Halal FooD Pak Bara, Thailand

PAPAYA MUM 2

Makanan kat sini bagi kami, semua sedap. Suasana kedai dia best sebab tepi pantai. Boleh lepak tepi pantai sementara tunggu makanan siap atau boleh je lepak dalam bilik aircond. Ada surau dan toilet.

Depan restoran. Dia tepi jalan je
Belakang…ada buai..
surau
sweet sour ketam. Dorang cakap sedap. Saya cuma sempat rasa kuah ke. Tak sempat nak makan sbb Aqilah dah makan habis.
Sotong celup tepung..nothing special
Ikan steam limau. Kalau perfi please order. Kalau tak tahan pedas sila cakap kurang pedas. Sebab…….
Sebab sotong steam limau ni pedas. Tapi sedap. Dengan sotong yang tak liat fresh.. teringat2
Tomyam putih dia sedap. Cukup rasa masam manis manjah, dengan seafood dia yg fresh.macam mana tak fresh kedai pun tepi pantai
Sesungguhnya, telur dadar kat Pak Bara paling sedap pernah makan. Kalau saya , ada tomyam, nasi telur dadar..dah cukup dah.
Ini telegraph. Kena ada kailan ikan masin. Kalau takde tak syok
Ini appetiser. . Sedap je dorang ni makan. Saya tak makan sbb peeut macam tak nak bagi kerjasama. Semalam minum teh ais. Sedap lah tapi saya takleh minum susu pekat manis. Memang macam makan julab.
Ongkos nya

ahhh…memang akan repeat lagi cuma tak tau bila lah kan

insya allah

Halal Food in Xi’an:舌尖上的牛肉面

Ini adalah makanan yang petama kami makan kat sini. okay…kalau diterjemahkan ke bahasa Inggeris..Beef Noodle on tip of the toungue

Haa gitew. Makanan kat sini rasa dia light tak terlebih rempah. sangat sesuai lah untuk untuk kami. Harga makan murah. portion dia besar. Nasi sepinggan macam kena share 3 orang. dumpling pun sedap. Tak payah cerita banyak, tengok gambar je la

Nak cari kedai, guna je apps Amap. copy paste in chinese words. Kalau dari hotel kami, jalan kaki je. lalu underpass dalam 10 minute je. Sederet kedai ni ada lagi satu kedai halal. nanti kita share ye
Nasi ni kena share tiga orang baru habis. the second time kami tapau, memang kena share. Ada sayur, , potato and sayur. For me rasa dia light, ada pedas berangin sikit and saya suka lah. budak2 pun boleh makan.
sesuai makan masa hari sejuk. mangkuk dia besar besen. dan masing@ order sorang satu. Rasakan… Mee dia chewy, so sedap. Kena pulak dengan chili oil.
Must order dumpling. banyak pulak tu. NI fav budak2. Tak cukup sepinggan tambah lagi sepinggan

Roti ni keras kejug tapi bila kena dengan daging tu sedap. Dah sampai sini kena lah cuba makanan orang
DAlam teko tu bukan teh ye. Itu cuka. Air tini tu semua murah. bukan main lagi siap tak cukup setin tambah lagi setin. Mama je masih minum air kosong.

Cara order kat sini senang je, pergi kat kaunter order dan bayar. Tak tau nak order apa tunjuk je gambar. Masa kami datang, takde tourist. Mostly local. Dorang memang makan banyak. Kat sini dorang tak faham English so Chinese is compulsory. Tak tau cakap guna translator. Tau cakap kena suruh dorang cakap slow-slow, susah nak tangkap dorang cakap laju. Tak reti gak cakap, tunjuk je gambar.

Cara bayar kat sini,kena guna Allipay dan Wechatpay. Wise ke apokobodo tak boleh. Sonang jo.. tak pun pakai cash. Tapi jarang dah orang sini pakai cash. Yang jual tepi jalan pun dia suruh scan QR. hahahaha

Holiday Inn Express Bell Tower, Xian

Alhamdulillah ssetelah 14 jam 44 minit atas train kami sampai. Excited? Memang excited.

semalam di Shanghai, hari ni di Xi’an, totally different place, different vibes, different people and environment.

Shanghai terkenal dengan bangunan tinggi,lampu2 cantik shopping malls dimana2 dan kereta letrik yang senyap je. Sampai Xi’an, bangunan dia nampak design lama, lampu pun rasa lain apatah lagi kereta dia, sedikit bising hiruk pikuk dengan hon.. Tapi yang istimewanya… Rasa macam kat Zaman dulu kala dengan bangunan yang cantik

dari railway station, , kami naik kereta ke hotel. Jauh tak jauh kurang lebih 30 minit je..

Dah sampai, nak mandi nak makan..lapar

jem lah sikit Jalan dia. Serious cakap Saya tak boleh nak drive kat sini. Boleh hilang sabar. Main ikut suka nak U- turn ke, nak berhenti tengah Jalan ke. Nak reverse tengah Jalan pun boleh

Depan hotel

anyways, sampai hotel dapat masuk bilik awal. Bilik besar, dekat dengan laundry room. Untuk kami family besar and memang travel light macam kami ni, laundry room sangat penting.

Bilik besar…dapat bilik sebelah2
Laundry sebelah bilik je..senang

Hotel nI dekat dengan Bell Tower, Ancient City, shopping mall, Muslim. Quarters dalam 15 minit Jalan kaki.. Makanan halal pun. senang.. Jalan kaki je. Basically kat sini, Jalan kaki memang banyak lah. Lebih 15000 step setiap hari. Kalau area tourist makanan halal Mahal sikit, tapi kalau tempat luar sikit makanan murah.

kat hotel ni disediakan sarapan pagi. Ada vegetarian option. Makan lah telur, sayur roti, ubi.. Buat alas perut waktu pagi.

malam kat sini sangat best . Boleh sewa hanfu untuk bergambar dengan cahaya yang cantik.

ok… Next post