Demam Bollywood

My cousin cakap… ni dah kena demam bollywood ke. hahahah Dah tiga citer hindustan kiterang layan.

Dilwale

Dilwale-poster

Best jugak cerita dia. Jalan cerita dia biasa biasa je yang paling best adalah lagu-lagu dia. KIterang tengok kat rumah je. Takde subtitle, nasib baik paham. Inilah kebbaikan bila tengok citer hindustan dari kecik, sampaikan dorang cakap pun boleh paham. Kena translate bagi suami paham jugak. Cuma bila part orang kata sedih tu, Tak jumpa plak kesedihan dia. hahahha. Part lagu memang sangat best.

Bajrangi Bhaijaan

Bajrangi-Bhaijaan-Hindi-2015-500x500

Cerita ni best. Afriena sampai nangis. Apa yang best? Cerita dia banyak memaparkan keindahan alam ciptaan Allah. CCantik sungguh Kashmir. Kalau baca pasal making of… banyak scene kat Kashmir Valley, kat rumah ladang Salman Khan kat Panvel, Mandawa and Delhi. Semua scene dalam cerita dia sangat cantik. Mesej yang nak disampaikan pun menarik. KAlau tak , takdelah semua orang boleh stay tgk tv sampai pukul 2 pagi, then esok pukul 6 bangun for Subuh. Pastu ke kelas Taekwon-do plak. Seriously, cara dia menampilkan keindahan alam tu, macam ada atu bisikan, meh lah datang sini tengok tempat lawa-lawa. Pastu, cerita ni memaparka adab-adab yang baik tentang takleh menipu, kena jujur, amanah

Yang tak best cerita ni, amalan kasta dan penceritaan tentang keindahan islam yang boleh disalah tafsir oleh orang yang baru belajar tentang islam. Cara memohon doa di keramat, menyanyi memuja Ali. Ada jugak pasal tunjuk ikat tali kat pagar supaya doa dikabulkan. Dalam berdoa, kita sepatutnya tiada pengantara. Berdoalah terus kepada Allah. Yang ni kalau tengok, sila-silalah terangkan pada yang tak tau , apa yang betul apa yang salah. Fokus pada mesej dia. Best sangat citer ni. Watak Munni?Shahida sangat bagus walaupun dia bisu tapi cara dia menyampaikan watak dia memang berkesan.

Piku

piku6

Filem ni cerita pasal kasih sayang anak dan Ayah. Amitabh Bachchan jadi Ayah, Deepika jadi anak dan Irfan Khan jadi driver. Cerita kita tengok sampah rasa menyampah sebab dok cerita pasal najis bapak dia je. Keras lah, keluar sikit-sikit sampai satu tahap setengah pertama rasa nak off je TV. Tapi masuk setengah jam kedua, baru rasa best. Dia memaparkan keindahan India. Bila tengok cerita ni, rasa macam nak buat road trip kat India. Pergi sana sewa kereta, drive cari satu negeri ke satu negeri. Ayah dia annoying sangat sampai bila anak tgh dating, boleh call cakap pasal najis dia, bentuk warna. Kalau anak dia nak berkenalan ngan laki, ayah dia akan cakap anak dia tak virgin lah, annoying lah. Bila tengok cerita ni, nampak Piku ni kasar melayan ayah dia. Tapi sebenarnya dia sayang ayah dia. Dengan bantuan Rana (Irfan), Ayah dia makin lama nampak positif. Masa dia travel ke Kolkata, bayangkan kerusi untuk berak pun dia bawak. adehh. Ending, Ayah dia mati. Mati with happy ending sbb dia kata this is the best motion. Dapat berak dengan senang, lepas dia enjoy dengan cycling around Kolkata pastu makan apa yang nak dimakan. Rumah dorang kat Kolkata sagat lawa

Sekian demam Bollywood dari saya. Suami saya masih lagi mencari movie bollywood yang dia nak layan tengok. sabar je lah

Tomyam kelapa @perantau hill

Ni kali kedua pergi makan kat Perantau Hill. Perantau Hill kar Merab je. Dekat je ngan rumah. First time pergi main terjah je, takde baca review ke apa sbb masa tu I tak sihat so makan je… first time rasa sotong celup tepung dia… sedap sebab rangup di luar dan sotong dia lembut dalam. Ok ok meh kita tunjuk gambar dan citer

Second time pergi order nya seperti dibawah

image

Chicken chop. Afriena yang order. Dia makan habis. kemungkinan besar sedap sebab Afriena kan cerewet. Ashraff rasa dia kata sedap. Ok mungkin sedap lah ni.image

