Category Archives: Fish & Seafood

Resepi Paprik Campur

 

Dah lama rasanya tak masak paprik. Dulu time-time kerja kalau balik rumah rasa malas nak masak… paprik lah jadi mangsa. Masak paprik pastu gabungkan dengan telur dadar. Cukup lengkap.Tapi bebudak tak suka paprik, pedas lah kata dorang.  Nak masak paprik senang je, serai, daun limau purut benda wajib.

Resepi Paprik campur

INGREDIENT

  • 1 keping chicken breast -potong dadu
  • 5-6 ekor udang (nak letak sotong pun boleh)
  • sedikit sayur (bunga kobis, carrot, kacang panjang)
  • 1 biji bawang besar – potong empat/bulat
  • 2 batang serai
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 biji bawang putih -cincang
  • 1 biji cili merah – hiris
  • 2 biji tomato – potong 4
  • 1 sudu besar cili kisar
  • i sudu besar sos tiram
  • 2-3 biji cili padi
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 cawan air
  • 3 sudu minyak masak
  • garam dan gula

 

METHOD

  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kisar
  • Bila Garing masukkan ayam, kacau hingga masak
  • masukkan semua jenis sos kacau, serai dan daun limau purut dan dikuti sedikit air
  • masukkan udang dan sayur (semua jenis sayur, bawaqng dan cili)
  • kacau hingga masak
  • rasakan garam dan gula
  • sedia untuk dihidang

Ikan percik tanpa santan

DSC_5201

I masak Ikan selar bakar untuk Ashraff berpantang. yelah kalau buat bakar garam kunyit je, dia pun tak selera. So buatlah macam ni. Kiterang yang tak pantang pun join sekali. Sesapa yang tgh jaga badan pun boleh try resepi ni. Kalau dapat dapur arang lagi sedap ni buat percik.

INGREDIENTS

  • 4 ekor ikan selar
  • 7 ulas bawang merah – kisar
  • 2 ulas bwang putih -kisar
  • 1 inci halia- kisar
  • 2 btg serai – kisar
  • 1 tsp serbuk lada hitam
  • sedikit garam dan gula
  • asam keping
  • sedikit air

METHOD

  • masukkan bahan kisar dan asam keping bersama air
  • masak sehingga mendidih
  • rasakan dgn garam , gula dan serbuk lada hitam
  • sementara itu, bakar ikan sehingga 3/4 masak
  • bila 3/4 masak, lumurkan kuah percik semasa membakar, supaya kuah dia meresap dalam isi ikan.
  • bila dah masak, hidang dengan baki kuah percik.

Resepi Udang Tempura

Budak-budak suka sangat dengan tempura. Jangan buang ekor dia, sbb bila goreng nampak cantik.

 

Ingredient

  • Udang besar 20 ekor
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur kuning
  • 2 sudu serbuk penaik
  • 3/4 cawan air sejuk (ice water)
  • secubit garam

Method

  • buang kulit udang, belah belakang buang urat hitam dan rasakan dengan secubit garam dan lada sulah
  • kacau tepung dengan serbuk penaik dan garam
  • masukkan telur kuning kacau
  • seterusnya masukkan air, kacau hingga sebati
  • celup udang dalam tempura dan goreng hingga warna keemasan
  • siap dihidangkan

Nota:

  1. tujuan letak secubit garam dan lada sulah adalah untuk “enhance”kan lagi rasa udang
  2. Guna ice water untuk lebih garing
  3. bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair, cara nak tau tempura ok, tengok belakang sudu . caranya kacau dengan sudu and bila tengok belakang sudu kita boleh buat garisan dengan tangan.
  4. boleh tampah oregano/prsli atau thyme dalam bancuhan untuk kelainan.