover and beras wangi)
  • 2 batang hotdog – potong dadu
  • satu ketul dada ayam – potong kecil
  • 6 ketul ketam fillet
  • sebijik telur – pukul dengan lada putih
  • 1 biji bawang putih – minced
  • 1 cawan sayur campur – celur dalam air panas kejap so color dia nampak lawa
  • sedikit minyak
  • garam dan lada hitam

METHOD

  • panaskan minyak, goreng telur -kacau dengan hujung suding dengan laju untuk mendapatkan tekxtus macam benang
  • bila telur masak angkat
  • panaskan minyak, masukkan bawang putih, goreng hingga layu
  • masukkan daging ayam yang dicincang, kacau hingga masak
  • lepas tu, masukkan ketam fillet, kacau hingga masak
  • Bila ketam fillet nampak dah masak, masukkan sayur dan kacau
  • masukkan nasi, kacau sebati
  • masukkan telur yang telar digoreng
  • Dengan api yang kecil, rasakan nasi dengan garam dan lada hitam
  • lepas tu kacau sebati telur dan nasi
  • siap untuk dihidangkan.

NOTE: HIdangan yang lengkap untuk anak-anak esp untuk yang tak suka makan sayur.