Category Archives: Makan Time

Breakfast @ Kelate Corner

Bangun pagi tak tau nak makan apa, last last pergi ke Kelate Corner. Ashraff n Afriena makan Makaroni Bakar dan kuih puteri Ayu. Rayyan makan akok. Semua benda tanya, semua dia tak nak. Last sekali bawak dia ke meja suruh dia tunjuk nak apa.

kelate3

Last dia tunjuk akok ni. Memang suka sangat dia ngan akok. Kalau kat kelantan, memang suka lah sebab dapat makan akok. Akok kat kelantan lagi sedapa sebab origanaliti masih ada.

kelate2

This is my breakfast. Me and Kheirul amik benda sama. Nasi kerabu dengan gulai serati. Ikut tekak I sedap lah cuma masin sikit lah. Kenyang pagi tu, sampai semua tak nak makan lunch sebab pagi dah makan nasi kan.

 

 

Makan Budu oiii

Dulu masa sekolah, kalau tercakap KL, mesti orang dok ejek… woi bau budu lah…. Itulah zaman sekolah dulu. Tapi ni nak cerita , yang Sabtu lepas kiterang pi makan nasi dengan budu. Dah lewat dah untuk breakfast so, lunch terus lah ye… Tempat makan plak, Kheirul je pilih sbb I tak nak makan fastfood. Saya mau nasik. Maka sampailah kite kat RnR Awan Besar. Nama restoran tu Nasi Ayam Kampung A Hassan.

Lauk-pauk dia banyak, Lauk orang kelantan. Yang paling best gulai kawah, ayam kampung goreng,dan ulam-ulaman and of course budu. Lauk lain I tak nampak dah.
budu5

Gulai kawah. Lauk wajib untuk di makan. Tengok je pun dah telan air liur. Haaaa kalau gulai kawah macam ni, Ashraff suka la sangat. Banjir pinggan dia.

budu3

Afriena muka sedih makan, dia kan susah nak makan nasi. Tapi kali ni habis makan, dengan ayam seketul.  Ada gulai kawah, ulam, budu, ayam kampung goreng dan sayur kacang dgn hati (yang ni I tak makan, sbb tekak susah nak telan organ dalam ). Air plak, mesti order air cincau.

Best la makan sini , recommended :)

 

Gulai Ayam Raja Berangkat

Lama tak update blog kan. Sekarang ni Rayyan bangun pagi, jadi dia sibuk nak guna komputer. Jumaat lepas , saya masak nasi dagang. Selalu kalau nasi dagang, saya buat gulai ikan tongkol, tapi kali ni buat gulai ayam. Masakan ni mak mertua yang ajar. Masak macam ni, tak sangka Ashraff n Afriena suka. Dorang lap licin kuah kari. Siap suruh buat lagi esoknya, buat makan dengan roti jala.

image

Resepi ni panggil raja berangkat sebab dia tak ditumis macam biasa, just masukkan semua dalam ayam dengan sikit air, pastu masak sampai ayam empuk.Asal usul nama raja berangkat tak pulak saya tau.

Resepi dia kat bawah.

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam boleh campur hati dan pedal
  • 1 paket serbuk kari babas (kalau ada serbuk kari kelantan tu lagi sedap)
  • 1 sudu serbuk kerutuk kelantan mari
  • 7 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 inc halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji ubi kentang
  • 1/2 cawan santan – nak guna lebih takpe lagi sedap
  • 2 sudu kerisik
  • 2 sudu air asam jawa pekat
  • garam dan nnise (gula melaka) secukup rasa

Cara-cara

  • Mesin semua bawang, halia, lengkuas bersama serbuk kari dan kerutuk
  • masukkan ayam dan bahan mesin dalam periuk dan biarkan sampai ayam empuk
  • bila ayam empuk masukkan ubi kentang
  • bila dah empuk, masukkan kerisik, santan, rasakan asam, garam dan gula
  • masakkan dengan api kecil sampai pecah minyak