Category Archives: Special Threads

KLEENEX HULURKAN BANTUAN PADA HARI PEMBERSIHAN TANGAN SEDUNIA

Sempena *Hari Kebersihan Tangan Sedunia, Kleenex® akan mengingatkan keluarga Malaysia tentang kepentingan  menjaga kebersihan tangan mereka melalui pendidikan, aktiviti dan pada masa yang sama memperkenalkan Tisu Lembab Pembersih  Tangan Nyahkuman multipek Kleenex® bertemakan Disney!

Begitu juga dengan saya, Semenjak dah ada anak ni, kesedaran untuk menjadi lebih bersih sangat menjadi-jadi. Yelah sapa nak anak-anak kita kotor lebih-lebih lagi tangan. Bila tangan kotor, mula lah merebak ke seluruh tubuh badan.Sebab tulah I memang menyediakan Wipes. Sememangnya digalakkan cuci dengan air, tapi kadang-kadang situasi dalam kereta ke takde air, wipes always helping.

Memang akan ada je wipes,

dalam beg,

dalam kereta,

dalam beg sekolah dan dalam bilik. Memang tersedia.

Anak saya 3 orang sangat suka mewarna. masa cuti hari tuh, kiterang buat projek mewarna. Konsep mewarna “MESSY”. Kita pakai pangkal sayur sawi, celup dalam warna dan stamp atas kertas. Selain tu, ada juga apakai tangan.

Biasalah kalau ahli seni yang comel menggunakan warna, habis comot tangan dan meja. Jadi Kleenex wipe adalah yang terbaik. Itu yang kita nampak yang kita tak nampak?

I adalah seorang yang sangat penggeli. So kalau nak pergi toilet awam, sangatlah susah.

Same thing to Afriena. Dia mesti nak bawak wipes sebab nak lap seat kat toilet, nak lap kepala paip… pelik kan Afriena. So kleenex is the best sebab Kleenex adalah tisu pembersih tangan nyah kuman atau Hand Sanitising Moist wipes yang boleh membunuh 99.9% kuman, bacteria dan flu virus.

Selain kat toilet, kuman juga boleh didapati di

  • Alat kawalan jauh TV
  • Telefon
  • Butang lif
  • Troli membeli belah
  • Eskalator
  • Papan kekunci komputer
  • Wang

eeiii seramnya. Nasib baik I bawak wipes. Semua main lap je.

Tisu Lembab Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex® bertemakan Disney (dalam bungkusan tiga pek) berharga RM6.90.  Hanya didapati untuk masa terhad, Kleenex® juga memberikan buku aktiviti dan botol minuman kanak-kanak yang menarik untuk setiap pembelian.

 

Untuk mendapatkan maklumat terkini dan mengetahui lebih lanjut tentang produk dan cara mengekalkan kebersihan tangan kita, sertai perbincangan dan aktiviti  menarik dan jadilah peminat pergerakan perkongsian Kleenex  Malaysia di http://www.facebook.com/Kleenex.Malaysia, atau hubungi  Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas-tol) pada hari bekerja dari 9 pagi ke 5 petang.

 

 

Trudy and Teddy’s First Boutique Opening @ Pavilion

Selasa lepas kan, Sawanila.com dapat jemputan sempena Trudy and Teddy’s First Boutique Opening @ Pavilion. Tu yang ada hari berdating dan bershopping dengan Rayyan.Opening nya pukul 11.00, Tapi I sampai earlier. Saja nak amik peluang untuk amik gambar tanpa gangguan orang ramai.

First sekali masuk terus nampak kasut-kasut yang cute.Sesuai sangat lah kasut cam ni kalau nak pakai untuk ke Tea party or any dinner party. cute kan.

Ni plak ada socks, T-shirts…

Lawakan romper tu….

cutew tak kasut ni… untuk baby girl. Selain kasut, baju ada jugak jual topi. kirakan top to toe lah ada kat sini. Bedding set pun ada.

Yang ni bahagian baju budak lelaki yang berumur 2 tahun ke atas. GRabbed one of them for Rayyan. Yang kat kiri tu, masa ribbon cutting. Yang cut the ribbon tu adalah all the models. Anak-anak Mat Salleh you all. Bilalah nak amik Rayyan jadi model lak ye…:)

Cute-cute baju girl. Nak beli kat Afriena tak boleh sebab Trudy and Teddy cuma jual untuk yang bersaiz  NB to 4T je. Terus teringat kata-kata Afriena,

Mama, later you make one baby girl ok?

Amboi… ingat buat baby macam buat milo ke nak…. Dia bukan apa, takde kawan untuk main masak-masak. main doll, main make up. Selalu Rayyan lah jadi mangsa tak pun mama dia.

