Category Archives: Makan Time

Sup Tulang Merah

Assalamulaikum kengkawan semua… apa khabar? Amacam raya? ada best tak? kiterang tak balik kampung pun sebab cuti sekolah satu hari je. Mana sempat nak balik. Kang balik berkampung dlm kereta je sebab jem. Kan best kalau raya kat kampung.Called mak kat kampung, tanya masak apa? dia cakap dengan bangga..ada ketupat (mula lah tanya, Afriena nak ketupat tak), and ada nasi minyak. Sedapnya. ANW, masa raya I buat Sup Tulang Merah. Resepi turun temurun from my Mak Long yang kat Singapore. Tanya my cuzzie and she asked her mum.Dia kasi resepi pun main tulis je takde cakap berapa sudu berapa senduk. so main campak jelah.

Inilah rupa sup tulang merah. Menjadi jugak. Rasa dia tak lari but jangan dicompare dengan kat Beach Road.Rasa tulang yang Beach Road lain , yang Haig Road lain and yang masa my cousin kahwin pun lain. Different version different taste. Tapi rasa dia sedap.I pakai rempah buat sendirisebab rempah Bone Steak takde jual kat sini.

I mula rebus tulang on malam raya tapikan lepas 30 minit rebus, gas habis hahahah..sambung esok jelah…tu pun pukul 10 baru dapat masak sebab kedai belum bukak. Gas spare pun habis. Hah pergi beli 2 tong terus. Kena rebus tulang ni sampai daging empuk tau bukan sampai tulang empuk sebab kalau nak tunggu tulang empuk, berzaman le.

Pastu tumislah bahan-bahan dia. Kuah dia sepatutnya ada rasa sikit masam, sikit manis, sikit pedas dangan rasa rempah yang unik. Kuah kena pekat tapi tak leh pekat sangat. Makan dengan roti .SEDAP.Setengah orang kasi pecah telur untuk kasi kuah pekat tapi I tak buat buat, I buat pakai pemekatan secara pelahan, masak atas api lama sikit secara perlahan. Lain orang lain version.Kheirul cakap sedap..I percaya sebab dia makan berketul-ketul.

Next time nak buat lagi tapi kena cari lamb shank plak baru sedap banyak daging takdelah gonggong tulang sangat.Resepi tunggu dulu ye .

 

 

Saturday @KLCC

Rayyan gayat ke?

Macam dah lama tak ke KLCC, last rasanya bulan 5 kot. Bukan apa malas nak bersesak. prefer ke Bangsar or yang dekat-dekat rumah. But this time memang kena pergi sebab ada Tea Event kat  SK-II counter. Harus pergi membeli sebab ada promotion. So kiterang sampai pun dalam pukul 10 lebih then pergi brunch dulu kat Dome. Citer pasal Dome ni… service dorang very bad lah. Lambat dah satu hal tak friendly plak tuh. ANW I dah complained and they called and emailed for apologies. I bukannya nak ngengada complain for attention, tapi sebab ni bukan first time macam tu…off course kita nak orang layan kita elok, dgn penuh keramahan setanding dengan apa yang kita bayar. betul tak?

Makanan sedap tapi service KO, terus tak SYOK. Lepas makan terus ke SK-II counter while Kheirul ke Men’s dept carik belt. Beli belt terus buang yang lama pakai yang baru….

Yang ni pantang ke playground 

Habis shopping terus ke playground plak. sebab nak bebudak dah bising cakap nak ke playground. Panaslah anak-anak… oklah pi sekejap. 10 minit je terus dorang ajak balik. Rayyan pun tak happy sangat layan  swing.

Before balik I singgah kat Durian-durian beli durian pancake and Durian chiffon cake. menakjuban rasa. Lagi menakjubkan sebab bebudak tak nak makan sebab ada durian. mengada tak?

Durian tipu ni..plastik

Durian chiffon cake yang lembut dan wangi. RM4.30 je.

Wonton Noodle

Lately rasa macam kehabisan idea tau nak masak apa. mungkin sebab malas gak kot. Hari tuh…. I buat Mee Wantan. Terlebih rajin, buat dumpling and sup dumpling. Masak simple macam ni memang terangat, makan panas-panas semasa hujan.

Budak-budak memang sukalah. Nanti I letak resepi ye, now nak kena masak untuk lunch dulu sebab dah pukul 10 kena bawak makanan untuk Ashraff plak.

 

UPDATE: Resepi Mi Wantan

INGREDIENT

  • Sepeket mi sanggul – dicelur
  • bawang putih goreng dan bawang merah goreng
  • minyak bawang putih / minyak bawang merah
  • 2 sudu kicap pekat
  • 1 keping Ayam bahagian dada – dicelur
  • 1 ikat sayur sawi – di celur
  • 10 ekor udang – bersihkan dan dicincang halus
  • 1 mangkuk daging ayam cincang
  • 15 keping kulit wantan
  • 1 pokok daun bawang
METHOD
cara buat wantan
  • gaulkan udang dan ayam cincang bersama daun bawang
  • rasakan dengan garam dan serbuk lada putih
  • isikan inti kedalam kulit wantan
  • buat bentuk 3 segi, sapu air kat kulit wantan supaya lekat (refer gambar)
  • goreng separuh wantan sehingga garing
  • lagi separuh boleh buat sup dengan air yang rebus ayam tadi
Cara buat mi
  • mi yang telah dicelur di gaul dengan kicap pekat,minyak bawang dan bawang goreng
  • hidangkan dengan sayur yang telah dicelur, daging yang yang telah dicelur dan sup