Resepi Lontong

Mood raya belum habis. Nak makan lontong plak. maklumlah kat Kelantan mana ada lontong. ramai tak makan. I memang suka lontong. My pinggan lontong mestilah lebih sayur, kurang lontong. Paling sedap lontong I makan adalah lontong Mak Long saya yang dok Singapura. Oleh kerana lontong dia sedap. I tanya lah resepi nak buat kuah lontong. Dulu I ingat dalam kuah lontong tu dia letak nangka muda sedap. Tapi masa kat Tesco, I tak jumpa nangka muda. Oh ya you all pernah makan lontong paku? hahahah lontong paku maksudnya kuah lontong dia sayur pucuk paku jer. I tak pernah makan.

Resepi kuah lontong seperti dibawah ye

INGREDIENT

  • 1 kotak santan
  • 5 batang cili kering -kisar
  • 1/2 genggam udang kering – kisar
  • 1 biji bawang besar -kisar
  • 3 biji bawang putih kisar
  • 1/2 inci halia – kisar
  • 1/2 inci lengkuas kisar
  • 2 batang serai – 1 kisar , 1 ketuk
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 5 cawan air
  • 1 batang lobak merah – potong macam batang mancis
  • 15 kacang buncis- potong serong
  • 1/4 biji kubis, dihiris kasar-kasar
  • 1pkt suhun
  • 2 keping tauhu,  – goreng dan potong 9
  • 1 keping tempe, potong sebesar ibu jari – goreng
  • 4 keping fu chok – rendam
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 keping asam keping
METHOD
  • Tumiskan bahan kisar  bersama serbuk kunyit dan serai yang diketuk hingga garing
  • bila dah garing, masukkan air,santan dan asam keping
  • Bila nampak dah panas, masukkan fu chok dan lobak merah, masak hingga empok
  • Dah empok bolehlah masukkan semua sayur , suhun tempe dan tauhu
  •  rasakan garam dan gula, kacau sebati tutup api
  • sedia dihidangkan dengan sambal sotong, serunding kelapa dan lontong.
  • Takde lontong pakai nasi impit pun boleh

 

Universal Studios Singapore- part 1

adoiiii baru nak update. Banyak sangat gambar nak kena pilih. Persediaan nak pergi Universal Studios Singapore ni kiterang buat 2 bulan sebelum. Bukan apa masa kitarang pergi nikan Malaysia cuti, so kena lah buat booking hotel and tiket awal-awal. Beli tiket online je. Bila settled payment, dia akan kasi confirmation email. And through the confirmation email, you could print the online ticket. Tapi kiterang tak print , just bawak confirmation letter, sampai sana tunjuk surat and credit card then dia akan kasi kita tiket ni.

tadaa…tengoklah ticket dia. Yang banyak tu bukan apa, we bought the express ticket. Berbaloi beli express ticket sebab memang we cut the Q. Waiting time paling lama 10 minutes aja for us. Some people yang tak beli, memang tengok kiterang muka bengkek. Kalau ada express ticket, kalau ada show, express ticket buyer memang akan masuk pilih seat dulu. Kalau ride, express ticket buyer dapat priority. Tapi satu je benda patut Universal Studios Singapore improve dalam ticketing and entrance. Visitor with express ticket should be provided with  wristband. SO every time we want to join the ride, we just need to scan our wristband. Tak payah tiap kali nak masuk, tiap kali tu lah nak mencari kad so that their staff bleh tick. leceh sebab masa pi hari tu hujan, card tu pun boleh basah.Satu lagi.. nak masuk USS, punyalah beratur panjang. Tengok.. berapa pintu je bukak..

Sampaikan the philipinos ni pun complained.

Elok je masuk hujan pun turun..nasib lah sapa yang belum masuk. Oh ya outside food boleh bawak masuk. Air dalam botol pun lepas.  Jadi saya simpulkan , USS lack of safety awareness. Sepatutnya… sebarang cecair jangan le bawak masuk. How can we sure that nobody bawak acid atau benda yang boleh membahayakan???

Bila dah masuk .. first thing bebudak nak visit toilet dulu. Heheheheh…

Sapa yang pi tolet sila bawak botol untuk isi air supaya anda boleh beristinjak dengan yakin. toilet with bidet ada satu je… yang lain apply tissue. Ramai complain dalam toilet esp mak-mak arab and offcourse muslim. Ramai muslim sebenarnya kat sana. Even tukang cuci toilet pun cakap apa salahnya ada paip kan senang.

Ok dah habis dah kot bab komplen.  so now lets have fun.Oleh kerana hujan, so kiterang masuk tengok  Lights Camera Action!

entrance…parking je stroller kat luar

express lane and non-express lane… hehehehehe

Hahahhahah best best best…macam real plak. dia tunjuk camna dorang wat movie yang ada twister, terbakar, ada kapal besar nak langgar..

sesi bergambar… pastu next…

Kita masuk tengok TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle. Oleh kerana Rayyan takleh masuk… dia kena tinggal dgn papa dia. Papa dia masuk next session. So I masuk with kids . 2 budak tu dok depan I dok belakang… risu gak dibuatnya Afriena nangis kan… habis je ride, dia and Ashraff cakap..mama bestlah.. I want ride again.heh…dia join papa dia.. sebab 1 kid boleh masuk sekali lagi using the express card  while and Ashraff dok lepak kat luar.Sian Rayyan takleh naik ride… so finally jumpalah ride untuk dia. senyum je dia

ala yang pusing-pusing tu. Next….

Ride orang gile. Satu yang macam horror.. Kheirul naik sorang..lagi satu dia naik dengan Ashraff. sorry no pic. malas le.

Masa ni hujan rintik..so pi makan dulu…sat lagi sambung part 2 ok

 

Resepi Lidah Goreng Kunyit

INGREDIENT

  • 300g lidah yg telah direbus dan dihiris nipis
  • 1 bijibawang besar hiris sederhana nipis
  • 2 biji bawang putih hiris tipis
  • 2 inci halia- potong nipis
  • 1 biji cili merah- potong nipis
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • garam dan gula secukup rasa

 

METHOD

  • lidah dimasukkan dalam kuali bersama kunyit untuk dikeringkan airnya
  • Bila kering, biar sekejap sehingga keluar minyak
  • masukkan bawang , halia dan cili
  • goreng seperti biasa dan rasakan garam dan gula
  • Bila bawang dah layu tutup api angkat dan hidang bersama nasi panas