Tag Archives: Hatyai

Floating Market Hatyai

Panjangkan sinopsis ? sampai ada part 2. Now let me stori mori pasal floating market plak. Floating market ni kira dekat je dengan city centre, dalam 15 minit je driving. Kalau naik tuk tuk, dorang charge 500Baht pergi balik so dorang tunggu la kita kat situ dalam 3 jam kot.Kiterang sampai check -in hotel pun dah pukul 12, so first thing to hit off course la shower.Gila melekit badan mesti kena mandi. Lepas mandi rest kejap, lepak tengok tv sementara tunggu Kheirul tidur. Bebudak ni? dorang ada ipad, notebook senyapla.Dalam kul 2 , kiterang pun mula berkumpul, tapi disebabkan GPS kat Hatyai ala-ala pening so, kiterang naik kereta je sbb tak jumpa geng konvoi lain.Naik kereta set GPS..tadaa dah sampai.

Hah.. gambar kat atas tu adalah gambar parking dia.. so kalau nak pergi ngan keter, kena datang awal baru dapat parking.. kalau lambat, parking full n sesak.. Parking free aja takde kene charge apa apa.. janji parking keter elok-elok dan takde blocking keter orang lain.

Inilah rupa floating market dari atas jambatan.

Ashraff and Afriena memang la excited sebab mana pernah dorang jumpa orang menjual atas perahukan.

Siap beli air sendiri lagi. Semua benda harga dalam 20 Baht – 25 Baht. Oklah. Beli makan and makan kat situ je.

Ni memang kena try sedap. Oh ya 80% makanan kat sini halal. So senang la.

Cute kan, Yang muka macamkucing tu actually fishball, Rayyan tak makan dia sayang. Dok pegang samapai bilik hotel.Rasanya banyak gak kiterang beli habis dalam 300baht. Memang kenyang kat situ je. Beli jagung (now terkilan tak try jagung kaler purple), pastu dessert yang dalam buah kelapa, ikan bakar, air 3-4 gelas sebab cuaca panas. Kalau you all ke situ, sila jaga bed ye sebab ramai sangat orang. Kalau nak drive ke sana sila awal dalam pukul 3 waktu tempatan so that you all dapat parking.

 

Steady je dorang dok masak atas perahu. Mana nak balacekan badan lagikan.Kalau perasan kat setiap perahu memang akan ada chop halal for those yang halal, kalau tak halal dia tak letak apa-apa. KAlau pat jual air , memang takde halal but normally air yang jual kat situ adalah teh susu, laici dan oren.

Kalau kat entrance tu dia ada pasar malam gak, ada jual baju, souvenirs, tit bits dan tak lupa juga makanan yang famous  cengkerik goreng, belalang goreng, ulat goreng dan segala macam serangga goreng.hahaha sapa berani try??? I lalu tengok pun dah rasa loya.

Cuma beli telur puyuh goreng. I memang tak makan kalau telur tak masak full, so tak tahu sedap ke tak tapi menurut kata pecinta telur tak masak iaitu Kheirul and Ashraff dorang kata sedap sebab dorang letak sos masin and pepper kot.Pastu apalagi balik la.. nak pi cari pulut ayam plak.

 

Express Tailor in Hat Yai

Sebelum sampai Hatyai lagi kiterang dah plan nak tempah seluar. Especially Kheirul. Dia nak jahit seluar kerja. So , masa jenjalan nampak few kedai jahit seluar. Tapi kiterang pergi yang dekat dengan hotel jer

Nilah keadaann kedai dia. Penuh dengan kain jer. Pergi sana pilih je nak fabrik camner then dia jahit.Kiterang pilih wool. Since encik suami tersayang belanja I satu seluar so I pilih je kain mahal sikit.Kalau beli yang dah siap kat KL ada 200 – 300 selai tapi kat Hatyai ni boleh dapat dibawah rm100 sehelai. And Kheirul buat 2 lai kata nak test sedap ke tak. Kalau sedap next time boleh tempah lagi.

Ada banyak lagi kain jenis lain. Tapi macam old fashion jer. Maybe next time kalau sampai Hadyai nak jahit seluar 2-3 lai lagilah….

Memang betul apa yang dijanjikan dan seluar siap dalam masa 24 jam. Siap hantar ke hotel lagi tanpa extra charges.

Memang puas hati, jahitan memang kemas dengan tiada kecacatan langsung. Seluar yang ditempah memang sedap dipakai.

