Category Archives: My Notes

Unifi oh Unifi

Semenjak kami menggunakan Unifi pada bulan Februari 2011 lalu, pada mulanya kami sangat berpuas hati dengan kelajuan melayari internet. Memang laju sangat jika dibandingkan dengan Streamyx. Seronok bila dapat tengok Youtube tanpa lagging dan download movie dalam masa yang sangat singkat.

Sehingga hari ini, speed Unifi masih lagi laju tetapi apa yang membuat kami sedikit kecewa dengan Unifi adalah perkhidmatannya kerap kali terputus, tergendala, rosak dan sebagainya. Yang paling tak tahan adalah dalam dua minggu yang lepas, 5 kali perkhidmatan tergendala dan  setiap kali service down kami terpaksa hubungi Unifi Customer Service.  Sekali down, dalam 2-3 hari baru nak solve dan yang terakhir ini sudah hampir 2 minggu tetapi masih tidak solve lagi…

Agak malang kalau service down hujung minggu or hari Jumaat dimana kami menghubungi TM Custermer Service dan diorang cakap takda technician yang bekerja hujung minggu so kami terpaksa menunggu sampai hari Isnin plak.

Ni satu pengalaman kami minggu lepas.

Selasa – 29 Nov 2011

Telefon tak berfungsi, takleh call-in dan takleh call-out. Call Unifi CS(customer service), dan CS arrange technician datang. Pada masa nih internet dan IPTV masih lagi berfungsi cuma telefon aja yang tak berfungsi.

Jumaat – 2 Dec 2011 – 12:30pm

Pada jam 12:30pm, technician datang rumah untuk check… check punye check takda apa yang rosak cuma mengikut cakap dia card dalam MDF rosak dan kene reboot balik… ok lah tu.. Masalah selesai.

Jumaat – 2 Dec 2011 – 10:30pm

Pada hari yang sama pada jam 10:30 malam…. Semua service Unifi takda langsung dimana phone, IPTV dan internet semua down… Call Unifi CS lagi… seperti biasa la.. dia suruh OFF dan ON kan setup box dan wifi router.. tapi service masih lagi down… then CS cakap ada upgrade kat kawasan saya dan service should be restored on the next morning @ 8am…

Sabtu – 3 Dec 2011

Pagi Sabtu (3 Dis) keesokkannya, dalam kul 10am tak restored gaks.. tunggu sampai petang pon tak retored gaks.. call balik CS… dia cakap dia akan fwdkan masalah ke network team…. Malam Sabtu pon masih takde apa-apa news dan semua service masih lagi down…

Ahad – 4 Dec 2011

Call lagi CS… dia cakap takde technician plak untuk datang check.. so kene tunggu Isnin…. HAMPEEEEEEHHHHH!!!!!!!!!!!! So, kat sini baru faham kalau ada masalah Unifi ujung minggu sekian maklum la kene tunggu sampai hari Isnin

Isnin – 5 Dec 2011

Pagi-pagi lagi dah call CS. dia cakap tecnician is on the way… by 2pm diorang cakap should be an update.. tapi HAMPEH takde… ada la 5 or 6 kali call CS rasernya tapi semua jawapan sama… biasalah jawapan diorang kene forwardkan masalah ke bahagian network untuk solvekan…. Dalam kul 5pm baru service restored.

Selasa – 6 Dec 2011

Telefon plak bagi problem balik.. takleh call-in n call-out balik…… call CS.. Service restored selepas reboot devices. Dalam hati terdetik macam nak kena balik jer nih

Rabu – 7 Dec 2011

Hari Rabu (semalam) dalam sebelah malam…. problem balik ngan telefon.. masalah sama… takleh call-in n call-out… kali nih dah reboot semua devices pon down gaks… call CS…. dia cakap they will attend this problem on the next day…

