Tag Archives: Berpantang

Pati Ikan Haruan masa pantang

Bila sebut pati ikan haruan mesti you all rasa loya. Naik juling kalau dok hidu bau dia. Bau macam longkang lah.. tapi itulah ubat terbaik. I minum pati ikan haruan setiap kali lepas bersalin.

Kenapa? sebab

  • nak kasi luka dalam dan luar cepat sembuh
  • kasi kuatkan otot-otot dalaman
  • tambahkan tenaga
  • senagkan tidurku

Dulu cukup tak suka pati ikan haruan, tapi bila dah selalu minum dah jadi biasa jer. Macam minum ubat batuk plak. Bukan ubat gastrik ok, kalau ubat gastrik banyak yang keluar dari yang masuk.

Bagi yang baru belajar nak minum, cara nak elakkan muntah minum pati ikan haruan ialah:

  • tahan nafas, jangan hidu bau pati ikan haruan
  • sediakan air secukupnye, contoh air yang boleh hilangkan rasa hanyir
  • atau lepas telan pati ikan haruan tu, cepat-cepat makan benda lain, contohnye buah kurma ke, jelly ke or roti manis
  • tapi my fav is, lepas telan pati ikan tuh , I terus minum air suam.

Masakan semasa berpantang

Dah malas dah nak tulis pasal menu berpantang nih.. tapi cerita pasal makan.. mesti nak gaks share…..

Antara menu yang boleh dijadikan pilihan semasa berpantang nih adalah:

Ikan Bawal Putih Steam

Ikan bawal putih steam nih.. lawan dia ngan Sayur Bayam Rebus….

selain drp tu….  Sup Ikan Merah pon sedap gaks untuk dijadikan lauk utama semasa berpantang

hah.. kalu pekener sup ikan merah ni lawan dia ngan sayur kobis….

kalu nak resepi.. pepandai ler search resepi kat sini yer….. nun ada kat hujung atas sebelah kanan blog nih

Lagi Menu Berpantang Yang Best!!

Ni satu lagi menu orang berpantang yang best… Namanya Ayam Masak Madu… Cara penyediaanye sangat mudah…

Sediakan ayam… gaulkan halia, kunyit hidup, serai hiris, sedikit lada hitam, garam secukop raser, dan madu lebah asli dalam 3 sudu besor….  takde madu… belasah ngan gula aja… gaul dan biarkan dalam 15 minit…..

gunakan periuk aja.. masak sehingga ayam keemasan….

dah masak.. apa lagi…makan ajalah…

Kalau nak Resepi Ayam Madu cucuk sini