Tag Archives: Bubba Gump

Bubba Gump @ The Curve

Dah lama tak makan  kat Bubba Gump. Last Sunday, before pergi event Chipmunk, kiterang pi pekena makan kat Bubba Gump.  Sapa pergi sana kena makan udang tapi kiterang tak order pun udang, yang lebih menarik perhatian adalah ribs. Ribs dia sedap gila.  First time makan which was 2 years ago pun makan ribs tapi takleh habis sebab amik yang besar but this time amik combo. Ada ayam, ribs , chips and coleslaw. Nak tukar ke mashed potato pun boleh. Order 2 ribs combo + ice lemon tea and kids  makan free. Rayyan share je sesapa punya sebab dia suka makan share orang lain punya esp mama dia punya.

Yang ni free meal Ashraff punya, cheese burger + chips + apple juice and jelly. Bila tanya dia sedap tak ? Dia senyap je, bila habis baru cakap sedap sebab nya bila dia kata sedap nanti semua nak try.Kedekut kan

Afriena plak , pastaq with tomato sauce + chips+apple juice and jelly. Banyak for kids tapi habis dorang makan. Memang tak rugi bawak bebudak ni makan sebab dorang makan banyak. Cuma yang pelik napa dorang kurus. Nak beli baju sekolah , saiz ok dah tapi bab pinggang semua longgar.

iuioh h 

Inilah hasilnye selepas 1 jam lepak makan kat situ. tinggal tulang je. recommended makan ribs sebab bbq sauce dia kena dengan ribs yang isinya yang tender tapi tekstur dia masih tak lari dari bentuk daging yang asal. Balik rumah terus check darah , tengok ada perubahan ke tak sbb doktor suruh makan daging lebih sikit so that bp boleh naik. Tengok biasa je tak naik pun. Next time pergi nak order baked rice la plak… tapi nak ribs jugak. cam na nih???

Run Forest Run..

Ada tak sesapa yang pernah tengok citer Forest Gump?? I dah tengok 2 kali kot… citer ni ada sedaih and ada membakar semangat…but this entry bukan nak citer pasal Forest gump tapi pasal makan. Last 2 weekend, we went to Ikano and had lunch kat Bubba Gump.Sampai sana, kiterang amik port paling best and the waiter kasi bebudak crayon. tapi part paling best Afriena sebab dia mintak 6 crayon.

Siap cakap ” Uncle, I want 6 crayons”

so dapatlah, since Afriena berlagak cun je kan….janji aman kiterang makan

Apa yang di order???

4 gelas air kosong…..rasa air kosong ni menyegarkan…..

BBQ spare rib – dia punya spare rib lagi sedap daripada Tony Romas… dah lah besar. 4 orang makan baru habis ni. ni rasanye lembu baka 10,000 BC kot

Udang – udang – kalau kat Bubba gump tak sah kalau tak order udang. tapi ni bukan udang yang Forest gump tangkap kot. Dalam ni ada udang goreng dengan kelapa (resepi turun temurun dorang nih), cold shrimp, udang goreng bertepung…

Ha ni paling best, baked rice and seafood. sedap lemak berkrim memang hancuss diet. Nasi ni dia bake dengan segala cheese, ada cheddar cheese, Jack Cheese and etc… We all share separuh and lagi separuh ashraff makan. Afriena makan coleslow. Setiap meal ada chips. and chips dia sedap gak…..

Apa yang best makan kat sini,

  • potion besar so kalau you all nak order, kena la share unless you all boleh abiskan.
  • waiter dia memang bagus, panggil je datang….layan budak pandai tak setengah tempat asal nampak kiterang pakai selekeh mulalah ingat org miskin tak mampu nak makan kat situ
  • suasana yang best sbb ada tv , tak bising….