Category Archives: Kids & Family

Menu bekal sekolah anak

Awal-awal buka sekolah ni ramai plak kawan-kawan group whatsapp tanya  pasal menu nak bawak bekal ke sekolah. Jenuhlah nak cakap menu satu-satu. Jadi, I kongsikan idea dan resepi untuk anak-anak kita bawa bekal ke sekolah.

Sebelum tu nak lah pot pet pasal bawa bekal ke sekolah. I memang suka dan sarankan anak-anak bawa bekal ke sekolah, sbb kita maklum dengan kualiti makanan kat sekolah. Mungkin bukan semua sekolah, tapi sesetengah sekolah lah kan. Dulu masa bebudak ni sekolah 2 sessi, kalau kat sekolah cina, makanan halal tu kuranglah, ada satu gerai je. Gerai lain plak non-halal food kena plak Ashraff and Afriena malas nak beratur beli makanan kan. Kalau kat KAFA, makanan yang dia jual berminyak sangat. Hotdog lah, nuggetlah hish menakutkan. Air plak air gas yang dia jual. Baiklah buatkan bekal. Lagi menyelerakan. So dua tahun jugaklah buat bekal untuk anak-anak pi sekolah, kalau malas menjelma, I beli roti or cookies je.

OK… antara menu yang mungkin you all boleh sediakan untuk anak-anak uolls. Resepi dia boleh click je kat nama menu.

Roti sulaiman – senang je buat. ala -ala macam roti john. Masak dan potong letak dalam bekal.

Tortila Wrap – yang ni tak  payah lah resepi. Senang je. Buatlah apa filling pun sedap. contohnya, rebus ayam, letak salad sikit, picit mayonis dan sos, lepas tu kalau suka cheese letak cheese. Kalau nak yang resepi ala-ala Mexico, google je. Tak pun tanya anak nak filling apa. Gulung , potong dan simpan dalam bekal. Kalau takde tortila, boleh juga guna roti canai atau capati yang beku, panaskan dan letak inti dia

Burger – Haaa yang ni menarik untuk anak-anak bawak ke sekolah. Buat saiz mini.  Patty buat sendiri. Boleh buat banyak-banyak dan simpan. Nanti bangun pagi, grill je lepas tu tambahlah apa-apa yang patut. Buat lebih sikit, senang anak nak makan kongsi ngan kawan

Cookies- any cookies boleh dibawak ke sekolah. Ni untuk ibu-ibu yang bekerja.

apam pisang – ni senang je. Kalau tak nak buat apam, buat muffin . Muffin banyak jenis, boleh buat yang savoury atau manis. Kalau yang bekerja, boleh buat bun sbb dia tahan lama. Haaa amacam ? good idea tak?

Cucur udang – alamak ni semua orang tau kan??? Kalau dah habis idea, boleh buat, goreng, sejukkan, letak dalam bekas, letak sos  asing. Anak-anak mesti suka kan. Kalau tak suka yang macam ni, buat ccekodok pisang.

Mihun Goreng – mihun goreng macam-macam jenis, cuba buat resepi lain. Masak yang ada nampak warna. Sedap-sedap pun sedap.

Pasta – boleh buat bolognese, bakar atau goreng. Banyak resepi . Nak buat meatball pun boleh sebab anak-anak suka. Tapi kena pesanlah kat anak-anak makan elok-elok jangan kena baju. Kalau kena baju putih adehh naya nak cuci baju

Mee wantan– Yang ni paling senang nak buat ni. Wantan wrap tu boleh buat a day before lepas tu bekukan nak makan goreng. Kalau taknak bawak mee bawak wantan wrap tu je.  Mee kicap tu senang je, bangun pagi celur mee tu, celur ayam  dan sayur. LEtak je dalam bekas. Letak small potion je.

Sandwich – Ha ni contoh sandwich yang I buat kat rumah. Kalau anak-anak kat rumah, diorang suka sandwich. Any sandwich. Cheese, chicken, sardin, tuna, telur dan paling senang sapu nutella.  Tak pun peanut butter sandwich. Yang ni goes to Afriena lah sebab hantu peanut butter.

