Category Archives: SawaBlog

Update From Bangkok – Day 1

Assalamualaikum,

Tersengeh lebar muka Afriena & Ashraff hari ni, maklumlah… no.1 diaorang ponteng sekolah secara rasmi selama seminggu dan no.2 diorang dapat pi nai kapal terbang melancong ke Bangkok… Alhamdulillah… rezeki tahun ni dapat juga kami sekeluarga melancong ke Bangkok walaupon dah tersilap pilih tarikh selepas cuti sekolah…

Perjalanan bermula dalam jam 11 pagi tadi, kami amik teksi dari rumah dan terus ke LCCT.. sampai jer kat LCCT… isi perut dulu kat for light lunch dan terus checked in… Punye ler ramai orang sana…  sesak sangat ditambah pula dengan cuaca yang panas sampai econd kat LCCT tu dah tak sejuk… berpeluh gaks ketiak ni masa tu…

anyway.. masa menunggu tu dipenuhi dengan aksi berebut Ipad dan melayan kerenah bebudak..

Flight 2 jam dan dalam jam 5 petang waktu Siam kami pon mendarat di Bangkok International Airport. Urusan kastam dan imgresen siam tiada masalah langsung.. Satu pujian kat Bangkok Airport ni, ada lane untuk famili dengan anak kecil.. so dapat special priority dan sangat cepat… tak sampai 5 minit urusan siap.

Selepas amik baggage terus ke counter taxi.. kat airport ni kita boleh buat pilihan… nak naik teksi, bas or train.. kalu nak naik taxi plak ada dua jenis.. nak naik biasa punye or limo service… biasa punye harga ikut meter dan tak masuk duit toll (kene sediakan) dan kalau naik taxi limo dalam RM100 (B1000) include in toll charges..   Mengikut cakap budak siam tadi.. kalau naik taxi biasa dalam B700…

Jalan kat Siam ni memang superb… nak cari lubang atas jalan tak jumpa beb….kami teruja tadi semasa perjalanan dari airport ke hotel… ternampak satu masjid yang tersegam indah… so takde masalah kat Bangkok ni nak cari masjid.. memang senang sangat.. Dalam perjalanan tu, berborak ngan driver taxi tu.. dia cakap sekarang ni tengah dok hangat berkempen pilihanraya umum kat Siam… then plak yang bestnya… sekarang nih kat Bangkok ni musim Mid Year Sale!!!….. so sendiri mau ingat ler….

Kami menetap kat Novotel Siam Square, memang betul cakap driver taxi… hotel yang paling sesuai untuk menginap sebab semuanya dekat.. Disekeliling hotel Novotel nih dipenuhi dengan shopping malls seperti Siam Paragon, MBK plaza.. dan macam macam lagi.. nak sebut kang panjang berjela plak….semuanya walking distance aja… pas tu dekat ngan MRT station plak tu….

Bukan setakat tu aja… hotel ni ada bagi highspeed broadband wifi FREE….. tu pasal laju jer update blog hari ni….

Sampai hotel jer… perut plak rase lapar.. so time for dinner…. kita orang pi MBK Plaza for dinner…. First restaurant yang kita orang serang adalah YANA Restaurant….

Makanan kat sini memang sedap… nanti Yatie akan cerita dengan very detail pasal makan kat sini… layanan memang superb.. pekerja memang peramah dan fasih berbahasa melayu…. Harga pon berpatutan…. tapi yang paling penting adalah… SUPER DUPER SEDAP!!!!!!! sampai yatie siap cakap jangan upload or cerita lagi pasal makan kat sini.. nanti dia buat special entry pasal makan kat restoran ni….

Lepas makan.. hehehe…. Yatie cakap takbleh write posting lagi pasal ni.. just nak teaser skit skit jer.. Tengok tu.. ORIGINAL Oshkosh tau.. bukan ciplak punye.. confirm….. harga B99…. RM9.90 aja…. MURAH GILER…

Hah.. satu lagi.. kasi bikin PANAS kat saper yang tengok…….. tanya gaks mat siam kenapa boleh murah.. dia cakap sebab dah outdated punye design.. kat siam ni.. diorang very particular… design lama kasi lelong aja…… Takper.. wait for the entry.. nanti Yatie marah plak saya cerita lebey lebey nih… tunggu yer..

Then.. lepas kat MBK plaza ni.. kita orang balik hotel terus.. maklum ler.. esok pepagi lagi jam 9 ada city tour….. RM50 jer sewa sebuah van for city tour… dapat discount 50% sbb booking kat airport dan menginap kat hotel yang registered under Siam Tourism Board…

so cukup sekadar ini dulu untuk hari ni.. tunggu entry yang seterusya lagi… panas from Bangkok….. tunggu ye sambungannye nanti…

 

KOMEN DARI TOK NILA: Sawadikapppp khap khun khappp….

 

Makan dan makan lagi. @ Chili’s Bangsar

Ni Sabtu lepas punya story, baru dapar gambar. Masing-masing Sabtu bangun lambat (tidur balik selepas solat subuh), so perut lapar. Bila tanya nak makan apa, semua jawapan tak sehati sejiwa. Sorang nak makan pizza, sorang nak makan burger, sorang nak makan steak, sorang lagi tak tau nak makan apa. Actually I senang je, Kalau boleh I nak makan nasi dengan gulai kawah and ada budu. So, pikir punya pikir, Chilis la jawabnya. Terus shoot ke BSC. Dah lama tak ke sana. Dah banyak berubah. So sampai je kiterang order …

Ni Kheirul punya menu – LAMB SHOULDER*Grilled lamb shoulder with Chili’s special marinade. Served with mashed potatoes with black pepper gravy, seasonal veggies & garlic toast. Lamb dia sedap. juicy and tak liat.

Yang ni I punya – BIG MOUTH® BITES*Four savory mini beef burgers topped with beef bacon, cheese, sautéed onions and Ranch dressing on sesame seed buns. Served with crispy onion strings and jalapeño ranch dressing.

Ingatkan burger dia, kecik cute cute, rupanya besar gak. Kheirul yang kena tolong abiskan sebab I ada mash potato lagi share dengan Rayyan. Patties dia sedap cuma bab roti dia macam dry.

Mashed Potato yang disukai ramai. Semua makan sebab semua suka. Esp Rayyan and Ashraff

Ashraff all time favourite. Dia makan sorang habis. While Afriena,dia order macaroni n’ cheese. Sepinggan dia sorang makan n licin takde sebiji macaroni pun tinggal. Me and Kheirul minum Ice lemon Tea, Afriena Grape, Ashraff Apple juice. Semua free flow. And Rayyan minum air suam je… Lepas makan , kiterang tak order pun dessert sebab dah ada plan lain. Red Velvet cake beli kat kedai sebelah. Sedap giler RVC dia, lembut, moist and tak dry. Cream dia pun tak manis. Kids plak amik Creampuff. Lepas tu kiterang ke Maluri plak. :)