Category Archives: Vacations & Outings

Riang Ria @ Sunway Lagoon

Last Saturday, kiterang ke Sunway Lagoon. Actually Company Kheirul punya events. Free and Easy. Best gak, bagus untuk orang yang baru keluar hospital untuk relax and tenangkan fikiran.Pukul 10 cam gitu kiterang sampai. Kids are so excited except Rayyan sebab dia ngantuk.

Gambar family dulu

First ride, Rayyan pun naik. Tengok mata dia dah kuyu

Yang ni tak yah cakap

Second ride

Pastu terus pergi main air, malas nak naik ride sebab semua tempat sama je. Masa i dah pukul berapa dah sebab banyak miss nak amik gambar sebab dah duduk dalam air, sampai tak ingat nak amik gambar. Ada yang slide atas air, Ashraff and Afriena entah berapa ratus juta kali dorang turun naik. I naik 5 kali je pastu buntut sakit wooo… salah landing. Rayyan pun naik slide, siap gelak lagi. Geram beul sikecik ni. Gambar kat atas tu jangan panik. dah berapa kali dia selam masuk kepala dia dalam air, tak lemas sebab dia tak telan air. Ni kat kawasan yang ada giant cup tetiba air tuang kat bawah tu kan. si kecik ni suka layan air tuh. Tak sakit ke dia?

Ni mas kena tuang air, tengok muka dia relax je. Orang pelik tengok dia sebab dia paling kecik dok nyebuk main air. Pastu gelak-gelak. dah tak ingat nak tidur.

Tengok dia bully kakak dia. Happy giler dorang. Gambar Aahraff takde sebab dia mana tah asyk hilang je. Actually Afriena pun sama. Video dorang ada lah. Pastu dalam pukul 3.30 kot kiterang ciao sebab penatlah. Rayyan sampai tertidur masa dok dukung dia.KIterang makan dalam Saunway Lagoon. Harga makanan Masha Allah mahal nye. Kalau makanan yang di masak tu sedap takpe gak. Nasi ayam RM12 tapi rasa dia tak sedap pun. Sandwich RM5, mayonis dia semacam je. Hey come on lah Sunway, kalau tak nak kasi orang seludup makanan and nak galakkan orang beli kat dalam tuh biarlah harga berbaloi.. at least jaga kualiti makanan. Harga makanan kat Disneyland lagi sedap tau. Popcorn Sunway RM8, Disneyland HK dalam 12 dolar(RM6) tapi popcorn dia besar-besar… Kalau you all berteruasan macam ni, nanti orang tak nak tau.

Toilet dia bersih…suka. Just tang makanan tuh.. Biar worth to pay ler..

Note: Tak buat lagi review SKII, ada orang tanya. hehehe so far I suka. Tengok muka tu rasa macam ada perubahan. insya’ allah nanti I buat sbb very busy

Weekend @Vistana Hotel, Kuantan

Last weekend, kiterang pergi Kuantan sebab Kheirul nak balik “kampung” dia kejap. So kiterang apa lagi, banyak le project nya. Si Afriena lagi best, siap plan nak pergi mandi laut pastu verangan nak buat sand castle then nak pacak flag atas sand castle. ngeh ngeh ngeh, tak pi pun laut, panas lah.. Kiterang just check in hotel, lepak kat hotel, swimming and makan-makan.

Time ni baru je check in, biasalah Si kecik ni akan explore bilik, dia akan check TV, telephone, katil while abang and kakak dia check toilet. Oh ya kiterang amik double bed deluxe.Booking hotel pun lagi 2 jam nak sampai. Thank you GPS sebab ada no telephone.

Pastu dari dalam bilik dah boleh nampak swimming pool plak, apa lagi bebudak nih ajak pergi swimming, malasnya macamlah kat rumah takde swimming pool. Yang papanya malas nak swimming walupun dia adalah bekas perenang negeri pahang kan, mama dia jugak yang kena basah sesama. Nasib baik bawak swimming suits (memang get ready swimming suit as always)

Suka kan dorang.. nak nak dapat kawan baru. terpekik-pekik mak bapak memasing suruh anak behave.

Ashraff ni nak jadi bakal swimmer ke? too bad sekolah dia takde swimming pool. Camner ek kalau nak masuktournament swimming? Habis swimming kiterang pi round Kuantan then cari kopok lekor. Pastu pergi “kampung” Kheirul then terus ke Tanjung Lumpur makan seafood. Lepas makan, balik bilik layan TV while bebudak buat homework. Siap bawak homework gitu. Siap je homework dorang layan cartoon sampai pukul 12 kot. Esok pagi bangun memasing tak sabar nak pi breakfast. Breakfast kat hotel syiokk la sebab makanan dia sedap. Nasi lemak and roti canai dia terbaik. I makan 2 bungkus nasi lemak. Bebudak makan pau, cereal 2 mangkuk, pastu porridge la… Happy le dorang kan sekali sekala. Berkala-kala tak boleh la….

cuti-cuti ala-ala malas namanya.. best :)

