Category Archives: SawaBlog

Halal Food Hongdae: Suddenly Lamb Skewer

Part 3

Petang tu lepas nagung tidur, selesai solat semua, makan bersiap-siaplah kami nak pi makan. Lapar sangat dah ni.PIlihan terdekat adalah makan lamb skewer , Dekat je dari tempat penginapan lami. Jalan kaki je.Keluar dari penginapan, bar terasa sejuk sangat. Suhu hari tu dalam -3°C. Haa.. budak-budak yang nak sangat sejuk kan… hahaha..berasap-asap mulut. Nasib baik tempat makan dekat je.

susasan akat Hongdae ni happening.ramai orang muda. ni dalam pukul 4 kot.

Masuk je restauran, terus dpat meja. Takde kena menunggu. dalam tu nampak 2 ‘3 meja muslim, ,berkemungkinan dari Malaysia dan Singapore’ Brunei. Insya Allah tempat ni halal, memang ada tanda halal.

susansa dia tenang dan lapar. ..tunggu nak menu

Menu juseyo… cakap macam tu..Nanti dia datang asi menu, bawak air,pinggan mangkuk, side dish. haa gitu.. Ni pertama kali ni kami datang Korea, so ni first dine-in.

kami dapat dua meja. So order benda yang sama. combo skewer, dan premium platter. .. untuk set macam ni kami order dua.
marilah kita membakar…

bila dah sibuk membakar, dah takde dah masa nak snap snap gambar. So apa rasa dia…

Budak ni, nampak je cekeding. tapi makan banyak. fanatic ngan Korean.

Rasa dia nak nangis. sedap sangat. bila gigit lamb skewer dia tu, macam tersembur jus jus daging dan lemak, makan plak dengan seasoning dia, dengan pickles dia.

NI side dish dia nampak humble je, tapi bila digabungkan dengan daging yang dah dibakar , kena pulak dengan serbuk kuning tu… memang terangkat. Sedap.

Oh ye, kami juga order rice ball. Rice ball tu buat sendiri. Kami bertujuh memang banyak lah makan. Dari hari cerah samap dah gelap. Sebab kat sana siang pendek, memandang musim sejuk menjengah alam.

Dah kenyang dah… Geng tutup hidung ni sebab tak tahan sejuk. Alhamdulillah bila tutup hidung tu, kurang lah risiko hidung berdarah, kalau berdasarkan pengalaman travel e tempat sejuk.

Alhamdulillah dah kenyang dah semua… marilah kita tunggu suami bayar dulu. Total makan , tak payah cerita lah…terover bajet tapi insya allah puas hati. Rasa nak datang lagi.

maih lagi didepan kedai. yang dalam stroller tu tengah praktis keluarkan asap dari mulut.

Dah habis makan kami ambik masa jalan-jalan area Hongdae. Nampak happening dengan hiasan, mungkin nak sambur Krismas. Ada jugak street food but mostly not halal. Tapi layan je lah pemandangan ditempat orang.

suasana malam yang best. sejuk, warna-warni.. nak pulak kami jarang keluar malam.
gambar lagi

Actually, kami ambik lagi satu malam untu explore Hongdae. Kira malam last lah kami.. tapi keluar berenam je, sebab Rayyan dah penat, dia nak lepak bilik je.

dari KLIA lagi, dia dah.. I want Tanghulu…

Suka lah dapat tanghulu. Rasanya harga dalam KRW4000. Aku tak paham kenapa budak ni suka buah celup dalam gula ni..manis gila.. dah jumpa Tanghulu maka kita balik lah..sebab dah puas (sebenarnya penat) sebab dah pusing separuh dah. sepanjang pusing-pusing tu, banyak tempat jual tanghulu, kek ikan, , baju-baju murah dalam KRW15000 je. Winter jacket pun ada masih kategori murah. Tah lah murah bagi saya mungkin mahal bagi awak hehehe..

Balik blik pastu turun balik berdua ngan Kheirul sebab nak pergi groceries, Nak beli telur untuk buat bekal sandwich esok.

kata nak beli telur tapi macam-macam beli. tetiba beli strawberry sebab murah. KRW12800 sekotak. Boleh dikatakan selang sehari datang beli barang sebab dia murah. Straverry pun boleh turun harga.

Cuti-cuti ke Seoul : Tempat penginapan di Hongdae

Part 2, Dah baca part 1?

