Category Archives: Kids & Family

Arissa Aqilah @22 months

Salam semua

Dah lama tak update blog. Seriously masa mencemburui Ku. Bila time sikecik tido, baru blh buat Benda lain. Tapi time Tu lah nak masak, nak ajar homework Ashraff yang sekolah pagi, nak lipat Baju, sapu sampah, bla bla…

Sapa cakap jadi housewife tak penat? Sampai ke Malam tau tak? Ha…ni cik Michiko tengah tido selepas kena Susu sebotol, Kasi layan lagu subhanallah baru lelap. Kalau tak…Ada je projek mega dia. Antaranya panjat tangga Dan sepah mainan.

Alhamdulillah Lagi 2 Bulan nak masuk 2 tahun. Rayyan dah Sibuk Tanya nak celebrate kat mana? Eh eh Di plak yang the ak sabar.

At her 22 months old, banyak gak dia blh buat. Suruh off TV , kipas…Kira 123..10 , simple word like pwiz ( read: please), suka sial orang why, cat fish ,duggee (read:dog), banyak lH jugak. Kuat jeles..takde sapa boleh pegang atau hug mama…sapa hug mmg kena marah…lagilah orang suka usik dia..

Semoga baby ucuk sentiasa sihat..jangan tak makan sayur….gosh asal sayur hijau je dia letak tepi.

Dah taknak duduk highchair…nak duduk normal chair sebelah mama jugak…
Penuh dgn idea…

Ok got to go…

Baked Egg

Susah berul nak update blog lately. Si Michiko ni memang memenuhi jadual harian saya. Kalau kita dok dalam toulet pun dia ketuk pintu dang gung gang sambil panggil mama mama mama

apatah lagi nak update blog. Pegang henpon dia amik henpon pastu campak then dia suruh tgk muka dia.

hari ni bak share menu sarapan yang simple tapi berkhasiat dan kenyang. Our breakfast menu normally jarang makan nasi lemak. Kids love egg, so kena pelbagaikan resepi. Yang ni kita panggil baked egg.

bahan bahan

bahan A 

1 biji bawang besar kuning – dadu  

1 biji tonato – dadu

1 cawan bayam 

3 keping salami

2 biji kentang putih – dadu

1 as bawang putih cincang

sedikit minyak

 

bahan B

4 biji telur

2 cawan susu segar

salt n pepper

Keju parut secukupnya

caranya

Bahan A: tumis bawang kuning n bawang putih sampai layu, masukkan kentang, kacau goreng sampai empuk, masukkan salami , kacau . Masukkan bayam dan tomato, rasakan garam dan lada hitam.

Bahan B- pecahkan telur 4 biji, pukul telur dan masukkan susu. Pukul hingga sebati dan rasakan garam dan lada hitam.

Datukan bahan A dan Bahan B dalam bekas pembakar, taburkan keju parut dan bakar selam 20 minit atau set. Sedia dihidang bersama roti bakar.

Sebelum bakar

Selepas dibakar