Tag Archives: Hari Raya

Raya Sakan KL-KB-KL SG

Seriuosly…tahun ni raya sakan. mana tak nya dalam seminggu , travel je kerja. From Friday night,  kiterang start travelling to Kelantan. Lalu Kuantan-Terengganu terus ke Kelantan. Raya ke tiga, Balik KL, singgah rumah sendiri, cuci baju, tido bangun esok pagi bertolak ke Johor plak. Dah kalau dah ke Johor haruslah ke Singapura.

Malam raya tu, I dah busy dah. Busy dok prepare untuk masak pagi esok. Malam tu bkend apa yang patut, tumis tumis, masak beriani ayam, goreng ayam untuk ayam masak merah …ni semua dengan bantuan Sidah le off course. Buat teman bersembang walhal rasa penat yang amat sebab tak cukup tido. Dah settle semua, pagi lagi dah bangun, masak. Kali ni pepagi dah masak nasi beriyani. Masak seperiuk besar gak sebab ramai gak yang datang and makan. Ayam masak merah pun habis and my mom buat acar dengan kari ayam lagi. Selain dari tu adalagi juadah lain. Ada ketupat pulut kesukaan ramai. Rayyan saja boleh makan 5 biji. Kalah rekod Afriena yang makan 4 biji. Ketupat ni special sebab kaler purple (campur dgn pulut hitam). Tapi yang kelakar, bila pergi rumah orang dia nak makan ketupat tengok ketupat kaler putih nangis tak puas hati. Raya pertama lepas masak, berjalan ke rumah sedara mara sampai ke petang. Ada gak pi jalan rumah orang tapi takde orang, pi berjalan ada orang tapi tak nak bukak pintu sbb ralit tengok TV (takpe, saya anggap dia tak dengar bila orang kasi salam)

Raya ketiga pagi dah bertolak ke KL sbb taknak sibuk dengan traffic jam… sampai KL terus pi beraya ke rumah SIL sbb nak jumpa MIL. MAkan-makan-, bersembang, dengar cite MIL, pukul 10 baru sampai rumah. Suruh bebudak tido lagipun memasing excited nak pergi Singapore. Yang dorang excited tu sbb nak pergi USS. Ye kiterang ke USS  on Thursday. Kids are so happy. Tanya dorang apa yang best? Best sebab dapat tengok and feel the transformer. Ashraff macam biasa enjoy the roller coaster.

Kalau dah kat singapore, sudah tentu lah kami tak lupa nak singgah ke Beach Road sebab nak makan Sup tulang merah  heheheh. And kids as usual, nak Mc Donalds. Mc DOnalds kat Singapore murah lah…ok please don’t convert sebab gaji cleaner kat sana $S900 and gaji cleaner kat Malaysia RM700-900. Kat sana GCB is only $S5.50 and the size is double lengkap dengan salad and tomato.

Inilah rupa GCB singapore, tapi kat sana panggil teppanyaki burger or Mc Grill. Rasa sama but besar. Memang 2 GCB Malaysia = 1 GCB singapore .

rupa dia macam ni….

Oklah nanti kita sambung siap dengan gambar.

Citer Raya – 2nd day Raya

Dah habis raya pertama yang penat…kan kita citer raya kedua plak. Oh ya masa raya pertama my family datang. Satu batalion lah datang. Bukan jauh pun setakat 45 minute perjalanan je. So takdelah terkilan tak beraya denan family. kan kan kan…tu yang senang bila kahwin dengan orang dekat-dekat. tapi takleh awan my sis, sebelah kampung jo. lunch kat rumah mertua, dinner kat rumah sendiri…lagi best.

So on raya kedua, Bangun pagi pukul tak berapa pagi gak lah sebab nak masak pun semua dah dimasak, so bangun mandi-mandakan anak-naka, suami mandi sendiri , breakfastkan dorang. My kids senang breakfast minum mila and makan ketupat. tak payah nak prepare pelik-pelik. Husband plak… tak nak breakfast lagi…awal. katanya lepas ke kubur.