So kami naim All Stop Train sebab our stop is Hongik Univ. Station. Senang tak payah turun-turun dah. Luggage banyal. Jangan risau , nak naik train senang je. Kami yang bukan selalu naik public transport pun faham, Cuma budak kecik dua orang tu lah tanya, kenapa tak naik kereta. Dorang tak pernah merasa naik train kot.

tengok dia punya stop tu. tak lama pun dalam sejam kot. layan je lah view kat tingkap atau tidur. tapi jaga barang tau

kami sampai awal, check in sepatutnya pukul 1300, tapi tuan rumah sangat baik hati. Dia bagi kami check in awal,

keluar train… nampak Roti Boy… Malaysia mari… bau sedap je..

1130 dah bagi masuk. tempat penginapan kami ni, kami booking direct dengan owner yang direkomenkan oleh my kakak ipar.

tempat penginapan. Dekat je dengan bustop, train, kedai, Daiso, groceries.. semua lah

Kami booking untuk 7 orang selam 6 malam. Total hangus, KRW1020000. convertlah sendiri mengikut tukaran semasa, Satu unit, takde bilik ada katil cukup untuk 7 orang, lengkap dengan washing machine and dryer, dapur lengkap semua, toilet, meja makan dan TV.Sampai tu,

Tempat tidur selama 6 malam

dah siap check in, kami makan dulu. makan maggi cup dulu, lepas tidur. hehehehe, tidur lah sejam dua, lepas tu keluar cari makan untuk dinner.

Kedai pun dekat. boleh lah nak beli telur, sayur and buah. Yang lain tak halal.. Banana Uyu segala jenis uyu pun mutah KRW dari tempat lain

Nect post pasal dinner plak..tempat makan yang best

Cuti-cuti ke Seoul , Korea

Part 1

17 dec, 2024, kami bertujuh satu family pergi bercuti ke Seoul , Korea. Kami beli tiket masa bulan puasa, setelah terpengaruh dengan cerita percutian kakak2 ipar. hehehe.. esok pagi tu masuk Traveloka, survey ticket. Sekali tengok ada tiket murah, Naik Vietname Airlines. Total harga tiket pergi balik untuk 7 orang adalah RM8803.12. Ini dah kira murah giler. Apa lagi terus beli.

RM8803.12 termasuk check-in baggage 23kg setiap orang, makan on board, inflight entertainment. murahlah kan..apa lagi kita mau.

Transit di Ho Chi Minh masa pergi dan balik. tak lama sekejap. Sempat lah masa transit, nak pergi toilet, solat and rest.

Makan dulu sebelum ke airport. sarapan sebelum naik MRT. TRX-Putrajaya Sentral-KL

Melayan dorang dua ni yang excited

Makan dalam flight. ada dua kali makan. OK lah..boleh makan kenyang..

Alhamdulillah dah sampai. Tunggu nak ISI arrival card budak 3 orang

18 Dec 2024 ,Dah sampai, settle kat imegresen, masa untuk mencari Tmoney dan beli data untuk internet.Tmoney boleh dibeli kat CU mart kat airport dan data boleh dibeli kat depan Cumart je. BEli data dulu sebab akan dapat Tmoney free, satu. Lepas tu baru beli Tmoney card. Harga dia dalam KRW4000/unit pastu reloadlah duit kat situ, ada mesin tak pun kat kaunter. kami masukkan KRW50000 setiap kad. Cuma yang berumur 7 tahun ke atas yang kena ada Tmoney, 17 tahun kebawah dikira minor, jadi boleh register dorang asminor kat kaunter, nanti masa naik train atau bas , dia caj murah sikit

dah settle dah ni… rwngah melilau mencari train station. Rpanya kena turun bawah. je. tanya je kaunter. very helpful… lagi senang cakap Korea. sedikit sebanyak taulah berbahasa korea, sebab dok tengok Kdrama

Dah settle bab Tmoney and data, maka marilah kita ke bandar Seoul.

Dah beli Tmoney. beli 5, satu free

Ada banyak cara untuk sana., Teksi, bas, Arex atau All stop train..

Turun bawah untuk naik train

Kami pilih All Stop Train, sbb murah dan tak payah turun tukar train kat Seoul Station. Kalau naik Arex, kena turun kat Seoul Station untuk ke tempat pengnapan, iaitu di Honguk Univ. Station.

Next post, kita cerita pasal tempat oengipan pulak ye.