Saturday’s Activity

Hari Sabtu tak tahu nak buat apa. Malas nak keluar tapi terkeluar jugak sebab bebudak dok bising nak going out nak going out. Bukak je pintu Rayyan boleh tersengih-sengih. Hish macamlah mama dia tak bawak dia jalan. So, pop into the car, baru pikir mana nak pergi. Last-last ke Taman Tasik Titiwangsa.Sampai jer, cari kopok lekor dulu then jenjalan… nampak playground, bebudak berlari pergi main panjat-panjat

First layanlah sikecik nih.. his first swing ride…senyum

Ni bukan main lagi gelak dia… masa memula letak tuh, macam nak tidur jer

Ni gambar control cute namanya..

While the baby main swing, abang and kakaknya pergi main kat sini. Main panjat-panjat…

Sekejap jer lepak dalam 1 jam gitu then pergi ke surau for Asar then terus ke Jusco Cheras Selatan. Dekat ngan rumah. Saja nak beli baju sekolah Ashraff.Beli awal-awal senang takut last minute ramai orang malas nak menyelit dengan bebudak kan.

Ha ni time fitting. Kat Jusco ada brand Alpha kids and Kiko. So kiterang grab both nak tengok mana yang ok. Baru beli baju sekolah biasa and baju sekolah agama. belum lagi beg sekolah.Demi memujuk hati simanjalara yang amat manja ni kan, yelah dia mana ada beli baju sekolah semua kan, I bawak dia jalan tengok clouring stuff, suka lah dia….

Tengok je, tak beli pun, malas nak beratur kat kaunter membayar… . huish ramai giloss orang. then cari floater for Rayyan buat swimming pun tak jumpa. Budak kecik cute tu dah mula dengan swimming session. Sukalah dia kalau pergi swimming. Lalu swimming pool pun dah bising mulut. Siap boleh lompat masuk pool lagi. hihiihi…precious time with kids…

So the checklist

  • Baju sekolah – 3 pasang DONE
  • Baju Sekolah agama- 2 pasang DONE
  • Kasut Sekolah – 2 pasang DONE
  • Stokin -3 pasang DONE
  • Beg Sekolah – 1 je, beg lama boleh pakai lagi
  • pencil case
  • lunch box – I prefer bento theme
  • sapu tangan
  • tumbler
  • 15 thoughts on “Saturday’s Activity

    1. Zana

      Salam,
      saya nak tegur satu benda la kat sini.Saya suka baca blog sawanila ni tapi satu benda yang saya perhatikan, anda suka bagi tahu orang yang anda bersolat bila2. Bagi pendapat saya bab2 solat ni adalah diantara kita dengan Allah dan tak perlulah di ceritakan pada sesapa.Bila kita bercerita ia akan mendatangkan riak pada diri kita.Saya takut bila kita sembahyang cukup pun tapi apa pun tak dapat. Harap maaf jika komen ni agak keterlaluan tapi sebagai sesama Islam rasanya eloklah jika saya menegur.

      W’salam

      Reply
      1. kheirul

        Terima kasi kerana menegur secara jujur.
        Saya ingin memperbetulkan sedikit bab riak tu adalah anggapan saudari, tetapi sebagai umat islam saya patut juga saling memperingati bahawa kita mempunyai Tuhan yakni Allah yang wajib disembah 5 kali sehari. Jadi tidak salah sebagai umat Islam kami memceritakan kami bersolat dan bukan niat asal kami untuk bermegah-megah atau riak bab solat ini kerana Solat adalah WAJIB.
        Saya tidak bersetuju dengan fakta saudari yang mengatakan bab solat adalah hubungan kita dengan Allah dan tidak patut diceritakan. Sebab bagaimana kita hendak berdakwah dan mendekatkan diri dengan Allah sekiranya kita asingkan hubungan kita dengan Allah dengan hubungan kita dengan masyarakat.
        Saya harap saudari menerima hujah saya ini dengan ikhlas dan ini adalah jawapan ikhlas dari saya dan tidak unsur-unsur riak, sombong dan takabur disini.
        Sekian.

        Reply
      2. Yatie Post author

        zana or ainur ke afni ke orang kampung dia ker makcik dia bespren dia ker whoever u are… I’m writing base on the experience… dulu masa i blogging pasal travel or kemana-mana,takde citer pasal semayang orang tanya… you all tak semayang ker???

        so now untuk mengelakkan fitnah i blog about it disamping untuk mengingatkan sesama kita yang sembahyang tu WAJIB. Tak payah malu nak mengaku

        .cermin-cerminlah diri , open up your mind . saya pun bukan orang yang perfect….

        like few frens said,we proud to be a muslim…and me too

        Reply
    2. Sufyan

      Hah.. tu dia Ustaz Kheirul dah bercakap.
      Saya bersetuju dengan Ust Kheirul, tidak salah kita bercerita bab solat malah saya lagi suka. Saya juga bersetuju hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan masyarakat tidak boleh dipisahkan.

