Category Archives: Free Time & Hobbies

Recipe:Chicken Mandy

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

كيف حالك اليوم؟

Baru masak Nasi mandi terus tulis bahasa arab. 5 tahun belajar bahasa arab, masih takleh cakap bahasa arab. Tapi kalau setakat simple words bolehlah. Ajar anak-anak buat homework pun boleh takde masalah. I masak Nasi mandi. Simple je. Masak pun guna mix dia. Sebab guna premix, oklah rasa dia cuma yang tak berapa suka is, warna dia terang sangat. Mungkin lain kali, Masak nasi guna rempah sendiri cuma amik skit je premix buat warna-warna dia. Next time nak buat dengan kambing lah plak.

 

mendimix

Inilah premix dia

 

instr

Resepi dia. I ikut resepi dia, cuma tumis dengan rempah 4 beradik dengan bawang putih. belasah je. Nak cepat

mendi2

Mandy Chicken. Merahkan warna dia. Rasa dia sedap penuh berempah but not really happy with the color

mendi

Makan dengan salad. Ingat nak buat tabouleh tapi banyak barang takde

 

Rempah tu sebenarnya..my MIL yang kasi. macam biasalah bila balik kampung, ada je barang dia pack letak dalam plastik. I guess semua mak mak macam tu. My mom, MIL or my maklong. Dorang memang akan pack something for me. I masak 2 cup beras basmathi, tinggal sikit tak habis maybe dalam 2-3 sudu. Rayyan suka dia kata nasi goreng. Adehh.. Maybe sebab nasi ni berperisa. Memang dorang suka lah kan

 

Homemade Fishball

Semalam terasa rajin plak… sebab nak masak sup bayam tapi takde ikan bilis, yang ada ikan tenggiri. Maka I buat lah bebola ikan sendiri. Senang je, lagi sedap yang dari kat kedai. I pernah buat sebelum ni, boleh lah kat sini. Cuma cara kali ni lain sikit.

 

Resepi fishball

  • 1/2 mangkuk kecil isi ikan tenggiri
  • 2 sudu tepung kanji
  • carrot, daun bawang, daun sup -cincang halus
  • salt and white pepper to taste

METHOD

  • gaul semua bahan
  • bulatkan doh mengikut saiz kesukaan anda
  • Doh yang dibulatkan diletak dalam mangkuk berisi air sebelum direbus
  • rebus dalam mendidih sehingga dia timbul. makna nya masaklah tu

Untuk lebih rasa , masa rebus tu, dalam air rebusan boleh letak, sikit daun bawang, bawang putih. Air rebusan juga boleh di buat sup, just tambah garam dan lada putih je. Sebab, I nak buat sup bayam, jadi air rebusan tu, saya tak buang. I just tumis bawang sikit dan masukkan air rebusan dan bayam. Bila mendidih baru masukkan bebola ikan. Cubalah…. buat kat rumah. Ini lagi menyihatkan dari yang beli kat kedai. Nak buat inti untuk yong tau foo pun boleh tau.

fishball

Doh yang dibulatkan diletak dalam mangkuk berisi air sebelum direbus, hasilnya fishball sedikit kenyal.

fishball2JPG

Hasilnya…. ikan ni I cincang je tak pakai mesin pun

 

 

Ashraff’s First Fight

Tak lama lagi akan ada Tournament Taekwondo. Hujung bulan ni Insya’ Allah. So … Ashraff akan masuk bertanding. cari pengalaman, bina keyakinan diri. Kalah takpe asalkan dapat pengalaman. Bukan pengalaman belasah orang yang dicari tau, pengalaman nak handle emosi, pengalaman untuk lebih yakin nak kurangkan rasa rendah diri . Ashraff ni lelaki pemalu. Pening tau, kalau orang tanya soalan mulut terkumat kamit nak menjawab. Tu belum Afriena lagi. Tapi Afriena , kita taknak kasi dia masuk lagi lah sebab dia kurus sangat. Dah lah manja. Adik pukul sikit pun dah menangis. Kang tak pasal pasal mama dia kena jadi tukang pujuk. Kalau main ozom pun nangis ok. cer citer … Mungkin another tournament lah kasi dia masuk.

Ahad lepas, kira macam first time lah sparring betul-betul before this lari je dia. I dah ajar macam mana nak hit target, macam mana nak cari point. Malu lagi nak sepak orang. Dapat sepak muka orang dia senyum tersipu-sipu. Next training tengok macam mana. Menang kalah cerita lain yang penting confident.

ashraff

Tengok…angkat kaki pun macam tak semangat….

 

I still lagi join kelas. Tengah prepare untuk next grading test.  Sapa kata dah beranak pinak takleh join martial art? Martial Art ni kira macam hari bersenam I lah. Hari keluarkan peluh dan pada masa yang sama mencari ilmu. Ilmu untuk mempertahankan diri. Dugaan ada dimana-manakan. Masa nilah nak buid confident nak kawal emosi ke apa. Pada masa yang sama dapatlah luangkan masa dengan Ashraff n Afriena. Kalau tak Rayyan sibuk je nak potong Q.

 

 

kelas

cari cara…. heheheh nampak dah kurus sikit. Almost 4kg turun berat badan. Alhamdulillah

 

Nampak tak I yang mana? Ok bebudak kat sini panggil I auntie, ada yang panggil kakak.. ikut suka lah. I ok je. Jangan panggil makcik dah.

 

Ok ..sesiapa yang nak hantar anak atau diri sendiri ke kelas Taekwon-do, Bolehlah dapatkan details nya di sini. Tak pun email je kat saya. ANW, benda yang paling I suka buat lepas kelas Taekwon-do ialah, pergi mengendeng Kheirul hahahah…sebab apa ? sebab belum sempat nak dekat dia dah bising…busuk busuk busuk. Hahaha memang busuk pung .. basah ngan peluh je