Author Archives: Yatie

Novotel at Siam Square Bangkok… Nice hotel to stay…

Masa dok kat Bangkok kiterang stay kat Siam Novotel. Nak perginya bulan 6 tapi hotel dah di booking 2 bulan sebelum. Sebabnya,kalau booking in advance bolehlah dapat harga murah. Kiterang amik 2 queen bed. Masa kiterang sampai kat Airport, terus amik cab pergi ke hotel. Masa check in, budak 3 orang dapat gift from hotel. Dapat gajah sorang satu. heheheh sukalah dorang walaupun cuma soft toy kan.

Ha masa ni tengah tunggu mama dorang buatkan check in. senang je, just bawak confirmation letter then tunjuk credit card.Tengoklah muka memasing yang excited dan penat.

Ni lah gajah yang dapat as a free gift untuk bebudak 3 orang tu…. seronok diorang

Ha nilah rupa bilik kiterang. Oklah tak besar sangat. cukup untuk tidur 5 orang atas katil. Cukup untuk Rayyan berlari sana-sini,dan cukup ruang untuk kiterang sembahyang. Kiterang rapatkan katil masa tidur.

Ni plak tv dalam bilik. Banyak gak channel best best, ada SyFy, Diva universal (astro), dan macam-macam lagi. Tapi kiterang tak tengok sangat pun TV, aktiviti pack sangat.

I dok nak gantung anak gajah hadiah memasing. Sambil menerangkan kat anak-anak, Minuman dalam botol tu haram untuk diminum.Nampak tak wardrobe kat belakang tuh? Rayyan suka sangat main dalam wardrobe tuh. Kalau dia nak makan or minum secara sembunyi, dia akan nyorok dalam tuh sesenyap makan roti or minum air.Tapi Rayyan ni satu bagus, nyorok kat mana pun kalau mama dia panggil dia menyahut.

Ni bilik air dia. Suka bebenarlah bebudak 3 orang tuh. Kalau mandi berejam. Pas sesorang masuk berendam. Selalu kalau pepagi, Ashraff mandi dulu then Rayyan dengan mama dia then Afriena and last papanya. Setiap kali balik hotel semua bergegas nak mandi main buih. Rayyan siap menyelam dalam tuh. geram betul dia. Pastu asal kentut je, dia caj kata berak sebab dia nak mandi. Mulalah bukak baju pastu korek pusat jalan sesana sini.Apa-apa pun bilik air dia bersih.

Setiap kali balik hotel naik teksi, mesti driver taxi cakap, you chose good hotel. Memang pun sebab… MBK, Siam Paragon, night market semua walking distance. Pastu kat kawasan hotel tu ada banyak lagi kedai untuk diterjah. Belum citer Saloon, Spa,Kedai nak inject Botox, Restaurant, pub dan memacam lagi. Perghh pening kepala bila I terlepas jalan sengsorang.I terlepas pergi Mango Tango. Nanti I citer apa itu Mango Tango. Sapa ke Bangkok harus ke Mango Tango.

Huh ni Siam Paragon. Jalan kaki je ke sana.

Nak naik train? pun dekat je. sebelah hotel. Setiap pagi dok ngadap train . Rayyan sukalah dok tepi tingkap dok bye bye train. Tapi kiterang tak naik train pun. Bebudak nak naik Tuk Tuk. Gila laju Tuk Tuk.

Pada yang dok Hotel ni, sini lah map dia. Depan Hotel ada Universiti. Jalan sikit lagi ada Pasar Malam.

Apa yang best kat Hotel ni?

  • Very closed to various shopping complexes… such as Siam Paragon, MBK Plaza, Centre Point, Siam Discovery, Tokyu, dan macam-macam lagi.. semuanya walking distance….
  • Hotel ni best gaklah sebab, dorang ada Halal Kitchen. Memang dia ada mentioned halal kat Menu dia. So kalau nak Room servie malas nak keluar makan boleh order je.
  • Internet? Internet free, tapi kenalah mintak password semua. Internet laju gile samapi kiterang boleh layan citer Nora Elena setiap malam. Gila tak gila penangan Nora Elena kan.
  • Tailor , Pun ada tailor kat bawah tu. Murah dalam USD99 for 1 Suit = RM300 / B3000. Harga lebih kurang sama dengan tailor kat shopping complex
  • Masa kiterang book hotel ni, Kiterang just bayar for 2 nights je sebab lagi satu malam adalah free. So kalau nak good deal, book hotel 2-3 bulan sebelum.

I Was a Salon Girl

Last Thursday kiterang pergi ke IOI Mall, tujuannya nak tukar duit untuk cuti-cuti Siam. Sambil-sambil tu nak potong rambut Afriena. Dah lah dah pukul 9, ada lagi ke Salon nak amik orang. Jalan-jalan finally jumpa. Suruh potong, cuci and blowdry.

Hah kau, kalau mama dia. Mama dia pun dah lama tak bersalon-salon. Kalau zaman jahiliah dulu (zaman tak bertudung),. Every month or every hari tension I pergi cuci rambut.heheheh

Potong

Cuci

Blow dry

hasilnya

For that service cost us at RM30. Mahalkan. Tapi sebab rambutnya panjang. Kalau kat biasa kat Mines maybe murah sikit. I ngat nak mensalonkan diri gak, tapi tempat dia open sangatlah. Anyone knows mana nak potong rambut yang tempat dia tertutup ? Macam kena buat bisnes bukak Salon untuk Muslimah lah.

Tahukah anda, I pernah kerja kat Salon for a day? Tapi esoknya I benti sebab …… and I was ever plan untuk bukak Salon sendiri. almost tapi tak jadi maybe ada hikmah dia kot. This time kalau tetiba terbukak Salon, I nak bukak stail muslimah. No male stylist to serve female customer and sebaliknya.

Note: Nasib baik sorang je anak pempuan kan…