Category Archives: Special Threads

Buka Puasa Bersama Blogger Nuffnang G+ dan Samsung

Salam semua,

Pada hari Isnin lepas saya dapat juga luangkan sedikit masa saya untuk berbuka puasa anjuran Samsung dan Nuffnang di Restoran Enak KL, Starhill Gallery. Raser-rasernya dah dekat setahun saya tidak hadirkan diri kemana-mana event anjuran Nuffnang oleh sebab terlampaulah terbizinya kat opis dan selalu outstation tetapi memandangkan Restoran Enak KL tu hanya 3 minit berjalan kaki dari office so join la gaks… Lagipun dah lama tak jumpa rakan-rakan blogger yang lain……Rase-rasernya adalah dalam 30 orang blogger yang femes-femes datang hari tu…

Sampai-sampai aja.. first sekali pi tengok mestila pada hidangan dia… macam-macam ada.. dari kuih-muih, buah-buahan sampai lah ker heave dishes… semuanya boleh tahan sedapnya… paling best pada tekak saya adalah kueh puteri mandi dan juga kueh sagu tu…Creme Brulee pong boleh tahan sedap gaks…. tapi takleh celen Creme Brulee yang Bobby Chin buat saya pernah makan dulu ler.. <– commented by TokNila – BERLAGAK…… bila dah makan yang sedap….

SETAHUN SEKALI JUMPA dengan JAI (Teratakarmo.com) dan MAT TIGER (Eyriqazz.com)

 Semasa makan tu, ada sessi kenal-kenalan dengan Samsung dan Nuffnang sambil kami para blogger memperkenalkan diri masing-masing. Lepas makan tu ada game dan kami diarahkan untuk membuat kumpulan setiap 5 orang.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK pada geng Mat Tiger sebab saya telah DIIMPORT oleh Kumpulan Ketupat yang diwakili oleh RedMummy, Cik Epal, Darkbatman, Budiey(SS).

Nilah dia gambar 2 kumpulan akhir game tu… Credited to Eyriqazz pasal saya curik gambar ni ye….

Walaupun kumpulan Ketupat kami tak dapat jadi juara tapi tetap bersyukur kerana dapat hadiah gaks sebagai tempat kedua… Thanks to Samsung sbb sponser hadiah semua tu

Akhir kata terima kasih gaks kepada Nuffnang sebab anjurkan majlis berbuka puasa ni dan tidak lupa kepada Samsung juga serta semua geng-geng blogger Nuffnang G+ yang sememangnya korang memang mantap….

Sebagai penutup…..ni dia pesanan saya kepada mereka semua…..

  • Mat Tiger – Eyriqazz.com  … sorry pasal saya kene import oleh kumpulan ketupat..
  • hazmanfadzil.com – heheh… memang betul.. setahun saya menyepi tup tup timbul jer
  • Jai Teratakarmo.com – kata tak dapat datang.. tipu ekkk….. tapi sememangnya aku nak ko datang gaks…. beru seronok
  • Redmummy.com – pelik pasal pakai yellow…. nampak bersih ler…
  • CikLiliPutih – jangan marah yer…. saya curik gambor sekeping
  • Darkbatman – lain kali makan banyak skit.. baru mantap

Dan kepada yang lain…jangan marah pasal saya tak mention nama kat sini yer…. lain kali kalau ada umur kita jumpa lagi

Jemputan Buka Puasa Dari Nuffnang

Salam semua,

Gumbira pasal dapat invitation dari Nuffnang ke majlis buka puasa bersama Samsung. So, nak gaks tengok sesapa geng-geng blogger yang hadir hari tu.. maklumlah saya nih jarang join Nuffnang punye event pasal terlampau BZ….. Nasib baik vanue tu dekat ngan opis.. just jalan kaki dalam 5 minit jer dah sampai….

So kawan-kawan blogger yang hadir tu.. jangan segan yer untuk tegur saya nanti……

Nescafe Chill-Lah Contest

Apa rasa ek kalau tetiba menang duit RM10,000? Mesti bestkan. Kalau I lah yang menang RM10,000 tu kan, I rasa I nak spend buat travelling kot. Tak pun shopping. hish tak abis-abis dengan shopping kan. Takpe shopping bebanyak, asalkan tak membazir. You all pun kalau nak menang duit RM10,000 boleh gak mencuba.

Nescafe ada buat contest. Nama contest dia Nescafe Chill-Lah. Ni ha I nampak kat ChurpChurp. Contest dia senang je. be creative. Design  tin Nescafe lawa-lawa pastu pas tu mana tahu anda menang RM10,000 tu kan…. Kalau nak maklumat lanjut bolehlah singgah ke laman Facebook Nescafe Chill-Lah nih