Kacang Pool Haji, Larkin

Macam biasalah…. kalau travel tak pekena makanan  tempatan bukan Sawanila.com la kan. Actually ada few tempat kita makan tapi tak bawak kamera. Lupa. hehehehhe Only this one yang berambik gambar. Lepas check-in hotel, kiterang pi ronda mencari makan. First ronda ingat nak try Suoup tulang ZZ, tapi tutup lagi. So kita pi plak kat Balai bomba Larkin nak pekena Kacang Pool. haih…nasib baik buka. tu pun 2 kedai. Ingat nak gak try chicken chop yang kata femes tu.

rupa gerai dia

Ramai giler orang. Kheirul siap jumpa member dia kat situ….Okey… pastu kita order. 2 set kacang pool and 2 set roti bakar. Semua makan dengan seleranya. Rayyan memang tak padan kecik dia pun suka kacang pool.

rupa dia….kacang pool n roti

siap kena order lagi semangkuk sebab dia makan banyak. Geram je tengok dia makan.Baru suap mulut dia, I nak suap mulut sendiri dia dah cakap nakkkkk

budak yang kuat makan…dah makan kacang pool roti bakar plak

Rasa kacang pool kat sini lagi sedap dari kat Damansara yang memang dah sedap tu. Mungkin originality dia dijaga.Memang cukup rasa rempah, light taste dia kena plak dengan roti lembut kan.  And murah sikit dari kat Damansara.

Kalau sapa pergi makan kat sini jangan lupa makan tauhu bakar dia… sedap sangat. Dia punya kuah sangat sedap. ada pedas ada manis. Memang makan sekali dok teringat-ingat.

Tapi pada sesapa yang tak dapat pergi ke Larkin nak makan tu, bolehlah masak sendiri hehehhe..kalau nak resepi kacang pool boleh lah click gambar kat bawah.

Universal Studios Singapore – final

hensem tak saya? Saya budak nakal, semua benda saya suka buat  dan saya dah boleh kira 12,3 sampai 10 dalam Bahasa Melayu dan English.Bahasa cina belum lagi sebab mama saya tak ajar lagi. Abang saya pun buat tak tahu je. Takpe nanti saya saya belajar sendiri, pastu saya nak belajar bahasa arab jugak. Oh ya saya pakai baju dan seluar Trudy & Teddy. Lawa tak?

Dah dah… sambung USS ye….habis round kat Far Far Away, kiterang ke Madagascar. Rasa macam cepat je. Mungkin sebab guna express kad kot tu yang jimat banyak masa tuh. Kat Madagascar ada naik King Julien’s Beach Party-Go-Round …

Yang ni plak Madagascar: A Crate Adventure. Macam naik boat then terasa dok dalam Madagascar. Rayyan so excited, siap nak duduk tepi lagi.Habis the rides semua penat dah actually and dahaga. Mula-mula ingat nak balik je sembahyang kat masjid kat mana- mana, tapi Kheirul cakap rugi je nanti kalau tak round habis. Lagipun kite nak tengok show pukul 6.20pm. SO we decided to perform solat kat USS je. Surau ada tersedia dekat Universal Studios kat kawasan ride Battlestar Galactica: HUMAN vs. CYLON

Nilah surau dia. Tak besar mana, tempat amik wuduk pun ada dalam tu, telekung dan sejadah pun tersedia. So kalau orang tanya, dekat Universal Studios Singapore ada surau tak, jawapan dia ada surau. Tempat sembahyang lelaki dan perempuan pun asing. Tapi satu je, tolonglah yang tak sembahyang tu tak payahlah masuk memenuhkan tempat, kalau sekadar masuk buat lawatan, and sila lah hormat tempat sembahyang. Ni ada jugak yang jenis tak malu dengan pakaian tak cukup kain (pakai seluar pendek and baju berlurah dendam ) masuk surau. Bukan tak boleh nak solat, boleh, tapi boleh tak masuk dengan penuh adab dan sopan, pakai cover sikit.

Oh ye before pi solat kiterang singgah beli air dulu memandangkan semua air dah habis diminum.

Beli satu je….Sprites and coke je choice yang ada. Beli satu share berlima. Harga dalam S$14.50 kot. Then you can always refill but have to pay S$2.00. Kalau taknak refill soft drink boleh je, refill kat water cooler tuh.

