Category Archives: Fish & Seafood

Ikan Keli Goreng pun ada resepi ye

DSC_5911

 

Ini adalah lauk favourite anak-anak. Senang anak saya kan. Makan ikan keli goreng je. Bila dorang tanya…mama what’s for berbuka?

I cakap ..Ikan keli goreng.. bersorak dalam kereta. Ikan keli kena goreng garing. Dorang fav ikan keli yang I ni tak suka menggoreng ikan keli. Takde resepi istimewa pun goreng ikan keli ni.. Tapi yang penting cuci bersih. Selalu I rendam dengan asam limau tak pun cuka. Kasi semua lendir keluar.

Resepi Ikan Keli Goreng

Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan keli
  • 3 sudu serbuk kunyit atau kunyit hidup yang ditumbuk
  • 2 sudu kecik garam
  • 1 sudu kecil bawang putih yang dah ditumbuk – I guna garlic press IKEA je

Cara

  • Gaul rata dengan ikan keli
  • Perap untuk 2-3 jam
  • dekat nak makan goreng garing

Dapatlah sekor sorang, I dgn Rayyan share sbb kiterang ada lauk lain. Ni masakan hari pertama puasa. I follow menu planner yang I publish tu. Masak Kari kepala ikan. Yang ni resepi lain sbb resepi ni belajar ngan adik ipar.Kari orang melaka lain sikit. Selalu I masak kari Ikan jarang guna santan. Kali ni guna santan. Nanti I update ye

 

Resepi Siakap Kukus Asam Boi

Semalam dinner berdua je. Rayyan demam, so janganlah nak paksa makan..semua benda dia taknak. Banyak minum milo je. Dah lah makan ubat susah. Selalu senang je. Mungkin Ashraff and Afriena takde untuk buat dia dengki kot. Selalu kalau dia taknak apa -apa kena offer kat kakak dulu baru dia nak.

Jadi sebab semalam makan berdua, masak jelah senang -senang. I buat Siakap Kukus Asam Boi. Ni first time masak ni, makan pun baru kalai kedua. First time makan kat kedai siam kat Sri Serdang. Bila try sedap… baru try buat kat rumah. Resepi dia pun senang je, tak payah guna bahan-bahan pelik. Yang penting ada asam boi. Dalam resepi i I tak pakai nampla sauce sebab takde kat rumah. Kalau you all nak boleh tambah sikit.

siakap

INGREDIENT

  • 1/2 ekor ikan siakap 
  • Halia muda sebesar ibu jari – mayang halus
  • 6-7 biji asam boi putih – rendam dengan sedikit air suam dalam 1/4 cawan
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 biji lada besar -hiris halus – pakai cili padi lagi ngam
  • 1 labu bawang besar – hiris bulat
  • 2 biji bawang putih -hiris nipis
  • 2 bijilimau kasturi amik jus -nak masam lagi tambah lagi sebiji
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • daun sup dan daun bawang -dihiris halus
  • 1/4 biji carrot dimayang halus

METHOD

  • Gosok ikan dengan secubit garam, lepas tu ratakan dengan halia dan serai yang dihirs. Letak kat tengah isi yang dikelar, dalam perut supaya dapat rasa sedap.
  • Kikis asam boi kepas tu rabur atas ikan dan letak bawah ikan jugak.
  • Air  asam boi disiram atas ikan
  • tabur separuh bawang besar, hirisan lada  dan bawang putih atas ikan
  • Kukus ikan hingga separuh masak, dalam 10 minit gitu
  • Bila separuh masak, tabur lagi bawang besar yang lebih, diikuti dgn carrot dan daun sup
  • tabur sedikit serbuk lada hitam dan curahkan jus asam limau
  • Sambung kukus lagi 5 minit
  • Bila dah masak, tabur lebihan daun sup dan hidangkan

Sedap rasa dia, Ada rasa masam, masin dan manis. Memang sesuai sangat kalau nak control diet. Lebihkan makan ikan, makan banyak sayur dan sedikit nasi.

Resepi Nasi Dagang Tanak

DSC_5311

First time buat nasi dagang sendiri. I belajar dengan mak mertua. Masa dia datang hari tu dia ajar. Dia cakap suka ajar I masak sebab katanya, I ni suka mencuba. hehehe  . Memang ke I suka belajar masak. Nasi dagang yang dia ajar ni , adalah versi tanak.  Rasa dia sama je dengan yang kukus. Sebab kalau setakat nak makan kat rumah tanak lagi senang dari pada buang masa kukus. Lepas tu versi yang MIL ajar, tak pakai santan. Dia letak minyak sikit. So I try buat sendiri, emm rasa dia sedap, lagi sedap dari yang beli kat pasar malam #masukbakulangkatsendiri. Sebab yang kat pasar malam mesti ada berantah. MIL cakap dorang meniaga asal boleh je, bukan jenis masak hari-hari. MIL memang suka nasi dagang, kalau boleh hari-hari dia nak makan nasi dagang. Samalah dengan Rayyan, Sekali makan bertambah 3 senduk nasi dagang. Kang nanti balik kelantan nak beli lagi lah…senang nak masak rumah.

 

Cara masak nasi dagang versi tanak tanpa santan

INGREDIENT

  • 2 cawan beras nasi dagang -cuci bersih dan rendam 2-3 jam
  • 2 cawan air
  • 1 sk garam
  • 2 sk gula
  • 4 ulas bawang merah – mayang halus
  • 2 ulas bawang putih mayang halus
  • 1 sk halba
  • 1 1/2  inci halia -mayang halus
  • 6 sudu minyak masak (tapi saya kurangkan separuh)

METHOD

  • rendam beras bersama bahan yang telah dimayang, halba garam dan gula selama 30 minit
  • Selepas 30 minit, campurkan minyak dan masak seperti biasa hingga kering

Nota: kalau guna lebih minyak, nasi nampak berkilat sikit

Kalau dah makan nasi dagang , mesti ada gulai ikan tongkol atau orang kelantang panggil, gulai ikan ayo. Resepi dia seperti berikut

INGREDIENT

  • 3 keping ikan tongkol direbus dengan asam(3 keping) dan garam hingga masak
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 7 bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 2 batang cili kering (nak pedas letaklah lebih)*
  • 1 sk ketumbar *
  • 1 sk jintan manis*
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan (saya guna rempah gulai kawah)*
  • 1/2 kotak santan
  • 2 sudu minyak masak
  • garam dan gula melaka secukup rasa
  • 2-3 biji cili padi

 

METHOD

  • Kisar semua bahan bertanda *
  • tumis dengan sedikit minyak hingga pecah minyak
  • bila dah pecah minyak, masukkan air rebusan ikan, diikuti dengan ikan dan asam
  • masak hingga mendidih, baru masukkan santan , rasakan garam dan gula
  • renehkan hingga pecah minyak dan masukkan cili padi
  • Sedia untuk dihidangkan

Nota: MIL tak tumis, dia masak dengan santan, tapi sebab saya nak kurangkan santan, saya tumis dengan minyak sikit. Untuk dapatkan tumisan yang pecah minyak dengan menggunakan minyak yang sedikit, api kena pelahan. Rasa kuah dia mesti sedikit masam dan sedikit manis. Kalau tak cukup masam boleh letak asam keping sbb biasanya ikan dan air rebusan dia dah masam.Selain tiu, resepi MIL ada serai tapi saya tak letak sbb serai habis :), tapi rupanya tanpa serai sedap juga rasa dia.  Feeling nak bukak gerai nasi dagang dah ni . hahahaha