Balik from kubur, baru makan. hari tuh breakfast nasi dan dagig singgang yang dibungkuskan dari masjid. Sedap sangat sampai sekarang dok terngiang-ngiang rasa dia yang sedap. Ingat lepas ke kubur boleh terus ke rumah my family, tapi MIL kata kena ke rumah sedara mara dulu lagipun dia nak follow ke my house jugak. So ..raya rumah sedara mara..then kul 1 baru balik rumah kat Temangan. sampai je, hidang nasi kat tetamu. Mak saya masak, tumis ikan bilis dgn petai,singgang ikan tongkol, sambal tempoyak, ayam goreng and ulam raya. Laju je semua makan… Lepas setel semua, tetamu balik, I makan, solat then keluar pergi machang cari hotdogutk buat bbq. BerBBQ di malam yang dingin. best gak. Sebelum  berBBQ ada buat solat hajat for my SIL yang nak bersalin anytime tuh. Pastu apalagi start le BBQ. Acara tahunan masa raya.

terpaksa BBQ kat depan rumah.Nak buat kat belakang takleh sebab hujan. Ni tukang bakar. Lagi sorang amik gambar. Tukang makan kat atas rumah.

 

Citer Raya- 1st day Raya

Hai semua…. apa khabar???? amacam raya? best tak?? As for me and family..best raya sampai macam tak nak balik KL. Yang paling syok pasal makan-makan. Banyak sangat makanan sampai tak tau nak makan apa. Tahun ni for the first time raya dgn Mak Mertua kat Kampung. Selalunya dia raya kat Mekah. So harusle orang itu excited. Kiterang tolak balik kampung hari Sabtu pagi. Keluar rumah pergi cari McD dulu then  pergi solat Subuh then baru gerak. Kira dalam pukul 6.30 baru gerak gak lah. Lalu ikut Kuantan, singgah “kampung” Kheirul tengok rumah then baru balik Machang. Pukul 4 gak lah sampai, terus ke Bazar Ramadhan  Machang. Bazar dia tak happening macam last year lah. Last year macam-macam ada. Pastu baru balik rumah my parents dulu. That day mum masak Ayam masak kicap, lemak kuning pucuk paku then kiterang beli Patin masak tempoyak. Pastu ada lagi lauk sampingan my mom, ikan rebus goreng, sambal tempoyak and ulam. Esok tu, ke MAchang balik pergi pasar cari ikan and sayur. Petang tu I masak le.. sweet sour ikan and sayur while mom masak asam pedas. Hari tuh meriah sikit sbb semua dah sampai. Malam tu baru ke rumah MIL.

Pagi raya plak…. Bangun pagi dalam kul 6.30..muah muah.orang lain sibuk masak, aku baru bangun.. heheheh. siapkan anak-anak dan suami lepas dorang pi semayang barulah makan-makan amik gambar.

Layan gambar ok

ni before nak bergambar…dok lepak kat tangga. nak pakaikan samping utk Ashraff. balik solat raya, samping dah macam kain pelikat dia pakai.opps..tu baju raya Afriena, I jahit tau… hehehe

Tangah pakai samping, sambil dibantu oleh anak sedara yang cute. I selalu cubit manja pipi dia..geram

acara mintak maaf… lama plak Ashraff lepak kat Wan dia

Afriena mintak maaf sampai nangis-nangis ko. Dia kan pelakun air mata

Pastu papa nye turn then my turn…..

Pastu apalagi kita makan le…chup chup chup.. amik gambar family dulu

Satu family with Wan. Raya kiterang takde tema….as usual Pink for girls, Merah for Boys tapi Rayyan pakai purple sebab baju merah dia tertinggal kat rumah my mom. takpelah baby sbb dia pakai pun 2 jam then terus seksi.

Kita makan dulu.. ada ketupat,rendang, kuah kacang and spaghetti… semua dimasak oleh bukan saya. Rayyan masa hari raya suka sangat dengan marukku. …Penat raya pertama sebab ramai sangat orang and saya amik contract cuci pinggan hari tuh. tapikan masa ni Rayyan suka nangis tak nak dengan orang lain so, penatlah nak berdokong je plus dgn serangan gastrik plak tuh…