Tag Archives: Advertorial

Nada Alam, Perumahan terbaru dari Seri Pajam Development

Ini Adalah Posting Berbayar.

Rumah. Kini rumah menjadi satu keperluan asas untuk kita semua. Dengan peningkatan harga rumah yang sekian meningkat dari tahun ke tahun dengan permintaan yang tinggi untuk memiliki rumah sendiri adalah menjadi satu idaman bagi kita semua. Jadi, apa tunggu lagi. Baiklah kita merancang  untuk memiliki sebuah rumah idaman secepat mungkin sebelum harga rumah meningkat lebih tinggi.

sp1

Pada hari Ahad yg lepas, saya mendapat jemputan untuk menghadiri satu majlis pelancaran satu projek taman perumahan yang baru yang terletak di Pajam, Negeri Sembilan yang telah disempurnakan oleh Dato’ Hassan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia.

Pada mulanya ingatkan Pajam ini jauh tetapi jangkaan saya meleset.  Dengan menggunakan Lebuhraya PLUS dari Toll Sungai Besi, saya hanya perlukan kurang dari 45 minit untuk sampai ke Pajam melalui exit Nilai. Dan tapak perumahan Nada Alam ini betul-betul dekat dengan exit Pajam sekiranya melalui Lebuhraya LEKAS. Jadi akses lebuhraya memang mudah sekali.

sp2

Setibanya saya di Sales Gallery Nada Alam, kagum sekejap dengan konsep perumahan dalam taman yang berkonsepkan alam semulajadi ini. Seluas 160 ekar dengan 13 ekar khusus untuk mengekalkan kehijauan alam semulajadi dan berstatus “Pegangan Bebas” menjadikan lagi perumahan Nada Alam ini lebih bernilai tinggi untuk palaburan.

sp3

Saya tiba agak awal juga dalam jam 10 pagi tetapi sambutan pada hari pelancaran sungguh meriah sekali. Tak sangka ramai yang sudah berada disana dan berpusu-pusu untuk melihat sendiri perancangan perumahan yang telah dirancang rapi oleh Seri Pajam Development Sdn Bhd untuk projek perumahan Nada Alam ini.

sp4

Ini adalah model rumah 22×70 rumah teres yang ditawarkan dengan harga RM472K. Tentu ada yang bertanyakan tentang ciri-ciri keselamatan kan. Terdapat 3 tahap keselamatan iaitu Pengawal Keselamatan (Pak Guard), kedua kamera CCTV dipasang dimerata-rata tempat dan yang ke-3 Pagar parameter fencing disekeliling kawasan perumahan ini. Selain daripada itu di dalam rumah pula dibekalkan dengan system penggera atau Alarm System, smoke detector, pemadam api dan sebagainya.

sp5

Jangan risau pasal kemudahan awam. Semuanya sudah tersedia dan dekat-dekat belaka. Lebuhraya, pasar-pasar besar, sekolah, university, Nilai 3 untuk shopping. Semua dekat belaka.

sp6

Selesai sudah majlis perlancaran yang telah disempurnakan oleh Dato’ Hassan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia. Apa lagi.. saya terus pergi melawat rumah contoh disana.

sp7

Tersergam Indah

sp8

Ruang Tamu yang luas

sp9

Kamar Utama yang selesa

sp10

 

Tidak Terkata… Dalam hati apa yang saya boleh ucapkan adalah “Alangkah untungnya kalau aku dapat memiliki rumah sehebat ini” itu saya yang dapat saya ungkapkan disini.

Jadi kepada semua yang ingin dapat maklumat lanjut lagi.. sila lawati www.nada-alam.com.my.

Cepat.. miliki rumah idaman anda dengan segera.

Azam Raya Bersama Watsons

Ini Adalah Posting Berbayar.

w2

Meriah sungguh Sawanila.com semenjak dua menjak nih sebab sekali lagi mendapat jemputan untuk event lagi. Alhamdulillah, pada 4 hb Julai lepas kami dapat jemputan untuk acara pelancaran kempen Azam Raya Bersama Watson dan Faizal Tahir di Al-Amar Restoran, Pavillion KL. (Special thankz to Al-Amar… Lebanese Cuisine are superb!!!)

w1

Maklumlah sekarang ni kan dah Bulan Ramadhan dan akan berhari raya tidak lama lagi jadi Watsons tidak ketinggalan untuk memeriahkan lagi suasana raya yang akan datang dengan melancarkan kempen Azam Raya bersama Faizal Tahir. Kempen ini bermula dari 18 Julai 2013 dan akan berakhir pada 2hb September 2013 dan Faizal Tahir sebagai Duta Watsons akan menggubahkan sebuah lagu raya hasil daripada azam-azam yang dihantar dari laman Facebook Watsons Malaysia sepanjang kempen ini berlangsung…

Nak tahu caranya bagaimana…. Senang aja…. korang perlu Like kat Facebook Watsons Malaysia…  Dan tulis aja apa-apa azam korang kat sana.. contohnya: “Azam Raya saya kali ini adalah untuk Khatam 30 juzuk Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan..” itu aja.. senang kan…

Hah!… nak tahu hadiahnya apa…???? eeemmm… Kepada pemenang yang bertuah, Watsons akan sponser rumah terbuka raya kepada  pemenang itu sendiri yakni sponser katering makan minum semua sekali la… hehehehhe best kan… Satu lagi kepada pelanggan Watsons yang berbelanja RM30 dan keatas akan dapat tiket rumah terbuka bersama Watsons dan Faizal Tahir di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 6 September akan datang…..

