Author Archives: Yatie

Kuih -kuih Nyonya @ Baba Charlie, Melaka

Memang set dah dalam kepala hahaha actually memang ada dalam plan pun, kali ni pi Melaka nak makan kuih Nyonya. Since  selalu pergi tapi tak pernah nak beli kuih-muih. Oleh kerana bebudak ni suka sangat kuih-kuih talam and pulut, memang peluang lah ni. Dah beberapa kali tengok TV citer pasal kuih Nyonya kat Melaka yang kat Baba Charlie. So nak kena cuba ni. Pernah keluar dalam AFC and TV8. Mesti cuba ni. Yang unik dan yang menarik perhatian sebenarnya kuih dia banyak yang letak warna dari bunga telang. Masa tengok TV tu dia ada tunjuk kuih yang special iaitu kuih pulut yang warna biru lepas tu makan dengan kaya.

So apa lagi, set GPS kite pi ke Tengkera Melaka. Senang je cari… cuma kena masuk dalam jalan sempit sebab dia kawasan perumahan. Takpe ada side board. Dia dekat ngan Masjid TEngkera. Masjid Lama. Masa bayar kat kaunter, cashier dia siap cakap… kat sini ada Masjid, Masjid lama… Mungkin dia nak remind  or memberi direction pasal kejap lagi The Boys nak pergi Solat Jumaat.  tq…

 

IMG_0497

Sampai je dalam kedai tu… apa lagi…dah lah breakfast pau sebijik sorang harus lapar… semua kuih nak. macam-macam kuih dan warna. Macam biasa setiap orang ada fav dorang. Kalau Rayyan suka kuih lapis, Afriena suka kuih yang berpulut, Ashraff semua makan kecuali kuih koci dan Ang Ku… dia takleh telan…dia rasa lekat kat anak tekak..

tengok lah kuih-muih dia…

IMG_0496

kuih koci tu..Kheirul suka… Yang kaler biru tu kuih sagu…. I suka cara hidangan kuih sagu tu. boleh try buat sendiri nanti….sedap sangat…bebudak pun suka. Satu kuih ni pakat suap sikit sorang. Seri Muka dia sedap… huhuhuhu

IMG_0495

Ni Kheirul yang suka…. I makan satu je. Lain dia makan…

IMG_0493

Yang ni..pulut inti MUST BUY n’ TRY. perfect…IMG_0489

Berpinar mata tengok kuih…kalau boleh semua kuih nak amik. Tapi kena sabar…IMG_0498

Kuih ni yang dorang fokuskan masa dalam AFC kot… pulut ni dimasak lepas tu dia tekankan  kasi padat. Lepas tu makan dengan kaya. Sedap dan sangat special.

Kuih-kuih yang kiterang beli ni.. banyak Makan- makan ada lagi. Sampai esok pagi simpan. Boleh buat makan pagi dah sebab tak balik pun kuih dia. Janji kuih tu dalam balutan plastik dan uoll tak pegang ngan tangan atau gigit dia.

Boleh lah next time pi Melaka untuk singgah lagi…

 

Kejohanan Taekwondo Kolej Komuniti Jemputan Kebangsaan Ke-3 2016

Tahniah Afriena Atiqah kerana memenangi Emas- Sparring Perempuan 10-12 Tahun Colour Belt Junior. Kejohanan Taekwondo Kolej Komuniti Jemputan Kebangsaan Ke-3 2016. Dataran Pahlawan Melaka.

afriena
Tak sangka boleh menang sbb baru lepas baik dari sakit.ingat menang satu round je , tapi 4 round menang . mesti cikgu terkejut ni , budak tak bercakap kat sekolah ni jadi berani

Tahniah jugak Arash Ashraff sebab menang sparring untuk pusingan pertama. Pengalaman tu penting. Kalah sekali tak semestinya akan selalu kalah. Apa yang penting keyakinan dalam diri.

Alhamdulillah.. n\both of them are so happy,  Since dorang menang , So , I belanja dorang tengok wayang, sementara tunggu papanya habis event TKD. Melompatlah suka dorang. Citer  Avengers… Citer not bad.

image

BTW, terima kasih instructors sbb beri peluang dan ilmu. Tak sia-sia dorang berlatih 2 kali seminggu. :)

 

Daftar Haji anak-anak

Alhamdulillah… berkesempatan jugak daftar haji bebudak ni. Duit dalam akaun dah lama cukup untuk daftar tapi asyik lupa je. Last week alang-alang, nak masukkan duit tabung dorang, sementara ingat, terus daftar. Not bad jugak dorang kumpul duit syiling, balance sekolah, duit mak paks edara kasi..pandai menabung. Ashraff lah yang nekad, duit ni simpan nak pergi haji ni. Dapat duit terus masuk tabung.

Tau tak tahun berapa dorang dapat pergi haji?

Tahun 2099!!!

Afriena tengok kertas tu dia cakap… 2099??? Ni Afriena dah jadi moyang lah macam ni. Moyang? Nak gelak ke tak nak gelak ni. Heheheh Actually tak kisah tahun berapa pergi, yang penting dah daftar, Tiba masa dijemput Allah, duit cukup, Insya Allah pergi jugak. Yang penting kita dah niat.

haji