Category Archives: SawaBlog

Last minute job

Mesti dalam kalangan kita ni suka sangat buat kerja last minute. I memang tak suka last minute. Dulu masa kerja report  dengan japanese lain cara dia, dgn malaysia lain and dengan european lain. Kalau japanese (ni boss aku lah… boss kau aku tak tau), kaalau dia cakap within 3 days, memang on the dot tu dia nak. No earlier no later and make sure kerja yang kita submit takde salah sikit pun, even a dot. Dok ghaso strehh dok nga oghe gini… mau stress  tak leh ada mistake sbb dia perfectionist. Tapi ok lah sbb bila kita practising perfectionist, kita yang untung. Pastu bila time dia buat mistake, memang laju-laju I cakap ada salah… hahahah amik kau… dia pun oh sorry..yatie san.. I’ll make new one.. besar kecik besar kecik. Kalau european boss,  kalau tanya soalan by email, mungkin esok dia balas. Kalau mintak report kita bagi report esok lusa baru dia feedback. Kalau email kat dia…after 5 mmg dia takkan balas.. tu belum kerja kat opis sana, hari jumaat esp..pukul 3 semua dah hilang. Kalau boss malaysia… report nak hari jumaat, hari khamis I dah kasi..sebab apa… suka tukar idea. jadi ada room for correction. Bila dah bekerja (dulu-dulu lah) reporting to 3 different person with 3 different working culture and same time, lama-lama jiwa kacau tapi leant lot of things lah. eh eh.. pernah report kat US boss .. dia asal kerja settle, dia sanggup bayar berapa… I like.. Takde birokrasi, tak puas hati ngan our superior, go directly to CEO…

Awat dok citer pasal kerja ni… huhu dah 6 tahun jadi housewife, tetiba semalam mimpi kerja kat office balik. Entahlah nak kerja balik ke tak… Kalau kerja tak sampai hati nanti balik kerja muka penat, biarkan anak-anak buat homework sendiri, spend wholeday ngan cikgu-cikgu. Tunggulah dorang besar-besar dulu. I kalau boleh nak kerja sendiri. Kuli sendiri boss sendiri supplier sendiri hahahaha banyak lah angan -angan…

Ni tengah cari idea business apa nak  buat. Macam nak bisnes makan-makan lagi cuma, nak cari yang affordable untuk customer. Lasagna, harga dia sangat mahal so tak boleh buat bisnes tu tapi kalau ada yang minta tempahan … I buat je.

BTW, nak tengok orang yang betul-betul buat kerja last minute?

Ha tengok ni sikecik ni, Dah nak sampai ke sekolah, baru teringat yang homework dia belum siap. Dalam stroller tu jugak dia tulis sambil mama dia tolak jalan ke sekolah…Haaa tau takut… tapi good job for him sebab dia tau tanggungjawab dia. Semalam dia tak nak buat sebab dengan harapan,kalau dia tak buat homework dia tak payah pergi sekolah..

image

silang panggung budak nih.. dah lima tahu stroller dia. MAsih nak duduk stroller

image

mama… P Q R lagi :( tak suka dia tulis banyak…

 

Papa Rayyan nak sembahyang

Kejap je masa kan… hari ni dah hari rabu dah. So sekarang ni bebudak semua dah gi sekolah, mula lah rasa boring yang amat. Boring sampai makan pun rasa macam malas. Takde idea lagi nak makan apa. Rutin macam biasalah…bangun pagi, settle kan bebudak, breakfast tak payah buat sbb dorang tak nak makan, Lagipun kat ekolah memang ada disediakan sarapan, kalau makan pun, just makan roti. Rayyan plak, yadi dia bawak sebalang kuihkapit, dia makan licin sambil-sambil dok dalam stroller nak ke sekolah. Yeee pergi sekolah naik stroller…sbb dia kata penat nak jalan.Rayyan sekarang dah mula nak solat. Dia sendiri yang mintak,

“Papa Rayyan nak sembahyang…”

So bila kiterang solat jemaah dia pun akan join. Takpelah solat ngan seluar pendek pakai kopiah.Tapi hati kena kuat lah sbb masa tengah solat, dia akan jenguk muka papa dia yang tengah baca alfatihah,,, kadang dia ikut, kadang dia cakap amiiiin… Kalau sujud, orang dah habis sujud, dia tak bangun-bangun lagi. Maklumlah dia bukan tau baca pun, just ikut fi’li je. Yang penting abang n kakak jangan gelakkan dia, sbb nanti dia tak nak solat plak.

image

semalam balik sekolah dia ajak makan ice cream….suka lah dia

Nowadays, kat rumah ni dah kurangkan penggunaan ipad. Hari sekolah, no ipad, no tv, walaupun kadang-kadang, pantang lepa…. so solution dia, kiterang beli board game. Ada dam haji, snake n laddder dan karom. Apa-apa pun kalau main Rayyan mesti menang… adeiiii..

image

Guna ipad banyak yang tak elok… dari elok… bebudak tak berfikir luar kotak… Ada nampak perubahan lah sikit sejak tak main ipad ni…Insya Allah kena istiqomah lah…Ashraff boleh nampak peningkatan dia dalam math… Afriena pun sama cuma, dorang ni kena work hard dengan bahasa melayu.