Paling lama rides  was Treasure Hunter. Waiting time untuk orang lain was 30-45 minute but for Express card dalam 10 minutes. Suka la bebudak ni. Kita kasi Afriena and Ashraff naik kat depan suruh tekan minyak

Terpekik-pekik dorang nampak tresure. haish bukan betul pun kan. Tapi hati-hati you all ada ular tedung besar-besar kat sini.

besar betul ular dia.

pastu naik ride ni plak. naik dengan Ashraff, nanti Afriena dengan Papa. Rayyan tengok je ye. Lagipun masa ni dia tengah tido kot.Habis ride ni, last dah ni, kita pergi last show, Monster Rock. Memang best. I must say that!! Memang energetic dorang. Show dia dalam 20 minit. Ashraff siap tido dulu. Since kita guna express card, kiterang dapat masuk dulu and pilih seat. Bila kita dah settle, baru orang lain boleh masuk. The staff kat situ akan cakap, this is the best seat for you to enjoy the show.

sambil nak tunggu show, sambil layan tengok orang. Ni semua dah penat dah ni.Olah habislah citer kami pasal USS, pada yang tak baca previous post, boleh click kat sini.

Universal Studios Singapore- part 1

Universal Studios Singapore – Part 2

habis show, kite ke Beach Road , tapau Sup Tulang Merah and Mc D for kids.Makan kat bilik hotel. Oh ye kiterang stay kat Hotel Kozi, JB. Amik family Room dengan harga RM138. Senang parking and makan. Yang penting murah sebab bukan duduk hotel pun, tido je pun.

Universal Studios Singapore – Part 2

Sambungan dari entry ni, oleh kerana masa ni hujan dah mula membasahi bumi, maka kiterang decided pi makan dulu. agipun I dah rasa gigil tak makan. kang pening-pening plak kan. Sebab tadi breakfast sikit je. So kita pun mencari makanan.Kiterang pi foodcourst je

Pastu order 3 nasik ayam dan satu kids meal

Sementara Rayyan tengah tido marilah kita makan dengan tenang.Kita simpan half of the kids meal tu untuk Rayyan, sebab Afriena makan sikit je. Dia sebenarnya nak lunch box tu. Ashraff makan nasi ayam. Lapar la tu selalu jarang mintak nasi.

Senarai harga makanan

Kheirul kata ni standard makan kat Mc D la ni… sila beri PERHATIAN… JANGAN CONVERT!!! For those yang mungkin akan bertanya status halal, yes it’s halal. Ada MUIS certification. Kami sangat particular pasal makanan, jadi kami akan check dulu.Don’t worry, makanan dalam USS banyak yang halal, jadi anda takkan kelaparan. Yang penting tengok dulu cop MUIS tu.

Lepas makan hujan makin lebat, jadi terpaksa beli ponco. 3 adult ponco,2 reuseable kids ponco. I terlupa nak bawak rain cover untuk Rayyan, heheheh so kena pakai ponco la. Sebab masa beli Quinny Zapp ni, memang ada sekali rain cover, pakai sekali je kot masa kat Bangkok ke Hanoi. I lupa sudah. Satu remark, USS patut buat jalan berbumbung kat sini memandangkan selalu hujan. Sangatlah rasa uncomfortable nasib baik takde pacat hahahah. So masa hujan ni kids kat waterworld. I tak join dah takde mood hujan macam ni. Rayyan plak taknak poncokat stroller dia, dia nak main hujan.

lepas tu kita ke Far Far Away (cakap bisik macam Shrek)

Ada macam dalam citer Shrek tak???

Say hi to Shrek and Fiona… kiterang tak bergambar pun, bebudak taksabar nak ride ke benda. Oh dorang naik naik roller coaster. Best naik roller coaster ni, I saja sakat Afriena,

Afriena… I am so scare... sambil gigil

Pastu Afriena cakap.. mama relax mama, don’t be scared. If you scared, you scream… argggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhh.

Sampai habis roller coaster dia yang scream.Bukan mama dia.Yang mamat kat belakang pun pekik siap cakap..geli perut aku…hahahah. Lepas roller coaster, kita pi masuk 4D Shrek. best gak boleh rasa angin bersin donkey, rasa terbang.. tapi for those yang pernah pergi Disneyland, mesti dorang kata biasa je… sebab, 4D kat sana, siap ada bau makanan rasa macam lagi real la. ANW, this one shouldn’t be missed.Keluar dari 4D ni, I terserempak my MIL nye kawan. Dato Fatma Azzahra yang dalam rancangan Ar Rayyan (idea letak nama rayyan pun dari rancangan ni lah). Lupa nak bergambar, sebab too excited. Just bersalam then cakap selamat hari raya. Dia datang dengan husband and anak-anak. Lepas habis Shrek kita ke Madagascar plak…

Sambung later ye.