Category Archives: SawaBlog

Sup tulang merah, lamb shank plak

Tak habis lagi penangan sup tulang merah. kali ni buat lagi.Pakai lamb shank. Lamb shank ni beli kat tesco yang beku je. Beli 3 ketul masak 2 ketul seketul lagi boleh masak lain plak. Daging lamb shank ni tak liat, tender kena plak dengan kuah sup ni sedap. Hari tu I tak letak resepi kan, now I letak.

INGREDIENT

  • 2 ketul lamb shank – rebus dengan air , serai dan halia sampai empuk
  • air rebusan tulang
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 senduk bawang merah yang dah di kisar
  • 1 sudu bawang putih yang dah di kisar
  • 1 sudu halia yang dah dikisar
  • 1 senduk tomato puri
  • 1 mangkuk tomato sos
  • 1 mangkuk cili sos
  • 2 sudu kicap
  • 1 sudu rempah bonestick – ni kena cari kat  Singapore
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 senduk bawang goreng
METHOD
  • Tumis bawang, halia dan cili sampai naik bau
  • masukkan tomato puri, kacau
  • masukkan air rebusan tulang, kacau
  • bila dah mendidih masukkan tomato sos, cili sos dan kicap, rempah
  • kacau hingga rata dan masukkan tulang dikuti bawang goreng
  • Rasakan garam dan gula
  • sedia untuk dihidangkan (tabur dengan daun kubis)
Bolehlah you all try. For me memang sedap. ada rasa masam tomato, manis kicap. Now rasa macam tak yah pergi jauh-jauh masak sendiri je. hehehe boleh bukak restoran dah ni (mode:berangan).

 

Chicken soup with milk and cheese – Dosanko Style

Hi semua…apa khabar hari ni? Last week,pagi-pagi takde menda nak buat, I bukak channel 703 tengok Dosanko Cooking.Suka cara masakan jepun yang simple nih. So sekali hari tuh Ashraff pun join sama. tiba-tiba dia

Ashraff : mama, can you cook this for lunch?

Mama: boleh.. but we don’t have carrot and potato and milk (saja goreng dia )

Ashraff : It’s ok , let’s go shopping

Nak tak nak kena gak pi beli sebab potato tak cukup , susu pun sikit. So sampai kedai, semua barang dia remind nak beli. jangan memain dgn dia dia hafal resepi. So balik rumah potong ayam and masak.it just took 20 minutes to cook this. Rasa dia very light dan sedikit lemak. Tapikan kalau ikut tekak I, I suka lagi kalau letak sedikit cream. So next time harus letak. Resepi sebenar, dia potong sayur besar tapi I buat small dice sebab this is for my kids. Memang bagus buat sup macam ni especially for kids yang tak suka sayur and hidangan ni cukup lengkap. ada sayur, kanji , kalsium and protein.

Resepi dia seperti dibawah

hidangan untuk 3 budak makan

INGREDIENT

  • 1 big potato (white potato or russet) – dadu
  • 1/2 carrot – dadu
  • 1/2 biji bawang kuning -dadu
  • 1 mangkuk kecil isi ayam – dadu
  • 1/2 capsicum – dadu
  • 1 sudu mentega
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan air panas
  • 1 mangkuk keju parut (gaul dengan sedikit tepung gandum)
  • garam dan lada hitam
  • secubit herba thyme, daun bay dan oregano (ni saja tambah )
METHOD
  • panaskan mentega dan masukkan ayam
  • kacau hingga ayam masak dan masukkan kentang, carrot dan bawang
  • kacau hingga nampak layu
  • tambahkan air panas dan herba
  • masak hingga sayur empuk
  • Bila sayur empuk, masukkan susu
  • rasakan garam dan lada hitam
  • renihkan susu tapi jangan mendidih dan masukkan campuran keju + tepung dan  capsicum
  • kacau dan bila nampak pekat tutup api
  • sedia dihidangkan

 

Note : Dosanko maknanya orang yang dilahirkan di hokkaido. MEnu ini adalah cadangan yang bagus untuk kanak-kanak. kot kot kalau takde idea nak masak intuk anak-anak, boleh try sup ni

ALVIN & THE CHIPMUNKS CHIP-WRECKED CHRISTMAS

Salam semua,

Satu hari kami kat e@Curve semalam pasal pi tengok Alvin & The Chipmunks Chip-Wrecked Chrismas show sempana dengan tanyangan citer Alvin & The Chipmunks Chip-Wrecked Chrismas pada 15 Disember nanti.

Ashraff memang seronok sangat nak jumpa Alvin sebab dia memang suka giler tengok citer Alvin & The Chipmunks nih.. Percaya ke tak, Ashraff memang boleh hafal scripts kedua-dua filem tu.. tak tipu punye….

Tepat jam 2pm, show bermula dan dihostkan oleh Abang Alam (Juara So You Think You Can Dance tu)… pastu siap ler dia ajak semua bebudak dan bapak-bapak ngan mak-mak budak semua masuk kelas menari…

Lepas tu.. saat yang paling ditunggu-tunggu dah tiba. Alvin, Simon & Theodore pula buat show… hebat sunggu diorang menari sampai siap buat Shuffle lagi… riuh-rendah penonton yang hadir semua…

Tengok lah sendiri camne Alvin, Simon & Theodore shuffle.. gerek tak???

 Dalam pada dok seronok tengok Alvin & The Chipmunks tu berjoget, perasan plak ada beberapa blogger femes dok sebelah menyebelah.. tengok tu HazmanFadzil.com pon ader sekali..

Lepas tu plak, dalam jam 3:30ptg semalam tu.. ada plak magic show yang dibawa oleh Mr.Yoyo… Yang paling seronok adalah semestinyalah budak-budak.. bukan tu aja.. bapak budak ngan mak budak pon jadi budak-budak gaks dek gelagat Mr.Yoyo nih…

Kepada sesiapa yang tak berkesempatan semalam, jangan risau… tengok gambar kat atas nih… Alvin & The Chipmunk show nih akan diadakan setiap minggu sepanjang bulan Disember ini.. so jangan lepaskan peluang dan datanglah beramai-ramai ke e@Curve. Sebelah The Curve aja.. bukan susah pon nak pi sana kan….

Dan tidak lupa gaks.. jangan lupa saksikan tanyangan Alvin & The Chipmunks Chip-Wrecked Chrismas dipawagam berdekatan dengan anda mulai 15 Disember nanti ok……. pergi jangan tak pergi