RSS
 

Shopping and Outing with Rayyan @Pavilion


09 May 2012

Semalam kira paling jauh lah auting dgn Rayyan berdua saja. Selalu kat rumah je. Setakat Jusco.Tapi semalam ada event kat Pavilion yang memerlukan bawak baby so, kita bawaklah dia semalam. Dah lah dia bangun lambat, so nak memujuk dia, nak mandikan dia, nak masukkan dalam kereta, nak ikat pakaikan seat belt dia, last sekali dia diam. Upah dengan susu strawberi and ipad.

Muka masa baru sampai sangat baik

So, dengan berbekalkan ilmu yang tak sampai sehari bawak kereta baru, drive pergi ke opis kheirul dulu, pas kereta kat dia sebab dia kena amik budak kat Sekolah Agama, lunch and Sekolah Cina (rasakan ..settle anak masa transit – penat, I know sebab pukul 9 dia dah tido). Sampai Pavilion on time, pergi ke tempat kejadian, register, amik gambar (kerja blogger), interview sikit-sikit , pastu makan and minum, then bersosial dengan blogger lain, then shopping.

Heheheh since ada good offer, belilah few baju kat Rayyan. Cukuplah untuk Raya. Letih bawak Rayyan tau, masa pergi tu behavelah nak duduk atas stroller, bila nak balik tu, dia plak tolak stroller. penat-penat tak penat, masuk keter , makan, main ipad terus tido.

nak bawak barang sendiri

Event semalam nanti I update, Insya’ Allah soon ye.Tapi memang best outing berdua. Nanti kena cari time untuk outing dgn Ashraff and Afriena plak. Dorang dah mintak baju and kasut. Semalam tak beli pun kat dorang :(

Malas lah nak layan…Asyik ajak masuk Prada je. Tak mampu mama ooi…

 

Related Posts with Thumbnails
 
8 Comments

Posted by Yatie in Kids & Family, My Notes, SawaBlog

 

Leave a Reply

 

Get last post from your blog?
 
  1. halif

    9 May , 2012 at 11:26 am

    Mak oi, pandai nyer Rayyan ajak mak masuk Prada.. high taste gitu

    Posting from halif : Mempersembahkan ATILIA

     
    • Yatie

      9 May , 2012 at 12:44 pm

      dia ajak je… mak dia tak masuk… kang org dalam tu jeling kang.

       
  2. strawberi

    9 May , 2012 at 4:39 pm

    best kan dpt spend masa berdua ngan anak je…event trudy teddy eh kt pavi

    Posting from strawberi : Bestnya la kan

     
    • Yatie

      9 May , 2012 at 6:56 pm

      ye cik beri.. cik mimie pung ado

       
  3. mommynadia

    9 May , 2012 at 5:01 pm

    Hi Sawa!!
    Semalam jumpa senyumsenyum je..nak tegur malu ;)

    Posting from mommynadia : 3D2N Awana Kijal Trip : Day 3

     
    • Yatie

      9 May , 2012 at 6:55 pm

      hehehhe… awat tak tegur? I lagi le tahap malu nak tegur kang salah orang heheheh…panggil yatie je

       
  4. sha

    9 May , 2012 at 5:22 pm

    ohhh yg ni ke blog u? td i cari kat address sawanila.blogspot.com. hehehehehe. siap i komen lagi tu..hehehe

    anyway hope 2 meet again in future ye

    sha
    we met semalam

    Posting from sha : LG Cinema 3D Smart TV will rawkkk you !!

     
    • Yatie

      9 May , 2012 at 6:56 pm

      pi blog mana tu? mesti mamat tu blurr jap…insya’ allah kita jumpa lagi. I remember you…