ok…8 haribulan 2… hari tu ada grading. Grading taekwondo. hahahah bz betul weekend tu. Sabtu pagi pergi training sbb nak prepare untuk grading next day, lepas tu ahad ada grading dan petang tu another training plak. Hahahha walaubagaimanapun …berat masih ditahap yang sama gitu. Takpelah ..yang penting sentiasa sihat dan bersyukur dengan nikmat yang ada.
Ok … hari ahad menjelma. Pagi-pagi lepas subuh tu, lepak-lepak atas katil amik mood dulu. Ha amik mood 2 kali masuk toilet. That’s always happen if I’m nervous. Bila pikir balik kenapa nak nervous kan? Tapi sebenarnya nervous lah sebab nak melompat-lompat pekik-pekik depan orang ramai. Ramai gaklah sbb masing-masing datang dengan parents kan.
So the test began with gred 10.9,8 and so on…
Time Ashraff dan Afriena…, Alhamdulillah dorang dah nampak lebih confident . Dulu malu-malu takut-takut… perkara-perkara yang baik tentang seni mempertahankan diri adalah.bina keyakinan diri, lebih berdisiplin, lebih berani. Berani bukan bermaksud jadi gangster,
Lepas tu ada sparring . Muka Ashraff ada lebam sikit sebab kena sepak kat muka. Takpe sikit je dia pun kata tak sakit pun. Biasalah lah kalau sparring , takde lebam tak sah. Lebih-lebih lagi bebudak…nak control kaki tu kurang lagi.
Habis semua gred, now turn gred 2…ada 4 orang. Ngan bebudak lah I join. Alhamdulillah semua passed. Cuma kurang berpuas hati dengan pattern. Sebab First task kena buat kicking technique , penat dalam nervous yang buat kaki gigil. Nak buat pattern, … macam rasa lost je. Habis pattern kena buat one step sparring pastu self defence , free sparring dan power test. Hahhhh semua lepas. Puas hati lah….
Buat Power test… ada dua kena pecahkan… satu kicking technique, satu lagi guna siku…video ni Ashraff yang amik…
Alhamdulillah semua lepas and now kena lebih practice semua pattern. Nak buat something mesti buat bersungguh…biar nampak kemas and cantik.
Too bad, on that day Kheirul tak datang… and because of that…I demand him to sponsor me ….”Sudikah kiranya..wahai suami ku..masa amik black belt nanti, tolonglah bayarkan yuran exam dan belanja sepasang dobok utk black belt?” At first dia nak pi, dia kata tunggu sat, tapi we couldn’t wait sbb grading start pukul 9, kiterang nak cepat sebab nak beli breakfast dulu pastu nak warm up dulu. So dia kata nanti dia pi ngan motor…padahal dia tido baik kat rumah… not fair ok ….Apa-apa pun tq sbb belanja kasut, tapi masih lagi kena sponsor for next grading….. tau
ANW, apa yang I kongsi ni bukan lah nak menunjuk atau bangga diri, kerana apa yang ada ni semua hak milikNya, yang dipinjamkan. Cuma nak berkongsi inspirasi ngan anak-anak dan kawan-kawan blogger je…
TQ husband sbb tunjuk ajar few techniques masa kat rumah, your support and trust dan TQ Instructors for your tunjuk ajar ye…TQ kids for having fun with me :)