Author Archives: Yatie

Masak Sedap sikit

Alhamdulillah … finally ada jugak selera nak masak sedap sikit. Setelah bertungkus lumus demam dan melayan orang demam, finally semua ada selera nak makan. Ahad lepas lepas habis training taekwondo, terus pikir nak makan apa. Mula-mula Kheirul ajak makan seafood, Lately, semua malas nak keluar makan jauh-jauh.. penas kot kat luar..

So I cakap..apa kata kita beli and masak kat rumah. Daripada keluar rumah penat-penat, kadang makan tak berapa sedap baik kita beli and masak. Kita beli ketam dan masak. You all… kalau pi makan ketam kat luar tambah itu ini mau kena 150++… tapi kalau masak , kita telah menjimatkan 50% duit makan tadi, dan juga jimat duit petrol dan juga tol. Betul tak.

So macam biasa lah lepas habis ajar budak homework, tido kejap, lepas Asar Kherul keluar pi cari ketam nipah. Dia pi cari kat NSK Kuchai Lama. Beli 3 ekor. Bawak balik, budak tiga orang ni terpekik-pekik dok tengok ketam hidup. Setengah jam jugak Kheirul kerjakan ketam tu. Kasi mandi, kasi berus, kasi bersih tapi takde lah kasi syampu bagai.

Dah settle semua, baru I take over. I mmg jenis tak suka orang ramai kat dapur. Kirakan kalau I masuk dapur orang lain kena duduk je, jangan nyebuk. So jangan pelik kalau, ada orang lain masak kat dapur, I tak tolong, I tak suka ramai-ramai kat dapur.

Kejap je masak ketam. Buat Chilli Crab pastu makan dengan mantau. Beli 3 peket mantau, habis licin.

image

Alhamdulillah

Demam dan semua demam

Lama tak update rasanya. . demam… actually semua demam. Demam bermula masa cuti CNY. Mula dengan Rayyan. Badan panas, kejap sejuk, kejap panas pastu menggigil. BAwak pi klinik. Sebab baru sehari dua demam, so kena tunggu lg dua hari baru buat blood test. Sekarang ni kalau demam je, cukup 4 hari demam kalau tak kebah, kena buat blood test.Sempat bersembang ngan doktor masa tunggu result darah Afriena, Doktor cakap denggi sekarang ni dah pelik. Selalu yang maut pasal denggi dorang bukan demam lama, dorang demam 2-3 hari pastu collapse then meninggal. Tu yang dia kata 3-4 hari demam , kalau suhu tinggi pi amik darah.. Teringat masa  denggi hari tu, masa buat blood test, platlet ok je, tapi darah merah kurang. Doktor suruh pi hospital cek darah merah takut thalassaemia, pergi-pergi, puan confirm kena denggi.heheheh

Actually lepas Rayyan demam, esok tu I plak demam. PErgi rumah SIL, I takde pun tolong kat dapur masak, Duduk kat living hall, baring 5 beranak, sebab semua rasa badan panas. Tapi I tak pergi pun klinik, I minum air banyak. Esp air kelapa. Minum air kelapa 3 hari berturut … alhamdulillah demam kebah. TInggal batuk je. Ubat batuk yang hospital bagi ada 6 botol lagi. Minum yang tu je. Nasib baik sembuh batuk. Lepas I demam, Afriena plak demam. Hari Rabu n Khamis dia tak pi sekolah pun sebab demam. KIterang makan pun makan apa yang ada kat dapur je. Takde masak bagai. Tak larat. tengok makanan pun rasa nak muntah. Afriena demam  5 hari gak, tu yang siap kena mik darah tu. Lepas Afriena demam, Ashraff plak demam. Dalam seminggu tu berapa kali tah pi klinik.Terjelepuk je dorang kat hall. Nasib baik Ashraff ni demam ejap je. Ahad tu dah boleh pergi Taekwondo. Esok tu Kheirul plak demam. Panas badan. Senin pagi lagi dah menunggu depan klinik. Dengan BP tinggi. MC lah dia.

Memang cukup satu family lah demam. Memang 2 minggu ulang-alik ke klinik. Makan pun tak berapa. Insya Allah kalau semua dah baik demam kenalah masak sedap sikit.  Semoga semua cepat sembuh ye

Daging Kambing masak lada hitam

Apa khabar semua???? Cuti-cuti gini kena rajin masak kat rumah sebab banyak kedai tutup. NAsib baik dah standby stok lauk bebanyak dalam freezer. Kali ni masak kambing. Kat rumah banyak stok lamb chop sebab kalau teringin nak makan lamb chop, kita masak je sendiri. Sekarang ni zaman kena berjimat. Kalau benda tu boleh masak kat rumah kita masak je . Sedap, bersih dan boleh makan banyak. Sebab MIL tak makan lamb chop ala western so I masak black pepper untuk makan dengan nasi

Cara masak nya pun senang je. Masak untuk lima orang makan sebab Afriena tak nak makan kambing.

image

Resepinya seperti berikut

Bahan-bahan

  • 6 keping lamb shoulder – potong kiub
  • 3 sudu kicap manis (I guna kecap manis ABC)
  • 2 sudu kicap manis (kicap kipas udang)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar halia yang telah ditumbuk /mesin
  • 3 biji bawang merah – tumbuk/mesin
  • 2 ulas bawang putih tumbuk/mesin
  • 1 labu bawang besar – hiris bulat
  • 1 pokok daun bawang
  • 2-3 cili padi potong 2

Cara masak

  • Perap daging kambing dengan kicap – kicap, halia dan serbuk lada hitam selama setengah jam
  • panaskan sesudu minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau
  • lepas tu baru masaukkan daging perapan
  • goreng sampai daging masak
  • bila dah masak, masukkan  bawang besar yang telah dihiris,daun bawang dan cili padi
  • sedia untuk dihidangkan