So ibu-ibu macam mana? senang tak menu-menu bekal sekolah anak? Senang je kan. Yang penting rajin lah. Kadang-kadang kesian tengok anak darjah satu beratur beli makanan kat sekolah. Beratur dah buang masa dah, nak cari seat lagi, nak makan lagi. Siapkan bekal untuk anak. Senang untuk diorang. Lagi menyihatkan, bersih dan sedap. Nak pun suka kan? Duit sekolah ikutlah masing-masing nak bagi ke tak, kalau bagi suruh dia simpan tabung. Kalau nak beli makan luar pun tengoklah apa yang boleh dibeli. Kena ajarlah anak jangan beli gula-gula, jajan yang pelik-pelik atau toys.  Selain menu kat atas, boleh jugak bekalkan buah-buah untuk anak-anak. Buah pisang, buah anggur (cuci siap) , epal kecil, plum atau apa-apa buah yang senang dimakan. Kalau buah yang potong tak berapa disarankan lah sebab nanti lembek nak tunggu time makan. Jangan buah durian plak. Air kosong jangan lupa tau. Pastikan anak-anak cukup minum air. Kalau nak bawak air kotak  pun bagus macam air milo atau susu. Dulu anak-anak, I bekukan air kotak, nanti sampai masa nak minum air dah mencair tapi masih sejuk. Selain tu, ibu-ibu boleh beli bekas jeli buat jeli sendiri. I tak suka jeli yang beli kat kedai. too sweet. So kita buat jeli sendiri. Perasa buah asli. Boleh letak buah sekali dalam tu. Dadu je buah, contoh buah mangga, buah oren atau buat jeli kelapa.

Diharap apa yang saya kongsi ni, dapat memberi manfaat kepada semua. Sekarang ni I tak payah buat bekal kat anak sebab kat sekolah sarapan dan makan tengah hari disediakan. Dijamin bersih dan sedap ,yang penting berkhasiat. Alhamdulillah. Cuma petang lepas asar je dorang beli makanan, Bawak RM1 sorang, dorang beli kopok lekor, dadih ke, nata de coco atau bun. Mostly disediakan oleh anak-anak yatim yang meniaga. Nasi lemak pun ada kadang-kadang je lah

Sekian…

Stylo Mylo

Sejak dah sekolah ni…Rayyan dah pandai dah tengok cermin, nak pakai cap. Sekarang ni asal nak keluar je, amik cap pakai.  Kadang-kadang duduk dalam rumah pun pakai cap. Sambil-sambil main game atas katil pun pakai cap. Pi shopping mall pakai cap,pi sekolah amik abang and kakak pun pakai cap. NI kira style baru ni.

Cap yang dia pakai tu adalah cap mama dialah. Dah lama dah cap tu. Dah nak masuk 11 tahun. Beli masa RM100 000 shopping spree kat Adidas. Love the cap. Sepanjang masa pakai. Sekarang dah tak pakai simpan je, sekali dapat kat Rayyan terus dia dok pakai.

image

masa main game dalam bilik

image

masa main game kat hall

image

time outing

image

dalam bilik

KEna jaga cap ni elok-elok. Love this cap. Ada kenangan nih

 

3 of them

mmm hari ni…happy sangat bila hantar Rayyan ke tadika.  Hari ni pukul 6.30 dia dah bangun. Nangun je, peluk mama dan cakap nak mandi. Aikk awalnya nak mandi. Rayyan shee shee katil ke? Tak basah…dia jawab. Ok…so I bawak dia pergi mandi, pakai kan baju sekolah. mmm bagus takde bantahan tentang baju sekolah. Kadang-kadang datang angin dia, baju sekolah dia bukak lepas tu dia sembunyikan. Dia ingat mama dia tak tau mana dia sorok baju? So lepas mandi, dia pi amik ipad, masuk bilik dia, baring… ok gak tu…bila abgn dan kak dah pergi sekolah dia pun keluar. Cakap nak makan. Tanya nak cereal ke, nak roti? Nak roti… Roti plak kena tanya nak roti ngan cheese ke, butter ke? kaya ke? NUtella habis so jangan tanya. Nak roti cheese ngan butter. Kasi siap, dia nak naik stroller… Ok kita tolak dia pi sekolah.

image

Last week kena asthma… Pandai dia, cakap nak pergi jumpa doktor. Sakit . Dapat neb terus pegang sendiri. Dia kata best.

 

Sampai sekolah bukak selipar sendiri, sususn sendiri amik beg, kiss mama dan terus naik atas ngan cikgu dia. Wahhh bagus nya. Cikgu pun cakap…wah good boy lah dia hari ni? Kawan-kawan dia pun muka pelik…kenapa agaknya budak ni tak nagis hari ni kan? Mungkin dah dapat biasakan diri kot.

Ashraff and Afriena plak, bangun pagi senang je… masing -asing tak berapa sihat. Afriena kena eczema, Ashraff kena ulser kat mulut, kena jupa doktor lah nampaknya. Lepas mandi , solat, dorang breakfast. Lepas tu keluar rumah. Alhamdulillah senang urusan hari. So now bila sengsorang dok kat rumah ni, rasa boring jugak. Semalam dah vacumm rumah dah takkan nak vacuum lagi, sapu je lah… Mungkin kena cuci toilet kot tapi nampak toilet macam bersih… Nak buat apa tah.. Mungkin cari idea nak masak untuk dinner kot.

Nak masak aperrr malam ni????

 

Esok nak citer pasa sumber inspirasi plak..Insya Allah