Category Archives: Egg & Bread

Resepi Roti Canai (step by step)

roti canai

Bahan-bahan

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 3 sudu susu tepung
  • secubit garam
  • semangkuk air sejuk (air peti sejuk)
  • Minyak sapi secukupnya

Cara – cara

  • campurkan susu ,telur dan air sejuk bersama garam
  • Masukkan gandum kedalam bekas adunan
  • Masukkan air dan mulakan proses menguli.

uli

 

  • Bila adunan dah tak melekat pada tangan, rehatkan adunan selama 1/2 jam
  • Selepas 1/2 jam, buat 10 biji doh kecil.
  • sapukan doh dengan minyak sapi
  • Rehatkan lagi selama 1/2 jam

canai1

  • Selepas setengah jam bolehlah mula mencanaikan doh dengan menggunakan sedikit minyak sapi atau minyak masak – tebar sama dia

canai2

  • Lepas tebar, buat bualat macam ni sebab bila nak masak kita leperkan dia dan roti canai tu akan berlapis-lapis
  • Selepas siap boleh mula mengoreng dengan sedikit minyak.
  • Bila masak kepuk-kepukkan roti tersebut
  • Siap untuk dihidang bersama kari ayam/ikan atau sambal tumis ikan bilis/sambal sardin

Pizza Tanpa Yis

Tak pernah pernah I buat pizza tak pakai yeast. Nak jadi cerita nya, Ashraff suruh buat pizza untuk breakfast, bangun pagi..tengok kat stor makanan, aik mana ada yis? dah lama dah takde yis kat rumah. So apa lagi kita google la…Free yis pizza. Jumpa la blog mat saleh mana ntah…dia buat pizza untuk bakal mak mertua dia tak guna yis sbb mak mertua dia alergik yis. Rupanya buat pizza tak pakai yis lagi senang and for me lagi sedap. It’s more like thin crust pizza. I suka breakfast pizza. as simple as that.  Yang penting ada cheese. Untuk breakfast pizza, you all boleh nak letak apa pun asalkan berselera. I buat 2 biji pizza. For kids… ada slice of sausage, baked bead, onion, tomato sauce ,cheese and egg. Sorry no picture sbb masak je dorang ngap. And for me (sebab I tak suka telur kuning , so I buat baked bean and cheese je.  Resepi pizza tan yis adalah seperti berikut. Untuk rasa yang lebih sedap, I tambah oregano dan bawang putih dalam doh. Nak buat kat pizza biasa pun boleh. INGREDIENT

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil
  • 1 sudu kecil bawang putih yang dicincang
  • 1/2 sudu kecil oregano
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 3/4 cawan air

Method

  • Satukan semua bahan kering, gaul rata
  • masukkan minyak gaul rata
  • lepas tu, baru masukkan air dan uli
  • Uli sampai doh tak melekat kat tangan dan bekas doh
  • Bila dah siapkan uli, panaskan oven, siapkan topping and boleh bakar untuk 15-20 pada suhu 180

Ini rupa breakfast pizza..topping cheese n baked bean

Note: pizza tu tak tak canaikan dia pun…just tekan tekan pakai tangan . masa bakai drizzle sikit olive oil. Bau dia memang menggoda. garlic olive oil  and oregano… perfect!!!

Resepi Burger Membakar

Hari jumaat malam tukan… malas nak masak so Kheirul ajak pi cari burger kat Puncak Jalil. So dapat burger sedap rasa dia. special sos.Tapi kiterang still tak puas makan burger, so Sabtu petang tu mulalah mencari  bahan untuk buat burger. Nak buat burger senang je, cari daging kisar. Untuk mendapatkan burger dgn texture yang lawa, mesti dapatkan bahagian topside. Sebab dia ada lemak sikit kat situ kan. Pastu jangan lupa bread crumb. Kalau yang buat sendiri lagi bagus. Beli roti, potong kecik-kecik masuk oven, toast sampai kering then blend. Pasal rempah untuk burger, boleh lah letak parsley and oregano bergantunglah, kalau you all suka rempah ala-ala Morocon, boleh letak cumin, paprika and mint. Ala macam nak buat kofta, pakai je resepi dia. Nanti nak try gak lah..tapi pakai lamb.Sedap gak ni

Berikut adalah resepi burger membakar jiwa raga

INGREDIENTS

  • 500g daging kisar
  • 1 biji bawang kuning besar – parut
  • 1 biji bawang putih di cincang
  • parsley dan oregano
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • sebiji telur
  • lada hitam dan garam secukup rasa

METHOD

  • Campur semua bahan diatas dan gaul sebati.
  • bentukan bahan tadi menjadi leper seperti burger
  • Pastu simpan dalam freezer dalam 1 jam supaya bila bakar dia tak hancur.
  • Sedia untuk dihidang dengan roti burger, mayo, cheese, salad, tomato bla bla bla

For those yang nak try resepi burger untuk yang berpantang atau jaga badan boleh tengok ka SINI