Category Archives: Vacations & Outings

Fresh Update from Hatyai….

Alhamdulillah… hari ini adalah hari kedua kamidi Hatyai ni..

Just nak update:

Perjalanan: Alhamdulillah… senang, jalan memang best…

Hotel: Kami menginap di Novotel, memang kat tgh-tgh bandar Hatyai.. memang mudah sebab dekat dengan shopping complex.

Makanan: memang senang nak dapat makanan halal kat sini… Antara makanan yang sedap… ehem ehem

PULUT MANGGA.. tip top 5 stars…… mesti try..

Ni gerai yang jual pulut mangga tu.. selain drp tu.. ada jual pulut durian gaks… SEDAPPPP

Yang ni plak… UDANG GALAH GORENG.. yang king size tu mahal skit..B100 = RM10 satu.. huh…..

Sekian Life update from Hatyai.. 8:30pm (Waktu siam) = 9:30pm waktu Malaysia….

The Kra Project: Bersedia untuk berangkat

Assalamualaikum…

Just a short notes before kitaorang berlepas ke Thailand. Kami bercadang untuk berangkat ke Hatyai, Thailand malam ini dalam jam 11pm.. InsyaAllah, kami akan singgah di Changlun dahulu untuk urusan perjalanan sebelum meneruskan ke sempadan Thai terus ke Hatyai pagi esok.

Route perjalanan dari perancangan asal diubah sedikit yakni dari Kuala Lumpur kami akan ke Hatyai dan ke Phuket … so jadi Kuala Lumpur – Hatyai – Phuket – ??? – Kuala Lumpur.. yang ???? tuh tak ditentukan lagi…. hehehheh akan ditentukan masa balik nanti.. InsyaAllah….

Segala persiapan sudah disediakan dan kali harap semua yang dirancang berjalan dengan lancar….

Sekian untuk kali ini…tunggu updatenye ye…

The Kra Project – Part 2

Daripada Perancangan Asal The Kra Project. Kami terpaksa mengubah route perjalanan atas sebab-sebab keselamatan.

Oleh kerana tahap keselamatan masih lagi tidak dapat dipastikan di 3 wilayah Selatan Thai yakni di wiliyah Narathiwat, Yala dan Pattani, kami mengambil keputusan untuk mengubah laluan. Dari Kota Bharu kami akan ke Alor Setar dahulu dan bermalam disana sebelum menyeberang ke Thailand.

So, total distance pun dah bertambah menjadi 2050km berbanding 1950km sebelum ini. Harga untuk petrol di Selatan Thai pun dah dapat iaitu RM3.80 – RM4.20 seliter. Jadi senanglah untuk kami merancang kos petrol di sana nanti…..