Category Archives: SawaRecepe

Resepi Sotong Rebus

01nov004

INGREDIENTS

  • 6 ekor sotong medium saiz – dipotong
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 biji bawang merah -dimayang
  • 1 biji bawang putih – dimayang
  • garam dan perasa secukup rasa
  • secawan air

METHOD

  • Air di masak bersama serai, dan bawang
  • apabila mendidih, masukkan sotong
  • bila sotong masak, rasakan garam dan perasa
  • Sedia untuk dihidangkan

Note: boleh tambah cili padi kalau nak pedas, tapi menu ini untuk kanak-kanak riang so no cili

Mee Kuah

meekuah

INGREDIENTS

  • 1 paket mi kuning – dicelur
  • semangkuk kecil daging dihiris nipis
  • semangkuk kecil kobis dihiris
  • 2 tomato -dipotong 4
  • 2 biji telor
  • 5 biji bawang merah – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 2 sudu lada hitam – ditumbuk
  • sedikit minyak
  • air secukup nya
  • garam secukup rasa
  • lada putih

METHOD

  • Panaskan minyak
  • tumiskan bahan tumbuk sehingga garing
  • masukkan air, sehingga mendidih
  • bila sup mendidih, masukkan daging
  • Masakkan daging sehingga empuk
  • Masukkan kan sayur- sayuran
  • Tunggu hingga mendidih, rasakan dengan garam dan lada putih
  • Pecahkan dua biji telur.
  • Bila telur masak tutup api
  • sedia untuk dihidang
  • Sedap dinikmati dengan perahan asam limau, daun sup, daun bawang dan sambal kicap juga kacang tumbuk

NOTE: boleh juga digantikan dengan ayam dan sayuran lain

Resepi Roti Canai

gambar-04

INGREDIENTS

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 3 sudu susu tepung
  • secubit garam
  • semangkuk air sejuk (air peti sejuk)
  • Minyak sapi secukupnya

METHOD

  • campurkan susu dan air sejuk bersama garam
  • Masukkan gandum kedalam bekas adunan
  • Masukkan air dan mulakan proses menguli.
  • Bila adunan dah tak melekat pada tangan, rehatkan adunan selama 1/2 jam
  • Selepas 1/2 jam, buat 10 biji doh kecil.
  • sapukan doh dengan minyak sapi
  • Rehatkan lagi selama 1/2 jam
  • Selepas setengah jam bolehlah mula mencanaikan doh dengan menggunakan sedikit minyak sapi atau minyak masak
  • Selepas siap boleh mula mengoreng dengan sedikit minyak.
  • Bila masak kepuk-kepukkan roti tersebut
  • Siap untuk dihidang bersama kari ayam/ikan atau sambal tumis ikan bilis.