Tag Archives: Birthday

The Birthday Party

Seperti yang Ashraff and Afriena tunggu…. tadaa the birthday party.The birthday party was on Friday, after PE class. Pukul 7 , I dah start masak for the kids. I just fried mee hoon and goreng keropok. Cupcake dah settle on Thursday.Sekolah pun ada sediakan makanan jugak. Ada kuetiau and mee goreng hari tuh…

The Birthday boy and girl – lupa nak bawak candle….

The Birthday cakes – BEN 10

Pocoyo

and versi conteng-conteng…

Punyalah meriah budak-budak nih dok pilih nak cake aper…

Cikgu pun sempat amik gambar….

The party sekejap jer dalam 45 minutes gitu sbb kelas start balik pukul 10. tengoklah muka AShraff tak puas hati ngan member dia sbb semua dok cop nak BEN 10.

Some of the gelagat budak-budak…

Muka comot lepas makan cake

Macam-macam style dorang lepak…nak-nak dapat makan kat luar…

Sukalah dorang dok layan camera….

Kalau nak tengok gambar lagi click SINI.Till next year for the party. See you kids!!!!!!!

Note: Punyalah bising budak-budak ni… pekik sana, lompat sini… mmg respectlah teacher yang handle budak-budak nih….

Hadiah Harijadi

Kalu korang nak tahu, ni la hadiah harijadi tahun ni untuk isteri tersayang… sebenornye harijadi dia lambat lagi… sajer jer bagi awal supaya dia tak mintak-mintak lagi lepas ni…

Netbook Toshiba NB200 yang baru dibeli semalam. Kecik molek, cinonet macam bakal tuan dia gaks dengan style terkini memang cun dan menarik sekali. Apa yang saya paling suka untuk Netbook Toshiba ni adalah keyboard dia.. memang smooth abis… tak semacam keyboard jenama lain…. keyboard dia seakan-akan keyboard Sony… semang selesa abis semasa menaip. Dengan processor Intel Atom 1.66Ghz dan 2GB ram memang dah cukop untuk digunakan untuk browsing internet dan running program-program yang simple.

Semalam saya habiskan sampai kul 3 pagi untuk mengode-gode dan install software dan update apa-apa yang patut. Saya sebenornye kesian sebab notebook opis yang Yatie buat balik rumah tu dah nak kene pulangkan balik,….. PC buruk yang ada tu dah dijadikan Game Console untuk Ashraff main game Formula-1 dia… so terpaksa ler beli satu yang baru….

OK lah…. dengan ini saya dengan rasminye… menyerahkan Netbook Toshiba ini kepada Yatie.. hehehe so lepas ni bolehlah dia posting banyak-banyak kat sini….


Pssttt: Tunggu kemuncullan notebook saya punye plak…….. tak tahu nak pilih yang mana satu… mengidam Dell Studio XPS dan HP Elitebook yang baru tu… tunggu ler opis kasi approval dulu…