Khamis – 8 Dec 2011

HARI INI KHAMIS (8 Dis)….. PAGI 8 am.. SEMUA SERVICE UNIFI DOWN BALIK UNTUK KALI YANG TAH KEBERAPA TAH DAH TAK BOLEH KIRA LAGI…. CALL UNIFI CUSTOMER SERVICE….. PON SAMA JUST BAGI ALASAN YANG SAMA DAN SAMPAI SEKARANG NIH PON SERVICE MASIH LAGI TAK RESTORE…

Kepada Telekom Malaysia…. TOLONGLAH PELANGGAN macam kami nih.. kami nak satu perkhidmatan yang stabil bukan perkhidmatan yang kejap ada dan kejap takda macam biskut……

TOLONGLAH………. dari 29 Nov sampai sekarang  nih Unifi masih lagi problem.. takkan sampai nak masuk Aduan Rakyat kot baru nak amik tindakan…

UPDATE : JUMAAT 9 DEC 2011

Setakat jam 10:00am ni.. semua service masih down.. dah call CS diorang cakap diorang dah hantar technician dan kalau technician tak call balik sebelum kul 5.. diorang suruh call balik CS

3:45pm : semua service masih lagi down dan tak terima apa apa call dari technician… nih raser macam dah kene kencing ngan TM nih…. hampeh tul……

Sabtu 10-12-2011 12:30pm :

Technician datang dan tukat BTU,… Alhamdulillah… selesai dan semua masalah dapat diatasi selepas menguji tahap kesabaran kami

AHAD 11-12-2011 7:30 PM

HAHAHAHAHAH… JADI BALIK… TEPON DAH TAKLEH CALL-IN N CALL OUT.. this is really HAMPEH……

ISnin 12-12-2012

Service Unifi dah restore balik.. boleh senyum balik dah

PS: tapi apa-apa pon… sekalung pujian kepada Unifi Customer Service sebab layan kami dengan baik dan tahan dengan kerenah kami

First Time Pakai Blood Pressure Monitor

Assalamualaikum semua,

Hari Selasa lepas saya dok gode-gode credit card rewards points baru perasan yang points terkumpul tu ada banyak gaks… takde ler sampai berjuta tapi cukop lah untuk redeem barang skit-skit. So pilih punye pilih.. nampak plak Omron Blood Pressure Monitor nih… Apa lagi terus redeem la… bukan apa.. kepala dok asyik fikir, adakah my blood goes upstairs or not?… hehhe biasalahkan orang tua macam saya nih kena tumpukan dah kepada penjagaan kesihatan dah sekarang nih…

TERKEZZZUUUTT plak hari nih.. tetiba jer barang yang redeem semalam tu terpacak atas meja (*sampul courier dah buang ek) Punye ler cepat.. Selasa baru redeem hari ni dah sampai…

Buka kotak Omron Model HEM-7111 ni, nampai sempoi aja,, sarung lengan dan alat tu jer.. memang cukop sempoi… tapi belek-belek banyak juga features dia.. antara features yang mesti ada untuk BPM adalah Hypertension Indicator… nih penting.. mana tahu korang semua dalam golongan hypertension ker.. benda nih akan bagi tahu so pepandai ler pi berubat… Selain drp Hypertension Indicator… yang saya paling suka adalah just a simple One-Touch operation, Blood Pressure value & Pulse rate display dan alat nih ada memory sets sampai 14 readings.. so boleh gaks tengok history data BP kita…

Hah… cara nak guna benda nih sangat senang sekali… just sarung jer kat lengan, kalau tak tahu tengok gambarajah yang disediakan aja… tengok elok-elok jangan silap sarung plak nanti…. lepas sarung, make sure tangan or lengan tangan letak sama aras dengan jantung/dada… paling elok letak jer lengan tu atas meja…. pas tu apa lagi… tekan aja button START/STOP tu…

Alhamdullah… lega rasernya bila bacaan pertama BP saya adalah CANTEEEKKKK… BP yang sihat adalah SBP(Systolic BP) Tidak Melebihi 135 dan DBP(Diastolic BP) Tidak Melebihi 85…. Apa bender SBP ngan DBP tu..??? saya pon tak tahu.. tanya ler doktor anda semua….

Sekian Terima Kasih