So apa korang tunggu lagi.. pi cepat karang Azam-Azam Raya korang dan jangan lupa untuk menyertai kempen ini di http://www.facebook.com/watsonsmalaysia

 

#5 Ciri-Ciri Terbaik Samsung Galaxy S4 Pilihan Saya….

Ini adalah posting berbayar.

S4-3a

Salam semua. Satu dunia dah tahu kan pasal Samsung dah lancarkan telefon pintar tercanggih terbaru terhangat di pasaran pada hari Sabtu 27 April kan. Punyalah meriah hari pelancarannya sampai adik tadika kat kampong pon tahu.

OK.. saya taknak cerita pasal speksifikasi tepon ni sebab dah heboh citer dek orang kampong semua so kali nih saya nak cerita la serba sedikit tentang telefon Samsung Galaxy S4 ni yang menarik perhatian saya.

#1. Dual Camera Photo & Recording.

S4-9

Ciri pertama yang menarik perhatian saya adalah dual camera depan dan belakang…  Pernahkah korang semua ambil gambar dengan mengadapkan kamera ke muka dan snap gambar sendiri.. heheh… dengan S4 kini takyah buat gitu lagi.. Cuma perlu ambil gambar macam biasa aja dan dengan dual camera ni… korang boleh selitkan gambar depan dan belakang dalam satu paparan aja…. Senang kan…

#2. Kamera 13 Megapixel…. Walauwehh…!!!!

Korang tahu tak.. kamera DSLR saya yang serba canggih nip on 12 megapixel aja… dengan Samsung Galaxy S4 ni 13Megapixel.. lagi hebat dari kamera DSLR saya… jadi lepas nih takyah dah nak bawa kamera yg bagak-bagak kehulu-kehilir untuk cari bahan blogging.. bawa S4 ni pon dah cukup. Gambarnya memang terang dan jelas setanding dengan kualiti gambar DSLR……

S4-100

Gambarnya jelas dan terang hingga tulisan yg kecil cinonet  tu pon dapat dilihat dengan jelas

S4-101

Warna gambarnyanya menyerlah tanpa perlu buat sebarang editing pada gambar

S4-102

Terang dan jelas walaupun gambar diambil in-door….

#3 Sound & Shot

S4-8

#4 Air View & Air Gesture

Muahahakakakaa… ni yang paling menarik sekali.. boleh buat magik bro…. kalau korang pi kat galeri gambar dan nakmembelek gambar-gambar yang sudah dirakamkan… korang takyah sentuh pon skrin tepon tu… Cuma perlu lambai ke kanan dan ke kiri aja…. Sebijik macam cerita Starwars bro… lambai jer kekanan terus gambar berubah ke gambar yg seterusnya.. memang canggih gila….

Bukan tu aja… kalau korang surf ke internet dan nak scroll ke bawah…. Korang perlu lambai kebawah jer… takyah sentuh.. memang magik gila… peerrrrhhhh

#5 S Translator

Ni pon saya suka gaks… sbb korang record jer apa yang korang nak cakap then dengan S translator nih… tepon pintar nih akan terus translate apa yang korang rekod tu ke bahasa yang korang nak.. Sangat sesuai untuk orang yang selalu travel macam saya nih.. contohnya saya pergi ke Serbia la kan.. then nak tanya orang tempatan kat mana nak dapat restoran halal… saya perlu rekod “Boleh saya tahu dimana restoran halal yg terdekat” then dengan S translator nih… tepon tu akan jawab… “Могу ли да знам где је најближа кошер ресторан који” heheheh….

Tengok video nih kalu korang tak percaya tang S Translator nih…

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=w-DfsqoqRn4

Ok… kalau korang berminat dengan tepon pintar Samsung Galaxy S4 ni… dapatkan segera kat mana-mana kedai berdekatan.. harga tampal dia RM2199 tunaii… tapi korang carilah package yg terbaik dipasaran… hehehehe

Dan sebelum akhiri posting nih… korang kena gaks tengok satu lagi video ni…..

http://www.youtube.com/watch?v=2LHv1FPd1Ec

Ini pon menarik perhatian saya. Paling cool sekali bila kita boleh rakam suara kita sebelum atau selepas shot satu gambar dan hantarkan ke rakan kita. So bila rakan kita tengok jer gambar tu suara rakaman yang kita buat tu akan dimainkan.. Sangat sesuai untuk orang yang malas macam saya. So lepas ni.. ambil jer gambar terus rakam apa-apa yang patut berkaitan dengan gambar tu.. heheheh