Category Archives: SawaBlog

Ben’s General Food Store

Last weekend kan… kan kan…kita kan makan kan dekat kan Ben’s . Hehehe ngada je cakap camtu. Kan last birthday Ashraff and Afriena, so kiterang celebrate sekali je. Yours truly pun sama yo. Sebab triple celebration, so kita cari tempat mahal. hahaha. sian suami. sekali sekala kan sayang. Actually tak tahu nak makan kat mana. Ikutkan nafsu I, I nak makan nasi, gulai kawah and budu, tapi harus tanya birthday kids. Rayyan? Rayyan tak kisah janji ada makanan. So kiterang ke Bangsar Village. Rindu Bangsar village. Tempat lepak n membeli barang dapur masa dok kat Seputeh dulu. :) So kiterang check the signboard, cari food n restaurant. Tengok ada BEn’s and tak pernah try… so apa kata kita kesini?

Sampai je… masuk terus order almaklum udah kelaparan.  Tengok apa yang kita order

This is Roasted Cod Fish with pineapple. Salad ni actually datang sekali dengan Mushroom lasagna Ashraff. Sedap sangat. Rasa fusion plak. cod fish ada nenas, tomato and cucumber, pastu ada hint of coriender leaf and yang sos putih tu is coconut cream. Meang refreshing.And amazingly, budak-budak suka especially Rayyan. Disebabkan salad kita boleh pilih so I chose yang paling mahal. muah muah muah… harga dia RM13.90. Kita share ramai-ramai sementara tunggu our food sampai.

This is mine… nama dia Loin Lamb. Dia serve dengan mashed potato and salad yang semua orang dok diggin’ my mashed potato. sedap. I rasa macam dia letak sikit thymes dalam mashed potato. Salad? sedap. penuh mangkuk and I finished all. The loin lamb…tell ya… gila sedap. Masa dia bawak I tengok..alahai sikitnya…but memang cukup untuk perut ku and share with others. Apa yang boleh saya cakap… lamb ni, sedap, tender and juicy. Masa potong and your first bite dapat rasa juice dia tersembur dalam mulut.Memang sedap and next time kalau nak pergi lagi, I nak order 300g. Yang ni 200g. 100g dia charged RM18. Incase sapa-sapa nak pi… I recommend this.

Yang ni Kheirul punya. BBQ Ribs. I think harga dia RM60. Masa mula-mula sampai I tengok..alamak sikitnya.. cukup ke ni? Sebab I ingat ribs dia sekali ngan tulang macam kita makan kat tempat lain kan… but this one memang daging semata. Kheirul cakap, this is the best ribs I ever had, sebab BBQ sauce dia memang terbaik sedap, daging dia still juicy, tender and cukup rasa.Lagi best dari CHilis or Bubba Gump.Kena plak dgn Mashed potato and Coleslaw.

TEngoklah boleh siat macam tu je… Tengok benda ni..memang meleleh air liur. Serius sedap.

Yang ni Mushroom Lasagna, RM23.9. Ashraff punya. Dia nipantang kalau baca menu, takleh nampak lasagna..kalau ada mesti dia nak order. Cuma this time, dia kata nak makan mushroom lasagna. Told him, kalau amik yang ni takde meat tau. He said..I know. So Lasagna ni very rich with cheese and mushroom. I dapat rasa sikit. Walaupun dia rich and ungkin muak  tapi dia ada pesto untuk balancedkan. Sedap..rasa macam nak buat mushroom lasagna.

Yang ni plak… Mac n cheese  Afriena. Sama macam Ashraff takleh nampak Mac n Cheese dalam menu. Paling lambat sampai sebab dia kena bakar dulukan. Sedap, sangat rich memang cukup makan walaupun order side order size. RM10.90, sampaikan Afriena kena cover Mac n Cheese dia sebab Rayyan asyik mintak je. Kita tak order pun untuk Rayyan sebab memang dah tau perangai dia. Dia suka test semua makanan orang.Jadinya dialah yang paling banyak makan. Lepas makan tu.. memang kena pergi supermarket beli Macaroni n Cheese untuk masak for dinner.

Inilah hasilnya.. kalau bawak makan kat restaurant macam ni, memang tak rugi. Overall..Memang best makan sini..semua makanan sedap and servis adalah terbaik.