Kak Long Ikan Bakar Petai

Assalamualaikum,

Lama sungguh rasernya tak buat food review, and last week we all satu family balik Kuantan kejap atas beberapa urusan so we decided to makan seafood. Pusing punya pusing, redah punya redah… kitaorang singgah kat Kedai Kak Long Ikan Bakar Petai, Kampung Tanjung Lumpur. We all never had ikan bakar petai sebelum ni.. so nak cuma la camne rasernya… <- namer ajer orang Kuantan.. tapi ikan bakor petai pon belum pernoh cuber (commented by TokNiLa)

Location Medan Ikan Bakar Tanjung Lumpur tu sememangnya senang aja nak pergi. Dari Bandar Kuantan, just naik jambatan Tg Lumpur tu, selepas abis aja jambatan ada junction ke kiri.. ambil junction tu then terus menuju ke arah Masjid Kg Tg Lumpur.. sebelum sampai masjid… deretan kedai dan restoran ikan bakar disebelah kiri jalan.. so pilih lah mana yang suka…

Sampai-sampai aja kami disambut oleh pekerja dan tokei kedai… hah apa lagi pilih-pilih aja apa lauk yang suka….

Kalau makan seafood… tak sah kalau tak amik sotong.. yang ni sotong giant ni memang cukup segar.. seperti biasalah.. sotong goreng tepung satu pinggan ler nampak gayanya…

Kalau makan seafood kat pantai timur.. ikan-ikannya sememangnya super segar… takde tolok banding kesegarannya… we all ambil ikan pari.. nak test tengok camne rasenya kalau dibakar petai…

Ikan dibalut ngan daun pisang dan dibakar dengan bara arang.. peeerrhhhh… tak tahu camne nak cakap nih…  ni baru betul ikan bakar…Moh kita tengok apa lauk yang we all order tempoh hari….

Lala Sweet N Sour

Ni dia… lala sweet n sour.. masakan Kak Long berbeza daripada restoran or kedai seafood yang pernah kami raser sebelum nih.. rasanya cukup istimewa, lain dari yang lain dan mempunyai citarasa yang tersendiri. Rasanya yang cukup segalanya dengan lala yang cukup segar ditambah pula dengan raser manis-manis nenas tu memang membuka selera kepada sesiapa sahaja. Kami bagi 5 bintang untuk Lala Sweet N Sour ini.

Sotong Goreng Tepung dengan sos istimewa

Sotong goreng tepung memang kelas… sotongnya segar tak ingat punye..  memang super segar… satu tips untuk kenalpasti sotong besar itu segar dan berkualiti adalah.. apabila masak, sotong tu tak keras macam plastik… sotong kat kedai Kak Long nih memang superb.. sotong bersaiz super besar tetapi bila dimasak.. lembut aja isi dia.. lepas tu plak tak keras langsung walaupun dah sejuk… Lagi satu… kalau makan sotong goreng tepung nih jangan lupa cicah ngan sos istimewa tuh.. terrrraaannnggggkat beb…. kami bagi 5 bintang juga untuk sotong goreng tepung nih…. <- dengor citer sotong sampai tapau.. banyok ker?? (commented by TokNila) : Reply by Kheirul : camne nok perhabis tok.. 2 orang jer makan, sorang nak terberak.. sorang lagi dok merenggek…. kacau daun betul mak bapak dia nak menikmati makan yang sedap hari tu

Pari Bakar Petai

Hah ni dia hidangan utama yang dinanti-nantikan.. Ikan Pari Bakar Petai.. Tak sangka… seekor ikan pari yang sedang-sedang besar nih.. abis gaks dibelasah oleh 2 orang jer… dalam melayan kerenah bebudak tu… akhirnya tinggal tulang aja ikan pari nih.. Cara masakan dan rasa memang sedap.. nak nak raser petai tu memang membuat sesiapa sahaja akan terbuka selera makan dia. Rasa pedas-pedas dan masam-masam skit tu memang cukup segalanya.. cuma ikan pari itu ada sedikit berbau… biasalahkan ikan pari.. kalau tak betul cara penyediaannya, dia akan berbau skit terutama dibahagian tengahnya… Secara keseluruhan memang sedap cara masakannya… Secara jujur kami bagi 4 bintang aja…

Last sekali, nok juga cerita satu benda pelik kat Kedai Kak Long Ikan Bakar Petai nih… hah nih dia.. Jus Asmara.. Minuman yang paling special sekali kat sini. Yang specialnya, dia ada rasa tembikai, apple, laici, orange dan isinya ada laici dan kelapa laut, memang sedap dan menyegarkan.. sesuai diminum untuk hilangkan dahaga.

Cerita pasal harga plak.. memang berbalai… Untuk semua hidangan kat atas tu ditambah pula dengan nasi putih satu hidangan serta 3 air tembikai, 2 air laici dan satu air suam…. semua sekali adalah RM86… cukup berpatutan sekali.

Sebelum akhiri posting nih… saya syorkan kepada penggemar ikan bakar atau seafood…. kalau pergi ke Kuantan tu.. singgah-singgahlah kat Restoran Kak Long Ikan Bakar Petai ni.. jangan lupa cuba hidangan paling istimewa kat sana…

GPS Position: N3 47.913 E101 20.401


View Larger Map