Fish n’ Chips. Ashraff punya. dia kata sedap. I memang tak rasa western dorang sbb I busy dengan my order and suap Rayyan.

image

Yang ni memang sedap. Tomyam campur. Ada udang, lala, sotong dan ayam. Rasa kuah dia masam, manis sikit dan pedas sikit. Pastu ada isi kelapa. Memang sedaplah. Tak tau nak citer macam mana. Next time kalau pi makan sini, I nak order ni je. Tak nak nasi sebab kalau ada ni, I terlupa nak makan nasi.image

Soft shells crab pun sedap. Tapi bila dah lama sangat kat pinggan tu dia jadi soggy. Yang dia masak salted egg Thai style. Masa panas sedap, bila sejuk I tak suka. Tapi habis jugak semua makan.

image

Yang ni sedap sebab bebudak suka makan. Dia rangup kat luar dan sotong dia lembut kat dalam. Rayyan suka lah makan sotong ni. Sebab dia tau mama dia memang susah sangat nak goreng-goreng kat rumah sbb tak nak sepah rumah so dia order kat kedai. Selalu kalau makan sotong tepung mesti dia celup tepung sampai nak jadi jemput-jemput. Yang ni sedap. We ‘re like it

Has Raz Western Food & Beverage

Masa cuti tahun baru hari tu, semua orang balik kampung, bercuti lah..sob sob sedih nya huhuhu..tapi kiterang disini. aik kereta ronda KL, jalan punya lengang. Hari jumaat tau. Lengan tapi penuh ngan warga asing. Dah rasa macam dok bangla pun ada dok vietnam pun ada.  Pusing-pusing ronda-ronda sampailah ke Ampang. Lepas solat maghrib, cari tempat makan. Tengok banyak tak menarik sekali lalu depan pestauran Has Raz…mmm nampak sedap , tenang je.

Hahaha masuk dalam tu..wah ada western. Suka lah bebudak ni. Rayyan n Afriena order Hotdog cheese, Me n Ashraff order sizzling lamb chop and Kheirul order sizzling chicken chop. Tak sampai 20 minit makanan dah sampai. terkejut gak eh cepat nye. Meh tengok gambar

image

Ni budak berdua tu punya. sorang satu lah. Habis makan hotdog Rayyan usha I punya lamb chop.Dia kata nak rasa je, bukan nak makan. Tapi dia punya rasa setengah pinggan dia makan. Bayangkan kalau suap dia ala ala nak rasa, satu suap untuk dia, satu suap untuk mama, lepas tetiba Afrienaa nak try sikit, pastu tetiba afriena mik fries.. you all bayangkan kasih sayang tu kat mama asyik nak pow makanan mama je dorang. Rayyan kata sedap. Ashraff diam je, I tau sedap. Dia kalau sedap dia makan diam, sbb dia tak nak orang tau apa yang dia makan sedap so that takde orang mintak. Papanya plak tengok my lamb chop macam kucing tengok ikan. Dia rasa sikit, lepas dia kata..kesian mama ..mesti tak cukup. order lagi satulah..ehem ehem..padahal dia pun terliur sbb chicken chop dia dah abis makan.

image

Ni la rupa lamb chop dia. walau nampak messy…tapi sedap. gravvy dia sedap sesuai dengan harga RM18. No complain alhamdulillah sedap dan kalau boleh jilat pan tu, agaknya Ashraff jilat kot. Dia kata sedap. Seriously kalau dia kata sedap…dah makan 1 pinggan lebih-lebihsebab kita orang tambah order untuk share berempat..lepas tu dia pi sudukan kuah sampai licin memang sedaplah. Memang akan repeat lagi kalau nak makan western yang murah.

image

Ni chicken chop kheirul. Sedap. I rasa sikit je… dia pun sama makan senyap je. Ni semua taknak kasi orang rasa lah kan hahahah…ayam dia juicy, lembut, gravy sedap.

image

Ni lah rupa kedai dia. Suasana tenang, orang ramai tapi manageable. Memang orang tak tunggu lama untuk dapat makan. Lepas tu pekerja kat sini semua peramah, sangat islamic oriented, masuk je kasi salam, senyum dan yang lebih penting, I could see lot of loves kat sini. Kasih sayang anak-ibu dan adik beradik. I guess this is family business. Subhanallah…

You all patut try makan sini. Ada burgers, lamb chop, steaks chicken chops and banyak lagi.

Here is the MAP

NO.8 GROUND FLOOR, JALAN AWF 3, AMPANG WATERFRONT, 68000, AMPANG,SELANGOR
Ampang, Kuala Lumpur
016-376 3369