Category Archives: Makan Time

Nasi Beriyani Sempoi

Nasi beriyani yang sempoi. I pakai rempah maggi je. TUmis dengan kayu manis, bunga lawang, pastu kismis. Pastu masak macam biasa. Bila nasi dah masak, letak sikit kacang peas, gaul rata. Ni saja nak promote sayur kat bebudak kena buat macam ni.

Not bad rasa dia sebab budak-budak suka. Nasi beriyani, pekena plak dengan Ayam masak tomato dan Kari udang dengan bendi.

Resepi ayam masak tomato and Kari bendi sat lagi ye ….

Epok-epok

Awak -awak semua pernah makan epok-epok tak??? Mesti pernah kan?mak kita dulu suka buat epok-epok. Mak kita bilang, epok-epok kalau nak sedap kena uli pakai minyak sapi. Pastu inti dia kena sedap. Inti boleh inti sardin ataupun inti kentang atau inti sayur. Pastu nak goreng kena goreng epok-epok dengan api slow.

Kelmarin kita buat epok-epok, Epok-epok sardin. Lama tak makan. Pastu kita rasa malas nak masak. So kita buat epok-epok je.

epok-epok sardin

epok-epok telur

sardin gulung

Resepi Burger Membakar

Hari jumaat malam tukan… malas nak masak so Kheirul ajak pi cari burger kat Puncak Jalil. So dapat burger sedap rasa dia. special sos.Tapi kiterang still tak puas makan burger, so Sabtu petang tu mulalah mencari  bahan untuk buat burger. Nak buat burger senang je, cari daging kisar. Untuk mendapatkan burger dgn texture yang lawa, mesti dapatkan bahagian topside. Sebab dia ada lemak sikit kat situ kan. Pastu jangan lupa bread crumb. Kalau yang buat sendiri lagi bagus. Beli roti, potong kecik-kecik masuk oven, toast sampai kering then blend. Pasal rempah untuk burger, boleh lah letak parsley and oregano bergantunglah, kalau you all suka rempah ala-ala Morocon, boleh letak cumin, paprika and mint. Ala macam nak buat kofta, pakai je resepi dia. Nanti nak try gak lah..tapi pakai lamb.Sedap gak ni

Berikut adalah resepi burger membakar jiwa raga

INGREDIENTS

  • 500g daging kisar
  • 1 biji bawang kuning besar – parut
  • 1 biji bawang putih di cincang
  • parsley dan oregano
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • sebiji telur
  • lada hitam dan garam secukup rasa

METHOD

  • Campur semua bahan diatas dan gaul sebati.
  • bentukan bahan tadi menjadi leper seperti burger
  • Pastu simpan dalam freezer dalam 1 jam supaya bila bakar dia tak hancur.
  • Sedia untuk dihidang dengan roti burger, mayo, cheese, salad, tomato bla bla bla

For those yang nak try resepi burger untuk yang berpantang atau jaga badan boleh tengok ka SINI