Heheheh gambar kasut lagi… sebab lawa, yang gambar kasut budak perempuan…
Girl’s dress… Nampak sopan je. Warna yang lembut. Baju-baju dia more to Classic European Style. So nampak soft je…
Boys section. Ingat nak amik yang ni, tapi sales tu cakap Rayyan dah boleh jalan so nanti tak baper hensem pakai romper.
Romper section…. cute. Dan saya telah berjaya untuk tidak membeli sebab Rayyan dah besar.
Smart kan baju-baju ni…. Sorry lah kalau gambar tak berapa mengiurkan. But mak-mak semua patut ke sana. I sebelum ni tak pernah masuk ke Trudy and Teddy sebab takut tak mampu, tapi sebenarnya, harga-harga baju adalah sangat affordable.
Ada macam-macam baju untuk macam-macam event.
CATEGORIES AVAILABLE
Home Comfort as it is (Basic wear)
Outfit Everyday and Anywhere (Shopping, visiting grandparents, get-together, leisure time etc)
Special Occasion For the special moment (Full moon, Birthday Party, Christening, Weddings etc)
Accessories Incomplete without you (Socks, Shoes, Mitten & Booties, Bonnet / Cap / Hat, Hairband, Suspender, Belt, Tie, Bowtie, Pantyhose)
So lepas habis perasmian hari tu, apa lagi… kita pilih-pilih baju le. Shopping. Sales Assistant pun rajin melayan , so kita amik 6 helai. 2 seluar,4 baju. Masa masuk kereta , Husband cakap, banyak nye baju Rayyan… hahaha untuk Raya sekali.
I sungguh berkenan dengan fabrik dia. so soft … sesuai lah untuk Rayyan yang kuat berpeluh . BTW, Thank you Nuffnang for the invitation..:)
Seronokmdapati event mcm ni..dapat jumpa bloggers, shopping and cuci mata. Few bloggers yang I kenal was, sumijelly,Sha, Mommy Nadia, Fila, Mimie, Iza dan sapa lagi ek.. Nanti I letak link…

Kleenex, Share the Softness

Lawakan kotak tisu Kleenex nih :) Kotak dah lawa…tisu dia plak lembut. Nak tahu lembut tisu Kleenex macam mana? Kenalah rasa kelembutan dia sendiri.

Tisu muka Kleenex® dihasilkan daripada gentian 100% asli menggunakan teknologi canggih untuk memastikan kualiti yang terbaik dalam kelembutan dan kekuatan. Untuk meraikan inovasi ini, Kleenex® kini menjemput semua rakyat Malaysia untuk berkongsi nikmat kelembutan yang unik ini bersama keluarga dan rakan -rakan.

Kelembutan Kleenex® perlu dirasai sendiri dan kempen Share the Softness membantu kita menyebarkan pesanan tersebut – ia direka dengan ciri-ciri interaktif untuk menarik minat rakyat Malaysia dari semua peringkat usia melalui pelbagai saluran media; laman sosial, media elektronik dan juga cetak

Laman Sosial Kleenex Malaysia, Melalui saluran ini, kita boleh memesan pek Share (perkongsian) melalui Fan Page Kleenex Malaysia. Selain itu terdapat juga aktiviti dalam talian interaktif yang lain seperti ruangan istimewa dimana, kita boleh berkongsi pendapat mengenai topik mingguan dan yang lebih menarik ada juga peraduan dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi iaitu Peraduan Kleenex® Moments pada bulan Mei yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM14,500 dan produk Kleenex®. Selain itu, Fan Page Kleenex Malaysia akan menjadi sumber maklumat kerana ahli akan menerima beberapa siri idea aktiviti keibubapaan dan kekeluargaan serta sentiasa dibekalkan dengan maklumat terkini.

Berkongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik … Kempen Kleenex® Share the Softness tidak hanya menawarkan ganjaran kepada pengguna dan orang kesayangan mereka tetapi juga membantu golongan kurang bernasib baik .Setiap penyertaan dalam peraduan Facebook Kleenex® Moments, Kleenex® akan menderma satu pek tisu kepada pertubuhan kemasyarakatan. Pengguna juga dapat menggunakan kelembutan Kleenex® sebagai satu inspirasi untuk membantu mereka yang memerlukan– ia bakal menjadi penyertaan yang menarik dalam peraduan Kleenex® Moments.

Berkongsi secara terus…Di kedai-kedai utama seluruh negara, Kleenex® akan memperkenalkan pek istimewa dalam lima set Kleenex® Share pada harga runcit RM12.60 supaya anda dapat membeli 4 dan mendapat pek tambahan untuk dikongsi bersama mereka yang disayangi! Share bundle didapati dalam pek edisi terhad dengan corak berilhamkan alam semulajadi dan bunga- bungaan. Pelbagai siri corak flora yang menggabungkan bunga yang digubah dalam cara moden yang berwarna segar untuk menonjolkan kelembutan, keanggunan dan kesegaran, memberikan anda satu lagi peluang untuk meraikan kepentingan berkongsi kelembutan. Pelanggan dapat mengumpul setiap corak kerana ia akan bertukar corak setiap 4 bulan!

” Setiap orang memerlukan kelembutan dalam hidup mereka, samada ia dalam bentuk kata-kata lembut sebagai motivasi atau tanda kasih sayang dari orang tersayang” kata Encik Sumeet Parab, Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia

Seperti juga gula-gula yang sedap ini. Rasa sayang nak makan sebab nampak comel tapi bukan kah kita sepatutnya berkongsi kebaikan dengan yang tersayang?

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas- tol) pada hari bekerja dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.