Sesiapa yang nak tempah bolehlah tempah kat kedai ni…

Chokthavee Textile

Halal Food in Hat Yai

Sawanila.com memang tak sah kalau tak citer pasal makan. makan…hihi mana pergi mesti nak test makanan. Being us yang suka sangat makan…kan there you go.

first restoran yang kiterang jumpa adalah Hamid restaurant. Ni famousla kot kat Hat Yai sebab mana-mana blog dok citer pasal Hamid kan.Kitatang makan kat Hamid for Breakfast.

Ramai gak Malaysia yang datang makan kat sini. I thought Hamid ni orang India muslim. Orang siam rupanya dia.

Set American breakfast for Kheirul and kids

and me makan nasi lemak. Giler lapar lagipun dah lama tak makan nasi lemak. Maklumlah I kan menyusu badan so tahap kelaparan adalah tahap ke max.Makanan kat sini not bad. I suka nasi lemak tapi sambal dia mak aih, pakai cili padi ker??? berdesing telinga ku. Nasi dia best sebab pakai beras wangi.

Hotel yang kiterang duduk Novotel tu opposite dengan Lee Garden Hotel. So senanglah kiterang cari makan. dalam Lee Garden adalah tidak diketahui ada tempat makan halal ke tak kedai ice cream swenson adalah. Kiterang makan ice cream dalam tu. Mc D kat situ tak halal sebab dorang serve Pork. Tapi ada artis Malaysia tu selamba kodok makan Fries. Mungkin pakai minyak lain but me, very particular about it.

Ha ni plak gerai jual pulut mangga.Ada few tempat yang jual pulut mangga, tapi i rasa yang ni paling sedap sebab ramai sgt beratur membeli.Harga dia ikut saiz mangga. 50baht and 60 baht.

Nilah rupa pulut mangga. first time I makan terus jatuh cinta. Giler sedap macam nak nangis. Mangga dia sedap and sgt manis. Mangga tuh bila masuk mulut je mmacam cair jer dalam mulut. Tak payah kunyah.Pulut dia sedap tak muak. Lemak manis. santan dia not pekat sangat. Masa makan tuh, hish siap pekik sedapnyaaaaaa!!!!!!!!. Budak-budak pun suka. Yang afriena suka pulut and ashraff suka mangga. 2 malam berturut-turut makan pulut mangga as a dinner disamping makan tuna sandwich.

On the second day, kiterang had lunch kat Salma Restaurant.Kiterang cari pakai GPs jer. rupanya dekat jer dengan hotel.Tengok apa kiterang makan

Hani gambar restoran dia. dok sebelah 7-11.

Masa kiterang masuk, tak ramai lagi orang makan sbb still early

Kiterang order drinks ; Air laici, choc drink and air kelapa

Ulam dengan sambal belacan, telur dadar 5 rasa – hehehe telur ni sedap sebab ada segala jenis lauk. udang sotong ayam, sayur and bawang

Ni plak tomyam putih. sedap cukup rasa masam manis dia. Kalau nak compare kat sini, jauh beza. cepatlak tuh dia masak. tomyam putih campur kurang pedas.Isi dia, ada mussel, ayam, udang, sotong and sayur.

Yang nih tangkap leleh punya siakap masak masam manis. Sedap giler syok nak nangis makan. sebab Ikan dia fresh pastu dia goreng garing cam keropok tapi moist tetap ada. light taste. bebudak pun suka makan.

As usual, orang siam nih peramah, masa I makan , dorang siap tolong jagakan Rayyan. Dok dokonglah dorang dalamkedai makan tuh. Rayyan apalagi happy la dia. Kat sini, super class layanan kalau you all cakap kelantan dengan dorang. Cakap english pun ok tapi bila cakap kelantan dorang rasa happy.Total makan kat sini takdelah mahal sangat.

Ha .. kot kot you all ada plan nak makan kat hatyai boleh rujuk di sini or else pakai GPS. Selain tempat dia atas, ada few lagi restaurant macam Sulaiman restaurant tapi kiterang tak pi. Selain makan kat kedai kiterang ada buat sandwich sendiri sebab my kids kan tak suka nasi sangat. Tuna ada yang dibawa from KL and ada dibeli kat supermarket top dekat ngan hotel. Kat Tops supermarket ada gak makanan halal. Kalau you beli canned food kenalah baca halal ke tak. Tapi kat sana, banyak makan halal. even air mineral pun cop halal. :)