Category Archives: Uncategorized

Daging Kambing masak lada hitam

Apa khabar semua???? Cuti-cuti gini kena rajin masak kat rumah sebab banyak kedai tutup. NAsib baik dah standby stok lauk bebanyak dalam freezer. Kali ni masak kambing. Kat rumah banyak stok lamb chop sebab kalau teringin nak makan lamb chop, kita masak je sendiri. Sekarang ni zaman kena berjimat. Kalau benda tu boleh masak kat rumah kita masak je . Sedap, bersih dan boleh makan banyak. Sebab MIL tak makan lamb chop ala western so I masak black pepper untuk makan dengan nasi

Cara masak nya pun senang je. Masak untuk lima orang makan sebab Afriena tak nak makan kambing.

image

Resepinya seperti berikut

Bahan-bahan

  • 6 keping lamb shoulder – potong kiub
  • 3 sudu kicap manis (I guna kecap manis ABC)
  • 2 sudu kicap manis (kicap kipas udang)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar halia yang telah ditumbuk /mesin
  • 3 biji bawang merah – tumbuk/mesin
  • 2 ulas bawang putih tumbuk/mesin
  • 1 labu bawang besar – hiris bulat
  • 1 pokok daun bawang
  • 2-3 cili padi potong 2

Cara masak

  • Perap daging kambing dengan kicap – kicap, halia dan serbuk lada hitam selama setengah jam
  • panaskan sesudu minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau
  • lepas tu baru masaukkan daging perapan
  • goreng sampai daging masak
  • bila dah masak, masukkan  bawang besar yang telah dihiris,daun bawang dan cili padi
  • sedia untuk dihidangkan

Suam suam kuku

Minggu Pertama bulan Januari, baru 2 hari sekolah. So semua macam suam suam kuku lagi. Kalau untuk Ashraff dan Afriena takde hal dorang dah besar. Semalam balik Ashraff kata, dia kena jadi Ketua Kelas. Sengih-sengih dia bagitau. Cikgu pilih ni pun maybe sebab dia dah jadi taiko lah kot. Darjah 6 katanya. Macam tak caya je, budak yang tak boleh bercakap sangat masa darjah satu, kalau bercakap pun beberapa patah kata je. Afriena pun sama takleh bercakap tapi now dah darjah lima, jadi penolong ketua kelas. Bayangkan tersengih-sengih dia dok cerita.

Tahun ni, tahun mencabar untuk dedua sbb ada exam besar hujung tahun ni. Semoga dipermudahkan. Rayyan? Hari ni hari kedua kat sekolah dah meraung-raung depan pagar sekolah tak pergi sekolah. Dia kata sekolah satu hari je. … Habis meronta sampai selipar jatuh dalam longkang. Nak suruh mama dia masuk longkang amik selipar sorry naik lorry lah… tapi masa dia nak balik tadi I amik jugak sbb macam sayang plak selipar mahal-mahal , cantik-cantik biar dalam longkang. Heheheh boleh je amik guna kayu.

Habis kelas dia boleh keluar suka hati tanpa rasa bersalah sambil berkata, mama sekolah dua hari je. Emm esok nampaknya kena berusaha lebih gigih untuk pujuk dia pi sekolah..

Singapore Fried Carrot Cake

Weekend lepas pi Singapore kejap, tak sampai sehari pun . Pergi pagi balik petang gitu. Saja jenjalan cuti sekolah . Kejap je jalan cuti sekolah sebab suami tak leh amik cuti lama. Kan best kalau balik kampung. heheheheh. Pergi Singapore aktiviti more like beli barang dapur sikit and amkan -makan. Alah  beli barang dapur were like beli Milo, nutella, peanut butter, cheese… tak banyak. Just few thing yang kat sini bila convert still mahal so kiterang beli lah. Bukan shopping baju kasut ke apa. Shopping makanan. Gitulah kalau ke Singapore .

Kali ni pi beli barang, kiterang pi dua tempat. Sheng Siong dan Ang Moh. Tempat tak glamour langsung bunyi nya. Tapi barang kat situ murah lah sikit. Kalau convert duit Malaysia pun still murah sangat. So beli beli beli, sekali ternampak tube of carrot cake. Amik satu nak tr masak kat rumah nanti.. huhuhu… sudah lama nak masak sendiri. Masak kat rumah tapi kat KL tak pernah jumpa.Mungkin nanti kena belajar buat carrot cake sendiri kalau nak makan.

So bila balik KL, esoknya terus masak. Memula ingat nak goreng letak kerang sekali kerang yilek pocik, so jest letak udang , fish cake dan sayur.

Resepi dia senang je… I follow instruction kat plastik

image

Satu tube ni cukup untuk 5 beranak makan

image

Potong dadu kecik macam ni, ni bukan nasi impit tau..rasa dia kalau makan gitu je, ada sikit pahit.

image

dah siap…. sempoi

BAHAN-BAHAN

  • 1 mangkuk radish carrot cake yang telah dipotong dadu
  • 100g udang
  • 2 keping fish cake
  • 50 sen taugeh
  • kicap secukup rasa
  • bawang putih 5-6 ulas – tumbuk/press/cincang
  • sedikit minyak

CARA-CARA

  • Panaskan minyak
  • tumis bawang putih sampai sedikit garing lepas tu masukkan udang
  • goreng bersama dengan tauge dan rasakan garam, matikan api angkat dan asingkan  dulu
  • panaskan minyak, goreng radish cake yang telah didadu, kalau boleh biar garing sikit
  • masukkan fish cake, kacau goreng 2-3, kemudian masukkan kicap, kacau rata lagi untuk 2 minit sehingga sebati
  • masukkan campuran udang dan taugeh, dan kacau goreng untuk 2 minit
  • ok dah siap masak

Ni kalau orang tanya mana nak beli kat sini, maaf sangat-sangat, I tak tahu kat mana. Tapi ada, jugak campuran resepi dia yang I jumpa. Dia guna sedikit tepung beras, parutan lobak putih dan sedikit parutan lobak merah. Insya ‘ Allah kalau termengidam sangat, mungkin boleh try buat sendiri dan goreng.