Thank you Papa for the treat :) Semoga papa sentiasa dimurahkan rezeki ye ..

Ya Allah, Jauhkan Aku Dari Zina

Panas…Panas.Panas

Apa yang panas? tajuk posting nilah.

Actually I nak share, satu buku yang I sedang baca. Buku ni I beli kat Borders.Harga dia RM16. Masa tengok buku ni first time…pehhh tajuk. Ingatkan novel, beleknye belek…buku agama yang fokus pada akhlak.

I know, semua kawan-kawan kat sini pandang serius pasal kes buang bayi, rogol, sumbang mahram and tah apa-apa lagi… Pening kepala kita pikirkan semua ni lebih-lebih lagi kita yang ada anak yang makin membesar.

Salah satu sebab yang I beli buku ni, dia ada guide macam mana nak didik anak dengan cara yang betul dalam menangani isu isu seks. Semuanya bermula dari rumah seawal umur 0 tahun. Cara pergaulan, cara jaga mata dan banyak lagi. Isu pasal seks bebas kalangan remaja… ada yang cadangkan pendidikan seks, tapi sebenarnya, pendidikan seks sekular ni bukan membantu membanteraskan zina, ia cuma mengajar melakukan secara selamat, jadi buku ni bagus sebenarnya, sebab dia ada panduan mengenai pendidikan seks yang sepatutnya kita ajar kat anak-anak kita. Pendidikan seks yang sebenar bukan ajar cara pakai kondom and all that, Ia mengajar cara mendidik anak-anak untuk tidak masuk bilik ibubaba pada masa tertentu, tahu malu, pisahkan tempat tidur dan hormat privasi masing-masing. Baguskan? sesuai dgn agama kita yang bukan mengongkong tapi memberi panduan.

Pada yang ada anak-anak, saya syorkan beli buku ni. Bagus untuk pendidikan seks dirumah. Jaga dan didik anak bukan sahaja setakat beri makan, beli baju lawa,hantar pi sekolah ajar fardu ain, tapi juga membentuk akhlak mereka dengan baik. Bila baca buku ni..macam eh banyaknya aku buat silap dalam mendidik anak-anak!

I belum habis baca lagi ni..sebab asal baca je, Rayyan tarik buku nak baca sekali, asal baca je..tersengguk ngantuk..(heheheh itu sifat semulajadi saya kalau membaca). Insya’ Allah bila habis I share intipati dia ok?

Currently Read :Ya Allah, Jauhkan Aku Dari Zina

Happy 7th Birthday Afriena

Hari ni birthday Afrena plak.Dah 7 tahun dah siputeri yang manja mengada. sikit- sikit nangis. sikit sikit nangis. Sampai Ustazah Qiraati pun komplen. Ustazah marah orang lain dia yang tolong nangiskan. Haih pening kepala saya puan. Ustazah…. ustazah buat tak tahu jer. Dia memang manja. Mungkin sebab lama jadi anak bongsu kot.

Afriena ni, kalau datang dia malas macam macam alasanla dia bagi. Last Friday ada exam math. Dia suka math cuma dia cepat boring. Tanya dia how’s your math exam.

Sambil buat suara dah nak nangis…

” mama…. I don’t like exam, So many question to answer. My hand so sleepy.

Adehhh… pemalas kan

ni Afriena masa baru lahir. 7 years ago. Paling senang nak beranak sampai kena tahan-tahan dulu sbb kena doktor sampai. Doktor tak sempat pakai apron dia pun keluar.Patut keluar lagi 2 minggu tup tup 10 Ramadhan dia pun keluar. Pastu bermulalah kehidupan yang sangat tough.

Ni plak Afriena masa umur 2 bulan lebih. kena masuk hospital, sebab lung infection. Kecik-kecik dah kena Xray sebab paru-paru dia bengkak. Duduklah berhari kat situ, dengan berwayar bagai.Lepas tu umur 3 tahun lebih masuk hospital lagi sebab Athsma plak.

ANW, Happy birthday Afriena. Sempena birthday Afriena, nanti dia akan tidur bilik sendiri sorang sorang. No more room sharing with Ashraff sebab Rayyan akan join Ashraff.No more manja mengada.