Category Archives: Makan Time

Kalau dah malas masak.

Last Thursday…memang giler takde mood nak masak dah. memang malas nak masak sebab dah takde apa pun dalam fridge. cuma ada ayam je. Dah tak larat nak makan ayam. So suami yang baik hati terus ajak makan luar. Dia balik je, terus drive ke sekolah Ashraff, amik dia then ke Jusco Chera Selatan. Makan Johnny’s. Dah lama tak makan kat sini sebab mengenangkan takut Rayyan pegang periuk panas. This time pergi, dia ok plak. Sampai amik seat order, while waiting boleh solat dulu. Makan cam biasa tak banyak mana order, nasi, sayur and makan steamboat. Benda yang mesti ada ialah kepala ikan, fish noodle dan suhun. Yang lain tu sapa nak order. Pastu satu lagi, steam chicken with vegie. yummy

tengoklah rupa Rayyan yang enjoy makan nasi with sup….. Lepas makan, kiterang pergi beli barang dapur kat Jusco tu jugak. hehehe takleh cari alasan tak nak masak ok…

Rendang 5,10,15

Rasanya minggu ni tak masak nasi dengan lauk sangat. malas and takde mood nak makan nasi. So Kheirul suruh buat rendang. Hish buat rendang? SO apalagi buat jelah rendang. I guna resepi MIL kasi hari tuh. 5 10 15. Nak tau apa 5 ,10,15? 5 bawang putih,10 bawang merah,15 lada kering….

Masak rendang makan dengan nasi impit dan ketupat dakap. NIlah rupa ketupat dakap…

Ni ketupat , isi dia pulut hitam + pulut putih. Rasa dia lemak-lemak. Kalau tak nak makan dengan rendang, boleh cicah dengan nnise aka gula melaka yang cair.This is my mom speciality.Kalau tak nak dengan nnise or rendang boleh cicah sambal daging/serunding daging…sedap

REndang tu memang sengaja buat lebihkuah. tak buat kering sangat. Resepi dia nantilah eh….

Ramadhan 23 – Masak Tempoyak dan Percik

Semalam berbuka masak tempoyak ikan keli. Ni Favourite Kheirul. Tempoyak. Resepi masak tempoyak ada kat sini, sila tekan di sini. Ikan tu boleh ganti ikan kesukaan , contohnya ikan Keli , patin or baung.

Ni plak, ayam percik versi Kelantan. Kuah dia putih. My Kids sukalah sebab tak pedas. Rayyan makan nasi sampai bertambah. So as Afriena and Ashraff. Ashraff kejap-kejap I want skin, I want skin. Afriena, I want chicken with no bone.

Pastu pelengkap dia sayur goreng….. Resepi Ayam percik karang sikit eh…sbb berkejar nak amik Ashraff…