Category Archives: Makan Time

Resepi Lontong

Mood raya belum habis. Nak makan lontong plak. maklumlah kat Kelantan mana ada lontong. ramai tak makan. I memang suka lontong. My pinggan lontong mestilah lebih sayur, kurang lontong. Paling sedap lontong I makan adalah lontong Mak Long saya yang dok Singapura. Oleh kerana lontong dia sedap. I tanya lah resepi nak buat kuah lontong. Dulu I ingat dalam kuah lontong tu dia letak nangka muda sedap. Tapi masa kat Tesco, I tak jumpa nangka muda. Oh ya you all pernah makan lontong paku? hahahah lontong paku maksudnya kuah lontong dia sayur pucuk paku jer. I tak pernah makan.

Resepi kuah lontong seperti dibawah ye

INGREDIENT

  • 1 kotak santan
  • 5 batang cili kering -kisar
  • 1/2 genggam udang kering – kisar
  • 1 biji bawang besar -kisar
  • 3 biji bawang putih kisar
  • 1/2 inci halia – kisar
  • 1/2 inci lengkuas kisar
  • 2 batang serai – 1 kisar , 1 ketuk
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 5 cawan air
  • 1 batang lobak merah – potong macam batang mancis
  • 15 kacang buncis- potong serong
  • 1/4 biji kubis, dihiris kasar-kasar
  • 1pkt suhun
  • 2 keping tauhu,  – goreng dan potong 9
  • 1 keping tempe, potong sebesar ibu jari – goreng
  • 4 keping fu chok – rendam
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 keping asam keping
METHOD
  • Tumiskan bahan kisar  bersama serbuk kunyit dan serai yang diketuk hingga garing
  • bila dah garing, masukkan air,santan dan asam keping
  • Bila nampak dah panas, masukkan fu chok dan lobak merah, masak hingga empok
  • Dah empok bolehlah masukkan semua sayur , suhun tempe dan tauhu
  •  rasakan garam dan gula, kacau sebati tutup api
  • sedia dihidangkan dengan sambal sotong, serunding kelapa dan lontong.
  • Takde lontong pakai nasi impit pun boleh

 

Resepi Lidah Goreng Kunyit

INGREDIENT

  • 300g lidah yg telah direbus dan dihiris nipis
  • 1 bijibawang besar hiris sederhana nipis
  • 2 biji bawang putih hiris tipis
  • 2 inci halia- potong nipis
  • 1 biji cili merah- potong nipis
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • garam dan gula secukup rasa

 

METHOD

  • lidah dimasukkan dalam kuali bersama kunyit untuk dikeringkan airnya
  • Bila kering, biar sekejap sehingga keluar minyak
  • masukkan bawang , halia dan cili
  • goreng seperti biasa dan rasakan garam dan gula
  • Bila bawang dah layu tutup api angkat dan hidang bersama nasi panas

Resepi Sup Lidah

INGREDIENT

  • 500g lidah lembu – direbus hingga empuk dan dihiris halus
  • rempah 4 serangkai – kulit kayu manis (2), bunga lawang (2), buah pelaga (4) dan bunga cengkih(2)
  • 1 sudu besar rempah sup adabi
  • 5 biji bawang merah – tumbuk
  • 2 biji bawang putih -tumbuk
  • 2 inci halia – tumbuk
  • semangkuk kecil bawang goreng
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 pokok daun sup
  • garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • 500ml air – ikut suka nak kuah lebih lebihlah air
  • minyak untuk menumis

METHOD

  • panaskan minyak dan tumis rempah 4 serangkai
  • lepas tu, masukkan bahan tumbuk, tumis hingga naik bau
  • bila dah naik bau masukkan air dan rempah sup , biarkan hingga mendidih
  • bila dah mendidih, masukkan lidah lembu, bawang goreng dan daun sup serta daun bawang yang telah dihiris (guna separuh je)
  • masak sehingga mendidih dan rasakan garam dan ada hitam
  • Sedia untuk dihidangkan dengan dengan nasi panas atau roti. Jangan lupa tabur bawang goreng , daun sup dan daun bawang serta perah asam limau.