Upgrading: Black Belt

Alhamdulillah…. tercapai jugak hasrat di hati nak dapat black belt. Seminggu dok pikir, boleh ke I buat nih? Nak sparring ngan set set fighter UiTM plak tu… hahah anw, I dulu pun selalu wakil ITM masuk sparring. Mesti masuk final round lah…hehehehe

Seminggu  jugak lah, I duduk praktis buat pattern sengsorang kat rumah ni. Tengok youtube, tengok website orang jepun, mat salleh, belajar macam mana nak buat itu ini.. tak paham tanya husband. Yeee husband saya ni instructor, tapi kalau time ajar bini dia, dia ajar macam ajar math je.. ok buat macam ni kaki gini-gini… lompat gitu-gitu tadaaa betul lah tu… .. Kalau kat Dojang boleh tanya Instructor and seniors

Tu belum lagi bab self defense. Dia cakap..jangan ikut buku…tengok keadaan. Jangan buat benda tak logik…. pulok dohh.. So Self defense dia banyak tunjuk macam mana nak buat. Sambil-sambil tengok tv..Sebab, bab ni kalau tengok youtube lagi haru kepala batu jemala patik. Very confusing.Patik kena ..eh I kena perhati betul-betul… kena paham konsep dia. Lagi sekali macam dia ajar formula math… Kena praktis lebih..Tengok apa yang instructor ajar, lepas tu paham konsep , lepas tu tengok keadaan… Baikkk tuan…

Itu belum masuk Knife Technique… naik terpeleot tangan.ohhh main kasar ye… tunggulah …Teknik pisau pun best..itu pun katanya, ikut keadaan… heheheh bab ni, kalau orang ajar pun, kena paham konsep je lah.. sebab setiap orang ada cara dia tersendiri.

 

terbaikkk ah... bini grading laki tido... so takdelah gambar masa pattern

terbaikkk ah… bini grading laki tido… so takdelah gambar masa pattern.. Tengok Ashraff..dia mmg sentiasa kagum ngan mama dia…

Power Breaking… Alhamdulillah boleh buat. 3 pecah 2 tak. 2 yang terakhir tu, tak pecah dah…sbb kaki sakit dan teknik pun tak betul… It’s ok ..will do better for next grading.Elbow-pecah, side kick-pecah, turning kick – pecah , jumping front kick (tak pecah – yang ni memang tak boleh buat, takut spine terganggu tido dia), back kick (kalau buat dengan teknik yang betul dah boleh pecah, frust ni)

Apa-apa pun ujian semalam berjalan lancar, walaupun ada sekali dua I buat lawak. Masa sparring dengan dua orang, I boleh cakap sabar..sabar… hahahaha…ingat nak cakap “kita bawak bincang” hehehehe…Semalam rasa macam kurang tenaga sikit, sebab tak makan pagi tu. Malam tu pun makan sikit je, dalam 3 sudu nasi goreng. Pagi tak makan sebab takut muntah… I memang gitu, masuk lah sport apa pun pagi sebelum event takleh makan sbb boleh muntah… itu perangai dari kecik

makan

lepas grading pi Giant sat, cari keter punya shade pe benda tah nama dia, pastu singga makan kat food court.. berzaman tak makan kat food court

Actually, masa grading paling takut ialah pattern, takut lupa sebenarnya… tak tahu I ni, kalau datang momen yang gabra, terus eh eh eh lupa camna..tapi semalam tak lupa cuma kaki ada gigil sikit lah…ehehehhe

Alhamdulillah semua selesai..bleh pakai baju baru. Dan untuk ini, kena lebih rajin belajar, Target next year untuk 2nd Dan. Semoga diberikan rezeki dan dipermudahkan ..Dan semoga sentiasa istiqomah dengan  niat di hati. Finally..tq to all my instructors and seniors, sparring partners,husband for the support and techniques and kiddos for their support, interest and etc etc

ok sesapa nak join kelas, meh lah lai lai lai… ibu-ibu sekalian you can do it too

Program – Upgrading Test 12.4.2015
Hosted by Synergy TKD Club
20 Participants from UiTM and STC
Examined by Master Eizam Arbak, MGTF Sgor & STC President