      Segala ibadah kita mestilah ikhlas dan Lillahitaala…(kerana Allah Taala).

      ps: saya suka baca trip pi Phuket tu and baru tau kat stesyen petrol kat siam pun ada surau.. Thanks bro..

      Reply
    3. Shahrul

      I just came back from Solat Jumaat and saw this comments on your side bar.. so rugi kalau tak participate bro…

      my comments….. orang yang rasa gelisah bila sebut bab ibadah ni adalah orang yang macam mana bro???

      secondly, I’m proud to be a Muslim bro….

      anyway… I’m always supports you bro… keep it up bro…

      Reply
    4. naim

      Assalamualaikum

      saya ambil sedikit petikan dari laman web http://www.yussamir.com/2009/06/dakwah-itu-tidak-ada-titik-noktah.html

      Petikan pertama:
      Sesungguhnya manusia diciptakan adalah untuk menjadikan khalifah di bumi. Dan sebagai khalifah salah satu tugasnya ialah menyampaikan risalah tauhid, menyeru kepada kebaikan, dan mencegah perkara-perkara yang mungkar. Firman Allah, “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (al-Imran 3:104).

      Petikan kedua:
      Teruskanlah berpesan-pesan kepada kebaikan, dan penuh dengan kesabaran. Jangan menjadi Muslim yang pentingkan diri, merasa nikmat Iman dan Islam bersendiri. Islam melarang menjadi Muslim yang pentingkan diri sendiri, Islam menyuruh umatnya menyebarkan dua nikmat tersebut iaitu Iman dan Islam kepada seluruh manusia. Rugilah sesiapa yang menikmati Iman dan Islam bersendirian, kecuali jika mereka berkongsi bersama nikmat tesebut dengan menjalankan aktiviti dakwah. Sepertimana firman Allah, “Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”. (al-Ashr 103: 2-3)

      sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah & buruk itu adalah dari kita semua. Wallahua’lam.

      Reply
    5. faizal

      waalaikumusalam…dalam bab ni kita kena saling ingat mengingati…..tak salah….bab sembahyang itu hak masing masing nak tulis dalam blog dia..dah hak dia..saya sendiri tulis SUBUH GENG dalam FB setiap kali saya online …..tahu kita tak perfect……tapi itulah satu cara nak ingatkan orang….hanya ALLAH saja yang dapat balas kebaikan kita

      Reply
    6. Adiah

      salam,

      ni lah first time aku jumpa komen yg mcm ni. tak tau apa niat dia yg sebenar. rasanya tak salah pun kita mention pasal solat ni dlm blog.
      memanglah dlm bab solat ni hal kita dgn allah. tapi dulu2 kalo mak kita tanya kita dah solat ke belum, ade tak kita balas balik kat depa solat tu antara kita dgn allah je, mak tak yah amik tau. so mcm mana depa nak pantau kita solat kalo kita bagi alasan yg mcm gitu?

      apa2 pun semuanya bergantung pada niat. insya allah kalo niat penulis blog ni baik, saya rasa memg tak da masalah. malah mengingatkan yg lain secara tak langsung utk solat walau di mana mereka berada..

      Reply
    7. Zana

      I would like to reply to your comment Yati.

      Yatie

      17 December , 2010 at 4:43 pm

      zana or ainur ke afni ke orang kampung dia ker makcik dia bespren dia ker whoever u are… I’m writing base on the experience… dulu masa i blogging pasal travel or kemana-mana,takde citer pasal semayang orang tanya… you all tak semayang ker???

      so now untuk mengelakkan fitnah i blog about it disamping untuk mengingatkan sesama kita yang sembahyang tu WAJIB. Tak payah malu nak mengaku

      .cermin-cerminlah diri , open up your mind . saya pun bukan orang yang perfect….

      like few frens said,we proud to be a muslim…and me too

      #Please read this very carefully and this is what I meant.

      Rasulullah SAW bermaksud: “Siapa beramal kerana sumah (ingin didengari manusia) Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan kejelekannya. Siapa berbuat riak, maka Allah akan menampakkan sifat riaknya itu (di depan makhluk).” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

      And this is one more

      Firman Allah bermaksud: “Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya” (Surah Ali-Imran, ayat 29)

      Reply
      1. kheirul

        Terima kasih kerana memperingatkan kami tentang 2 keratan ayat diatas.

        Kami tulis bab solat ini bukannya kerana riak dan takabur, malah hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui isi hati kami.

        Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.