Singgang Tulang Kelantan Style

DSC_5193

Resepi je lah akan keluar sbb banyak na gambar . Ni masak singgang daging perabihkan tulang raya haji hari tu. masak nye dah lama. Orang kelantan kalau time raya korban, daging selalu dorang suka goreng kunyit, tulang plak kalau tak buat sup dorang buat singgang. Redang semua ni tak sangatla. Buat-buat gak lah. I terjatuh cinta dengan singgang masa makan kat kat rumah MIL, selalu makan sup tulang, but singgang tulang yang I makan hari tu sedap sangat. Ni orang masjid hantar. Terus tanya MIl

Mi..sedaplah singgang ni…macam mana nak buat dia (saya suka bertanya, nak jahit baju pun I tanya ok)

senang je… daging, lengkuas bla bla bla…

Oh ok..senang je..

So hari tu I buatlah.. nak buat singgang tulang ni, tulang kena rebus lama sampai daging empuk bukan tulang empuk tau.Sebab nak tunggu tulang empuk 5 tahun pun tak empuk.

resepi singgang dagingseperti dibawah

INGREDIENTS

  • 500g tulang
  • 3 keping asam keping
  • 1 inci halia –ketuk
  • 2 inci lengkuas -hiris nipis
  • garam secukup rasa
  • 2 cili kering – cuci potong 3
  • 5 biji bawang merah – dihiris
  • 2 biji bawang putih -dihiris
  • 1 genggam biji ketumbar – tumbuk kasar
  • sedikit gula melaka/manisan (optional boleh ganti ngan gula tak pun ajinomoto

METHOD

  • Rebus tulang hingga daging empuk
  • Bila daging dah empuk, masukkan semua bahan hirisan , lada kering, asam keping dan biji ketumbar
  • masak hingga rasa dah sekata (rasa masam, lengkuas dan ketumbar sebati)
  • Rasakan garam dan gula
  • Sedia dihidang dengan nasi panas

NOTE: singgang daging ni rasa dia sepatutnya masam dengan rasa ketumbar dan sedikit manis. Lagi lama masak, lagi sedap

 

Ikan percik tanpa santan

DSC_5201

I masak Ikan selar bakar untuk Ashraff berpantang. yelah kalau buat bakar garam kunyit je, dia pun tak selera. So buatlah macam ni. Kiterang yang tak pantang pun join sekali. Sesapa yang tgh jaga badan pun boleh try resepi ni. Kalau dapat dapur arang lagi sedap ni buat percik.

INGREDIENTS

  • 4 ekor ikan selar
  • 7 ulas bawang merah – kisar
  • 2 ulas bwang putih -kisar
  • 1 inci halia- kisar
  • 2 btg serai – kisar
  • 1 tsp serbuk lada hitam
  • sedikit garam dan gula
  • asam keping
  • sedikit air

METHOD

  • masukkan bahan kisar dan asam keping bersama air
  • masak sehingga mendidih
  • rasakan dgn garam , gula dan serbuk lada hitam
  • sementara itu, bakar ikan sehingga 3/4 masak
  • bila 3/4 masak, lumurkan kuah percik semasa membakar, supaya kuah dia meresap dalam isi ikan.
  • bila dah masak, hidang dengan baki kuah percik.