Category Archives: Kids & Family

Roasted Chicken bila malas masak

Alhamdulillah… dah start sekolah budak berdua hari ni. Nasib baik senang kejut bangun tidur. Semalam pukul 10 , saya dah suruh tidur. Saja petang tu bawak jalan kasi penat. Cuma yang lambat tidur, Rayyan la.  Bila cakap kat dia, Rayyan pergi tidur, esok nak pergi school, dia jawab..

Tak nak scoooll (read:school), tak best.

Hah macam tu lah jawapan dia.  Ada je jawapan dia. Pastu bila saya suruh pergi pee before bedtime, dia cakap tak nak pi.

Pastu Saya cakap..

Ok tak nak shee shee takpe, nanti kalau shee shee on my bed, mama cut bird.

Tak nak cut bird,terus cabut seluar pi toilet. Tau takut.

Ashraff n Afriena nampak smart plak dengan uniform baru. Baju kelabu dan seluar hitam. Dapat beli 3 pasang je. Sebab sekolah kena tempah dulu. Ok lah tu. Cukup la tu sebab , hari Riadah, boleh pakai baju sukan je. Dan Ashraff hari Jumaat plak, pakai jubah putih.

Ok…saya nak kongsi kisah masakan orang malas. Kalau hari cuti je mesti malas nak masak nasi, lagipun budak-budak ni cakap nasi boring. Amboi….. Jadi saya buat roasted chicken, mashed potato dan steam vegie. Masak yang simple dan tak payah lap mintak kat dapur. hehehe. Tak payah cuci kuali yang penting.

image

Simple lunch. Tapi sedap. And this is the best way to get my kids to eat all the vegie. Memang dorang makan sayur macam tu. Resepi dia ada kat sini. Sila click.: Resepi Ayam Bakar

image

Pastukan….look at him. Orang dah pergi sekolah dia belum bangun. Acaner nak ke sekolah macam ni. Takut nanti time nak pergi toilet dia nak balik rumah. Semalam sakit, perut pun ajak balik rumah, tapi sebab dah tak tahan sangat, dia ajak pergi toilet. Nasib baik toilet bersih. Kalau kotor mesti dia tahan tak nak masuk. Memang cerewet, lantai kotor,tak nak pijak. Baju kotor tak boleh pakai. Adehhhh. Nampak kain hitam putih. Itu kain pario saya, tapi dia nak buat selimut.

Back To School

Lagi seminggu sekolah Ashraff n Afriena nak start. Rasanya semua dah cukup. Baju Sekolah dah siap beli dgn sekolah. Cuma kena cari tudung hitam je untuk Afriena. Alat tulis dah siap beli. Mahalnya alat tulis sekarang. Tu pun beli kat Tesco je.Buku-buku dah bayar kat sekolah, nanti dapat lah tu.  Beg sekolah and kasut sekolah tak payah beli, pakai je tahun lepas punya sebab baru lagi.

Tahun depan masing-masing dah darjah 3 dan empat. Makin banyak la homework.  heheheh Mama dia yang risau dengan homework sebab letih nak monitor homework ni. Nak kena tukar sistem pembelajaran dan sistem menyiapkan homework. Masing-masing kena buat dalam bilik masing-masing kot supaya takde aktiviti nak bergaduh, bergurau sesama sendiri. English and Malay speaking day masih diteruskan sebab senang nak monitor penggunaan ayat, tatabaha dan vocabulary mereka.

So, macam mana dengan persiapan sekolah you all? Buka sekolah nanti legalah sikit  dapur tu. Ni kalau tak asyik masak, masak, masak, cuci pinggan cuci pinggan adei…Ok lah got to go. Si kecik ni nak guna komputer. Oh Rayyan tak pi sekolah laggi tahun depan, tunggu umur 5 tahunla. pergi awal sangat pun nanti dia bosan kat sekolah.

Mini Burger vs Big Burger

Sekali sekala ada jugak terasa nak makan burger. Bukan burger kat McD, kat Burger King atau Chilis, Tapi burger yang bermain dalam kotak imaginasi. Maksudnya, apa benda yang kita nak letak , kita letak. Hari Ahad Lepas untuk makan malam, saya (dan suami) buat burger. Roti beli je, Kang kalau buat sendiri tercabut gigi palsu susah pulak.Untuk anak-anak , saya buat saiz kecik, jadilah mini burger. Patty seberat 45 gram je. Burger besar plak, patty dia seberat 100g. I buat burger, Kheirul yang bakar.Sambil bakar burger, kami toast bun, buat bawang karamel, gril peperoni, potong sayur.

Seronok masak sama-sama, sambil melayan RAyyan yang suruh cepat masak, lapar!lapar!. Dia memang. Buatkan untuk anak-anak dulu sebab patty mereka kecil, cepat masak, letak cheese dan salad, bawang. Habis semua makan. Ashraff 2, Afriena1 , Rayyan 1 setengah.

OK , marilah kita tengok gambar burger

image

Mini burger. Yang ni saya punya takde cheese.

image

Big Burger. Daging tebal. Kenyang. Katanya taknak makan burger 3 bulan. hahaha, Bun-caramelised onion-peperoni-cheese-patty-tomato slice-salad. Sos, saya sapu sedikit mayonis je. Saya memang jenis tak suka, makan burger yang sos berair.

Kalau anda semua nak resepi dia, boleh klik disini. Burger untuk orang berpantang pun ada.

Burger Untuk Orang Pantang

Resepi Burger Membakar

Homemade burger