Category Archives: SawaBlog

Busy bila cuti

Hai… macam nilah I.. kalau hari cuti jer busy. Busy nak tengokkan 3 orang budak. Busy nak pekik sebab 2 orang budak selalu bising. Bila bising baby pun tak nak tidur sebab dia pun nak join main sekali.

Hari ni Rayyan start makan solid food. Since berat dia pun dah 8kg , dah double weight and susah sangat nak tidur asyik bergayut je.. so I suap dia makan. Before this dah test , since nampak dia ok jer….so suap jelah. Rupanya memang dia lapar. Satu sudu kecik of the cereal habis dia telan. Siap nak pegang sudu and mangkuk sendiri.

Kesian dia, makan pun duduk atas kerusi kecik lagi, no highchair. Belum beli. Plan nak beli lepas raya. Time puasa ni I malas nak bersesak beli barang. Highchair yang lama dah kasi worang. So kena beli yang baru. Nanti ingat nak masak porridge untuk Rayyan la. Nampaknye kena searhlah apa makan yang dia boleh makan for his age.Patutlah dia minum susu 1 jam tidur 20 minit rupanya dia lapar. Lepas makan siap gelakgelak lagi.

Kalau ikutkan sejarah abang and kakak dia, semua start makan umur 5 bulan….Oklah tu. Rayyan pun dah sibuk nak angkat buntut, angkat dada.. dah lah badan dia besar. Paling best kalau nak tidur mesti dia nak peluk mama dia. Suka sangat tengok cara dia peluk mama dia.MAcam tak nak lepas je

Satay Kambing untuk 15 Ramadhan

Semalam tak masak macam biasa. Yelah hari-hari masak kepala pun pusing dok pikir nak masak apa. Yang pening Kheirul sebab mesti tanya, Malam ni nak makan apa? So malas nak pikir, Kiterang makan Satay. Bukan Satay kajang tau, ni satay yang beli kat rumah jer. Satay dia sedap. Makcik yang jual satay ni cuma jual satay ayam dan satay kambing. Satay kambing dia memang terbaik sebab takde bau kambing. Memang jenis kambing mandi pagi kot. Semalam beli 40 cucuk nasib baik habis. Sebab bebudak suka sangat dengan satay. Afriena lagilah, suka nasi impit. Afriena ni pelik tau, suka makan benda tawar-tawar je. Nasi kosong, roti kosong sayur pun sayur brokoli yang rebus je.

yang masak semalam cuma kuih cek mek moleh. 2nd time buat perhh rasa nak meletup kepala sebab sedap sangat. Texture dia yang lembut. I pakai keledek kaler oren. Hari tuh buat keledek kaler purple tapi ada keras sikit. Yang bentuk donut tu untuk kanak-kanak sebab dorang suka makan yang tawar.

Nanti I letak resepi kuih tu yer.

Update citer anak-anak

Saja jer nak larik dari cerita psal makanan. Nampak sangat I takde aktiviti lainkan. Now baru ada masa nak cite pasal anak-anak.Alamak Rayyan bangun pulak baru tidur :(. Biarkan dia dalam kot tunggu dia nangis tak.

Ashraff
Masih manja lagi tapi dah pandai malu. Kalau keluar pergi memana masa bulan puasa and dia tak puasa tapi nak makan, dia mesti makan sorok-sorok. Hari tuh kat Tesco, Belikan kek tuk dorang and Afriena yang sentiasa tak tahan lapar makan la dulu, so Ashraff tengok dia pun nak. Tau tak macam mana dia makan? Dia masukkan kek cecepat dalam mulut, tutup mulut dengan tangan tutup mata and kunyah. Pastu cakap, mama Ashraff puasa today. hahahaha. Kat sekolah pun dia puasa balik bukak puasa. So far memang manjang half day. Takpelah slowly.

Afriena
Ha yang ni lagi manja. Sikit-sikit nangis. Hilang barang nangis. Geram tau kekadang. Kalau mandi 10 jam. Nasib baik takde bathtub macam rumah lama dulu. Pilih baju 5 jam.Kalau main dengan Rayyan, Rayyan tarik rambut pun nangis. Baru lepas 20 minutes makan dah lapar. Paling kelakar kalau ngantuk dia cakap ” Mama I’m so sleepy and my eyes small” hahah maksudnya mata takleh nak bukak. Rajin buat homework tapi handwriting dia, kalah cakar rimau. Tak lawa langsung.

Rayyan
Sikecik ni very suka bermain. Suka tarik rambut kakak dia. SUka di agah oleh abang dia. Paling best suka main air. Kalau pergi swimming pool, melompat lompat nak masuk dalam air. LEtak jer dalam air, kaki dah tolak-tolak air. Kalau time mandi plak suka sangat na meniarap konon dia swimming. Semalam ingat nak snap gambar tapi susah le. Dia meniarap dalam tub and kaki macam nak berenang gitu. Dah boleh angkat dada and bontot esp kalau nampak I lalu depan dia. Dia nak ikut. So bersungguh dia nak datang tapi yang kelakr dia reverse plak. Selalu je jumpa dia tepi sofa or bawah meja TV. So far toys baru 3,sepatutnya 4 tapi hilang. Rugi beli toys mahal. Now beli je yang murah, ada yang gigit-gigit, rattle and buku. Tapi dia still suka nak main dgn remote control.

Sekian lah citer pasal-pasal anak-anak… Looking forward for hari Raya. Baju raya tak beli lagi. Nantilah last minute. But as usual everytime raya kiterang selalu bersederhana. Takde membazir.

Note: Tak sabar nak bercuti-cutian