Mesti dalam kalangan kita ni suka sangat buat kerja last minute. I memang tak suka last minute. Dulu masa kerja report dengan japanese lain cara dia, dgn malaysia lain and dengan european lain. Kalau japanese (ni boss aku lah… boss kau aku tak tau), kaalau dia cakap within 3 days, memang on the dot tu dia nak. No earlier no later and make sure kerja yang kita submit takde salah sikit pun, even a dot. Dok ghaso strehh dok nga oghe gini… mau stress tak leh ada mistake sbb dia perfectionist. Tapi ok lah sbb bila kita practising perfectionist, kita yang untung. Pastu bila time dia buat mistake, memang laju-laju I cakap ada salah… hahahah amik kau… dia pun oh sorry..yatie san.. I’ll make new one.. besar kecik besar kecik. Kalau european boss, kalau tanya soalan by email, mungkin esok dia balas. Kalau mintak report kita bagi report esok lusa baru dia feedback. Kalau email kat dia…after 5 mmg dia takkan balas.. tu belum kerja kat opis sana, hari jumaat esp..pukul 3 semua dah hilang. Kalau boss malaysia… report nak hari jumaat, hari khamis I dah kasi..sebab apa… suka tukar idea. jadi ada room for correction. Bila dah bekerja (dulu-dulu lah) reporting to 3 different person with 3 different working culture and same time, lama-lama jiwa kacau tapi leant lot of things lah. eh eh.. pernah report kat US boss .. dia asal kerja settle, dia sanggup bayar berapa… I like.. Takde birokrasi, tak puas hati ngan our superior, go directly to CEO…
Awat dok citer pasal kerja ni… huhu dah 6 tahun jadi housewife, tetiba semalam mimpi kerja kat office balik. Entahlah nak kerja balik ke tak… Kalau kerja tak sampai hati nanti balik kerja muka penat, biarkan anak-anak buat homework sendiri, spend wholeday ngan cikgu-cikgu. Tunggulah dorang besar-besar dulu. I kalau boleh nak kerja sendiri. Kuli sendiri boss sendiri supplier sendiri hahahaha banyak lah angan -angan…
Ni tengah cari idea business apa nak buat. Macam nak bisnes makan-makan lagi cuma, nak cari yang affordable untuk customer. Lasagna, harga dia sangat mahal so tak boleh buat bisnes tu tapi kalau ada yang minta tempahan … I buat je.
BTW, nak tengok orang yang betul-betul buat kerja last minute?
Ha tengok ni sikecik ni, Dah nak sampai ke sekolah, baru teringat yang homework dia belum siap. Dalam stroller tu jugak dia tulis sambil mama dia tolak jalan ke sekolah…Haaa tau takut… tapi good job for him sebab dia tau tanggungjawab dia. Semalam dia tak nak buat sebab dengan harapan,kalau dia tak buat homework dia tak payah pergi sekolah..